Selamat Hari Lahir, Kak
1. hari ini dengan rasminya tamatlah exam final aku. walaupun paper programming tadi jawab macam sampah, benda dah lepas, biar la, ada rezeki ada la.
2. 3 Februari adalah birthday satu-satunya kakak kandung yang aku ada. Kak sulong aku, Marzita.dulu aku ada banyak kak angkat, biasala kecil-kecil comel ramai yang suka cubit pipi. ok sila muntah
3. Selamat Hari Lahir kak, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu. nanti ceq belikan handbag Coach ok. haha
4. So esok aku bercuti sempena hari keputerian kak aku. malam ni kita enjoy tengok drama sampai lebam mata.
Ini kakak saya. saya sayang kakak saya. kakak saya pun sayang saya. hehe
Kak aku disatukan dengan jodohnya sewaktu aku darjah Enam. kalau tak silap tahun 1998. Hampir 12 tahun, tapi masih tidak dikurniakan cahaya mata. Pasangan yang kahwin 2 tahun masih tak dapat anak pun risau bagai nak rak, inikan pula kak yang dah 12 tahun. Tapi mereka sabar, rezeki semua atas kehendak Tuhan. menumpang kasih dan manja dengan anak-anak saudara mungkin sudah cukup bahagia buat mereka. hati mereka siapa yang tahu?
Bila perempuan jadi anak sulong, kebajikan adik-adik mesti terjaga. mungkin tak semua, tetapi aku bercakap secara umum. Kak lah tempat aku mengadu nasib. Aku selalunya takkan cerita kat Mak dulu, aku tak mahu Mak susah hati. bila ada masalah, Kak lah tempat aku lontarkan semua masalah aku tu. ” Kak, hari ini ceq….bla2..bla2…” dan kak akan balas dengan kata-kata penuh nasihat.kak akan cuba balas mesej aku seboleh-bolehnya. dengan harapan aku dapat tenang dengan kata-katanya. Kak sentiasa pinjamkan telinganya untuk aku.
Bila Mak terlantar di hospital, Kak la main peranan penting. Ambil MC semata-mata nak jaga Mak. tidur malam-malam di hospital berlanjutan sampai seminggu lebih. mujur suami sangat memahami. Kak la yang akan bagi setiap laporan perkembangan kesihatan Mak kat aku.
Kak juga ada penyakit. thyroid kalau tak silap. pernah sekali aku balik Msia, malam 1st aku sampai tu Kak sakit. pucat. lemah longlai. tak cakap. aku sedih, kalau tidak kak la paling banyak cakap dengan aku.
Kak juga yang bertungkus lumus di rumah. balik Pendang, kak la yang urus semuanya. Kak la yang akan masak semuanya. aku suka masakan Kak. masakan Kak sebiji macam Mak. aku paling suka Mee Kari Kak..aku ingat nanti nak buat bisnes Mee Kari
Mak selalu pesan, bila dah besar jangan lupa pengorbanan kak. Kak dah terlalu banyak berkorban untuk adik-adik. Kak takda zuriat, adik-adik lah tempat kak menumpang kasih.
aku bersyukur, dikurniakan seorang kakak yang sangat penyayang. I love you, kak.
Winter Break Balik Malaysia
1. cuti musim sejuk hari tu aku dengan suka hatinya balik Malaysia. aku suka Malaysia. jiwa dan raga aku di Malaysia. ok titik noktah.
2. biasa la, dekat-dekat krismas, hujung tahun pulak tiket pun mesti la mahal. tiket MAS plak habis macam gorpis(goreng pisang) panas. pergi travel agent dengan ain, kakak yang agak manis tu cakap ada Thai Airways ja yang bawah 100,000yen(rm3500+). tapi transit kat Bangkok sehari. ok cancel
3. telefon lak agent kat intenet, makcik bersuara ayu tu cakap ada lagi Singapore Airlines dari Fukuoka-Singapore-Penang. harga dekat 100,000yen.
4. so secara confirm nya aku balik 26hb disember hingga 6hb jan. 12 hari sahaja ok. kentut tak sempat puas dah nak kena balik nippon.
5. pagi-pagi pukul 5 aku dah naik teksi pergi stesen keretapi. 3,4 kali terhege-hege tukar train dengan beg berat, pukul 8 sampai la aku kat Fukuoka Airport. train sampai di domestic terminal, pastu kena naik shuttel bus pergi international terminal.
6. flight pukul 10 pagi. orang punya lah ramai macam lemon. nak beratur untuk pemeriksaan imegresen tu punya lah lama. aku dah la tak tidur sangat semalam, macam nak pengsan.
7. dah boarding, duduk sebelah pakcik tua jepun. kat belakang sekali, bagus jugak kakak jaga kaunter tadi bagi aku seat belakang sekali, sebab seatnya 2-3-2, kalau yang lain suma 3-3-3..
8. flight dah nak berlepas, aku dah tak sabar, seronok doh nak balik malaysia.
9. tiba-tiba pilot buat announce cakap tak jadi berlepas. ok aku sangat terkejut. dah atas lane nak berlepas, terpaksa taxi patah balik ke terminal.
10. pilot cakap ada masalah teknikal. dia dengar bunyi pelik, untuk keselamatan perlu check.
11. 2 jam lebih tunggu atas flight, tak boleh turun. sembang-sembang dengan pakcik sebelah tu, rupa-rupanya dia pakar enjin kapal. selalu ulang-alik pergi singapore-malaysia untuk bagi nasihat pasal enjin. hari tu dia transit kat singapore untuk ke KL.
12. pukul 12 lebih baru boleh berlepas. aku sangat lapar serius. oleh sebab masa beli ticket aku order muslim meals, makanan aku sampai dulu. he he.. rasa macam kurma, tapi kurma ikan. entah, aku makan ja. SIA nya service tak halal, kena la order muslim meals.
13. oleh sebab dah lewat sikit sampai changi airport singapore, turun-turun ja tengok ramai betul staf airport tunggu untuk bawa orang yang transit ke destinasi seterusnya yang waktu flight nya dah nak dekat. aku pulak, flight ke Penang pukul 7, so boleh berelax sejam lebih lagi. ada seorang staf tegur ” Kuala Lumpur, Sir? “.. aku dengan berlagaknya balas “No”.. pergh bajet macam aku orang singapore.
14. sampai di terminal 2, aku nak ke terminal 3 pergi hard rock cafe ada orang pesan tshirt. naik train pastu jalan punya la jauh. lepas beli tshirt, makan burger king sepam, pastu blah.
15. patah balik ke terminal 2 sebab flight ke Penang aku kat situ. ni kali kedua aku kat changi, 1st time dulu masa balik dari Tokyo dengan Pai jalan-jalan Spore 2 hari.
16. dari singapore naik SilkAir, anak syarikat Spore airlines gak la, macam firefly anak MAS la. baju pramugari macam baju tidur ja. he he
17. dalam flight tu aku pening, mamat sebelah aku tu hamboi bau ketiak dia, nalaaa punya bau. nak ja aku hadiahkan dia deodorant rexona.
18. pastu sampai Penang. hehe i loike.
19. aku lagi suka MAS kot. aku pun tatau apa yang best sangat kat SIA tu. mungkin sebab aku Malaysian, patriotik sikit. he he.
exam itu menyakitkan
salam 1 malaysia
1. ada ka apek nyonya aci baca blog aku? hmm..lepas ni nak belajar bahasa urdu la. apa beza urdu ngan tamil? takpa la, tak masuk exam pun.
2. tatkala aku menulis blog ni, kepala aku sakit. alangkah indahnya kalau ada yang sudi picit. nyut nyuut sakitnya. maybe sebab arini layan komputer lama sangat kot. maklumlah hari ini perabis layan drama cinta balqis. apa yang bestnya drama ni? ntah, tanya lah balqis
3. minggu depan dah nak start exam. final exam beb. study apa pun tak start lagi. nak kata malas, tak jugak. tapi aku serabut la fikir report ni. serius report mengganggu hidup aku. siang malam masuk dalam mimpi. sebab tu dah lama tak mimpi basah kot.
4. esok hari sabtu doh. hari sabtu sepatutnya hari ber senang-lenang. tapi takpa la, nanti dah cuti senang lenang lah aku tiap-tiap hari. bila dah cuti, bosan pulak.
5. hari ini, 22hb 1 birthday abang kesayangan aku nombor 3, dan juga kak ipar aku (isteri kepada abg nombor 2)
semoga kalian dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki hendanya. nanti jumpa lagi insyaAllah
and i miss budak ni sangat-sangat. huhu
salji itu putih
1. ok ini adalah sesi luahan perasaan. bukan luahan cinta. euww geli2
2. pagi ini bangun “wahh salji..! syiokk ahh..! ” then terus pergi mandi
3. sabun-sabun badan, tapi tak sempat main buih, pastu rasa macam dah lewat terus bilas. hari ni hari rabu, setiap hari rabu aku yakni bernama amir perlu ke kampus utama universiti ni. sejam drive la kalau tak buat drift.
4. kelas 10:20 pagi, jadi pukul 9:00 haruslah memegang stereng. keluar rumah, sempat lagi ambil gambar untuk simpanan ketat-ketat dalam iphone. then dengan macho nya aku pun berjalan lah ke kereta yang terletak kira-kira 2 marhalah. haa setiap kali nak ke kereta boleh jamak ni. ok tak lawak.
5. ” wah kereta aku diselimuti salji..” tetiba seronok terlompat-lompat. tiba-tiba jatuh terlentang. nasib baik takda orang tengok. ok aku tipu.
6. dah selesai menolak salji-salji yang tak bayar sewa parking atas keta aku tu, aku pun peganglah stereng. masuk gear reverse, tetiba jalan ke depan. hehe tipu lagi.
7. aku pun undur la kereta, pastu kat bahagian bukit sikit tu tayar tak gerak maa. licin maa. salji maa. tayar berpusing kat situ ja maa. aiyaaa
8. aku pun malas nak ambil risiko mengambil keputusan tidak ke kelas pagi ini. selesai menekan butang kunci dengan gaya ala-ala perillys tu, aku dan ain pun bergerak ke bilik sensei. oh ya, ain tu bukan pelakon “cinta untuk ain” ya.
9. dah pukul 9:20. patut la sensei takda. ala aku saja ja pergi tengok, mana la tahu sensei ada pintu doremon ka. leh aku tumpang.
10. pastu jumpa makcik kerani yang very the vogue gitu. sekali kena membebel la..” adik manis, kamu kalau tak guna tayar khas utk salji, jangan sesekali kamu drive ya..bla2..bla2..bla2..” meleleh tahi telinga aku.
11. pastu pergi pejabat universiti konon-konon nak tanya bas. makcik tua yang perasan muda buat suara ayu berkata ” ayoyo adikkk,bas disediakan untuk lecturer saja adiiikk..student mangkuk macam kamu ni mana buleh naik bas adiikk”.. hoi hoi hoi ok 3 kali cukup. abis tu kalau aku yang pelajar asing yang sah-sah dari bukan bangladesh ni takda kereta, camna aku nak pegi sana? “ini sudah tidak adil makcik tua yang perasan muda buat suara ayu! “..sambil mengetuk meja dengan kuat. satu pejabat tengok aku. ok aku tipu lagi. aku tak jawab apa pun, aku tunduk pastu kejit mata skit then blah.
12. sebenarnya aku dengan ain saja yang tak diluluskan subjek tahun 1 tu dengan alasan masa kat kolej kami dulu tak belajar subjek tu. so masuk universiti ni walaupun tahun 3, kena ambil balik subjek tu.
13. dan hari ni dah masuk kali ke 3 aku ponteng. sini takle ponteng 3 kali nanti tak boleh ambil exam, free-free fail kan. kali pertama ponteng sebab lesen mati. kali kedua sebab terbangun lewat. hehe
14. ok sekian saja luahan hati kali ini. terima kasih sudi membaca. nanti aku belanja salji kepal nak?
jepang
Salam Mesra.. hehe
1. banyak sangat stori nak mori tapi taktau nak pilih yang mana satu. ok itu adalah alasan semata-mata, aku sebenarnya malas nak taip. kalau boleh record suara ok gak kan, leh aku stori panjang lebar. tapi takmau la, suara aku tak sedap.
2. aku dah kembali ke kehidupan bosan plus busy plus menyampah plus sakit kepala tak tahan. takpa, sikit ja lagi ni, sabar sikit ja lagi, nanti dah setel ahh lega macam baru lepas kencing tahan 2 jam.
3. k la tido dulu. tido itu satu nikmat. aku hargai nikmat tersebut. bye everybody
Party Periuk
1. boleh bayang dak, kalau anda dijemput ke Party Periuk. kalau party buih sudah tentu banyak buih, kalau party periuk? dah2 merepek ja keja
2. Actually(sebenarnya), haha yang tu pun kena translate ka. ya lah, blog ni kan mesra alam, sesuai untuk semua lapisan umur, so kalau budak-budak baca senang la faham kan.
3. eh dah masuk point 3, ok straight to the point(terus ke poin), hari selasa malam rabu hari tu ada party nabe. “nabe” means “pot” atau “pan”.. hmm dalam bahasa melayu nya apa ha. senang cerita kita panggil “periuk”.
4. bila masuk musim sejuk yang tak berapa digemari ramai ni, orang jepun yang bermata sepet berhati plastik bertalam-talam muka ni memang suka buat makan-makan nabe ni. ala senang cerita nabe ni macam stimbot la.
A: weh jom makan periuk !
B : rilek aa brader, takkan tensi sampai nak makan periuk.
atau
A : weh jom makan stimbot !
B: jom malikan jom malikan jom balikkkkk~
5. bahan-bahan nya tak susah, kita menggunakan KONSEP campak dan kacau. mudah bukan? oh ya everybody, aritu buat 5 periuk la jugak, memandangkan budak-budak Malaysia kat sini ada la dalam 30 orang. kadar seorang lelaki makan bersamaan dengan 3 orang wanita makan. so kalau kita tulis dalam persamaan matematik akan jadi macam ni
1 lelaki = 3 wanita …..(1)
1 wanita = 1/3 lelaki…..(2)
kenapa lelaki makan banyak? lelaki kan perlu tenaga lebih untuk buat macam-macam. keja-keja berat kan lelaki yang buat. contohnya angkat simen, bancuh simen, buat lubang nak bancuh simen, macam-macam lagi la yang berkaitan dengan simen menyimen.
6. lepas tu ada perlantikan AJK Yamadai ni. Nama persatuan ialah Persatuan Anak-anak Malaysia Yamadai (PAMY). Bro Zambri dilantik sebagai presiden, beliau memang berkelayakan, pandai bergaul dengan semua orang tak kira orang Korea mahupun Bangladesh. Hari tu masa pergi Kumamoto Trip, aku dengan mata kepala sendiri telah melihat beliau bermain ketiak dengan sahabat Korea nya. sangat mesra bukan?
7. sekarang pukul 4:20 pagi tapi aku baru bangun. sejak bila aku rajin bangun pagi buat kerja.
8. layan la gambar-gambar di bawah. hari tu aku tak bawa kamera. so ni aku cilok kat blog kakFith. hehe minta selai dua no~
9. terima kasih kepada yang menganjurkan dan terima kasih kepada yang datang. tak lupa juga kek pisang ngan kek keledek kakFith, sedap sgt, tetiba rindu kek pisang Mak.. huhu
Malam Jumaat
Salam Maal Hijrah.. dan juga Salam Malam Jumaat..ngeee~
Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas di dunia sementara ini. entah esok, lusa mana kita tahu, mungkin ada yang pergi meninggalkan kita. berbuatlah baik dengan semua orang dan jangan bermusuh, hargai orang sekeliling kita, insyaAllah hidup akan lebih bermakna.
Kepada yang kecewa dalam percintaan, jangan terlalu ikut perasaan. jangan salahkan orang lain, sebaliknya perbaiki diri sendiri, semoga kita menjadi seorang insan yang mudah disayangi. mungkin kita tak jumpa lagi jodoh kita. mungkin kita akan jumpa orang yang lebih baik untuk kita. mana tahu, jodoh kita tu ada ja sekeliling kita, cuma kita tak nampak. buka hati luas-luas, insyaAllah dia akan muncul.
Kepada yang rasa macam dah penat dengan hidup seharian, ingatlah, Allah takkan bebankan hamba-hambaNya melebihi kemampuan kita. ujian itu tanda Allah sayang kita. bukan Allah tak tahu betapa hancurnya hati kita, betapa seksa menanggung semua beban ni, tapi dengan hati yang sebegitu lah lebih lunak mengingati-Nya.
Akhir kata, Salam Maal Hijrah. Andai selama setahun ini aku ada terkasar bahasa, secara sedar atau tidak, ada yang terasa hati, ada yang berkecil hati, termelawak terlebih gurau bagai, ampunlah aku. Aku pun manusia biasa yang tak lari dari membuat dosa.
Bye
Alhamdulillah dan thanks semua
Salam satu Malaysia.
1. Pertama sekali di sini aku ingin memanjatkan seribu kesyukuran sebab dah settle report Sa*ki. serius, lepas ja keluar bilik Sa*ki aritu, aku rasa lega macam baru lepas kencing yang ditahan selama 6 bulan. Alhamdulillah. kenapa menggunakan perkataan “memanjatkan” apabila kita bersyukur? hmm patut la cikgu BM suka cubit perut aku, dah tak belajar betul-betul.
2. Oh ya, terima kasih tak terhingga buat KakFith sekeluarga kerana menjemput kami semua ke majlis Hari Lahir anak sulung beliau, Rafiqh Tsuyoshi bin Ninja.. he he lupa lak nama penuh Ninja. terharu beb tengok makanan penuh terhidang atas meja, kalau aku seorang belum tentu boleh nak sediakan semua tu.
3. KakFith ada suruh aku ambil gambar masa majlis tu. kira macam pro photographer la aku ni. haha tiba-tiba perasan. ok lepas ni kalau shiapa-shiapa nak kawin boleh la jemput aku untuk ambil gambar. aku kenakan syarat yang sangat mudah, kalau kedua-dua mempelai tu budak Yamadai, aku kasi servis free of charge. lepas ni berduyun-duyun la budak-budak Yamadai couple.sapa sokong drogba couple ngan ain?
4. baru-baru ni aku ada telefon hotel di malaysia untuk tempah bilik. bila receptionist angkat ja telefon ” #$%”#’$&”&$’”‘# “.. sepatah haram aku tak faham. yang aku dengar last sekali “can i help you”.. ish aku rasa english aku dah semakin teruk. takpun english minah tu yang lingkup? dia macam cakap laju pastu pelat kalah mat saleh wa cakap lu. ok dah
ok bye semua
p/s : sedikit gambar sekitar majlis harilahir Rafiqh. lupa lak nak minta kebenaran kakFith utk upload gambar di sini.
Always be there
Aku dilahirkan di tempat aku dibesarkan sampai sekarang. Tidaklah mewah, tidak juga terlalu usang, alhamdulillah cukup untuk kami 6 beranak berlindung hujan dan panas.
.
.
.
Tahun 1, aku ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pendang. bangun pagi aku bagaikan anak raja, dihidangkan air panas di tepi kolah mandi. dulu mana ada pemanas air, Mak jerang air untuk aku mandi. selesai mandi pakai baju kemudian bersarapan. nasi goreng, telur separuh masak, macam-macam lagi lah. dari rumah ke sekolah, 15 minit berbasikal bagi darah si muda. tidak terlalu jauh tetapi tak juga dekat. setiap hari aku ke sekolah berbasikal tapi bukan aku yang mengayuh. aku hanya membonceng, Emak yang mengayuh. jalan dari rumah ke sekolah bukanlah mendatar, sedikit berbukit bukau. sudah cukup penat bagi darah si tua mengayuh. Setiap hari Mak akan hantar aku sampai ke tempat duduk kelas. Mak pastikan aku mendapat pendidikan yang sempurna, Mak tidak mahu anaknya tercicir dalam pelajaran. Emak mana yang tidak risau kalau anaknya diganggu rakan nakal dalam kelas. Rehat pagi Mak datang bawa bekal, makan sama-sama bawah pokok.
.
.
.
Alhamdulillah UPSR aku cemerlang. aku mendapat tawaran belajar di salah sebuah SBP di Perlis. Ibubapa mana yang tak gembira anaknya mendapat peluang belajar di SBP. siapa tak kenal SBP, gah di mata semua orang. tetapi aku tidak lama di situ, aku mengambil keputusan untuk keluar belajar di sekolah harian biasa. dekat dengan rumah, aku rasa itu yang terbaik untuk aku buat masa itu. Aku dah kecewakan mereka, itu yang pasti. airmata Emak aku tumpahkan.
.
.
Alhamdulillah, keputusan PMR aku tidak lah begitu mengecewakan. Kalau nak dibandingkan dengan rakan yang lain, aku masih jauh ketinggalan. Anak sendiri dapat 6A, anak orang lain dapat 9A, ibubapa tetap bangga dengan pencapaian anak sendiri. aku yakin dengan itu. kemudian aku mendapat tawaran belajar di salah sebuah MRSM di Kedah. hati berbelah bagi, tetapi demi memikirkan masa depan yang diri sendiri tak pasti cerah gelapnya, aku bertekad untuk sambung belajar di situ. anak susah hati, Emak 2 kali ganda susah hati. anak sakit, Emak lagi sakit. anak menangis tidak tahan belajar, Emak seminggu tak lalu makan di rumah.
Masa aku form 5, kali pertama Mak dimasukkan ke hospital. itu pertama kali penyakit kurang darah Mak menyerang. aku di asrama, langsung tak sempat menjenguk.
.
.
.
Keputusan SPM alhamdulillah tidak mengecewakan. Aku ditawarkan belajar di Kolej Matrikulasi Kedah. 2 minggu kemudian aku mendapat tawaran biasiswa ke jepun. mendapat peluang sebegitu rupa mungkin 8 kali berfikir untuk menolaknya. perjalanan hidup masih jauh, ilmu perlu dicari, aku tetapkan hati.
.
.
.
3 tahun aku di Jepun, seingat aku 3 kali Mak dimasukkan ke wad. dah berapa kali aku langsung takda peluang untuk menjenguk Emak. apatahkan lagi menjaga Mak di sisi. mujur ada kakak yang mampu menjaga Mak, dan syukur abang ipar yang sangat memahami.
.
.
Aku pulang ke Malaysia cuti musim panas lepas. hati mana tak gembira nak pulang ke tanahair. aku berkira-kira mahu singgah sebentar di Kuala Lumpur sebarang 2 hari, mungkin sempat menjenguk kawan-kawan yang sudah lama terputus hubungan.Tetapi SMS dari kakak aku terima. ” ceq, balik la terus, Mak tak sihat “.. (ceq: panggilan manja untuk aku)
.
Sampai di KLIA, aku terus menelefon kakak di rumah.
” ceq, Mak macam tak ingat semua benda “
“. . . . . . . . . . . . “
aku tak mampu menangis waktu itu, aku cuma rasakan dunia gelap buat seketika. lutut bagaikan lemah menyembah bumi.sampai di airport Penang, alhamdulillah aku diberi peluang sekali lagi untuk menatap wajah-wajah mereka. wajah tua itu aku tatap, di sebalik senyuman itu tersimpan seribu kesakitan. dari airport kami ke kedai makan. Mak mengadu mengantuk. Aku temankan Mak tidur dalam kereta. Mak terus tidur tanpa dipaksa. Abah kata itu kesan ubat. Kak cakap Mak dah tak reti nak pakai tudung sendiri, Mak dah lupa bilik sendiri, Mak masuk tidur bilik abang. 2 hari sebelum tu Abah bawa Mak ke hospital, Mak mengadu sakit kepala sangat-sangat, doktor tak tahan wad, tapi doktor cucuk ubat, lepas tu terus Mak jadi macam tu.
perjalanan pulang ke rumah yang mengambil masa kira-kira sejam lebih, semua berdiam diri melayan fikiran. Mak tidur. Aku yang di tempat duduk belakang tidur berlapikkan bahu kak, kak menangis, aku turut serta. hati mana tak sayu melihatkan keadaan Mak begitu.
Sampai rumah, kejut Mak tapi agak susah untuk bangun. keluar kereta, aku pimpin Mak.
” Mak, buka kasut Mak, kita dah sampai rumah ni”
“. . . . . . . . . . . . . . . “ sambil mengesat mata
” Mak, buka kasut Mak…. ”
Mak terus menapak masuk. Mata terpejam tak buka-buka.
” Mak, mai ceq buka kasut Mak, kita dah masuk rumah ni”
“. . . . . jom laaa awat duduk sini “..
air mata berderai jatuh. Aku dan kakak menangis meraung macam orang sakit kena tikam.
kaki Mak keras, nak turun satu anak tangga pun tak boleh.
Pimpin Mak sampai ke tandas sebelum bawa Mak masuk tidur. Mak tak boleh uruskan diri sendiri.
Malam tu tak seperti malam-malam aku balik sebelum ini, kalau sebelum ini, mesti semua akan berkerumun kat bagasi aku melihat barang yang aku bawa balik untuk semua. bangun sahur Kak masak, aku dah tak boleh telan sebutir nasi pun. Mak masih tidur tak bangun. sedih, hari pertama balik tak boleh bersahur dengan Mak. Air mata berderai perlahan-lahan.
.
Esok pagi pukul 9 Mak tak bangun lagi. tak boleh biar macam tu, kejut Mak paksa suruh bangun. Mak menangis mengadu tak larat. kami bawa Mak mandi, siap-siapkan Mak bawa Mak duduk di ruang tamu depan televisyen. Mak tak cakap banyak, Mak asyik nak tidur.
” Mak, anak Mak balik ni “ sambil menahan sebak
” hmm. . . . “
” ceq, Mak tak larat…” Mak menangis
kami semua menangis. apa boleh kami buat, menangis macam orang sakit.
Mak macam tak nampak, bila bercakap Mak tak pandang muka kami. Mak tengok arah lain. bila tanya, Mak kata nampak.
tapi bila sepuluh kali tekan, baru Mak mengaku Mak tak nampak.
” Mak tak nampak ceq” sambil menangis teresak-esak
apa boleh kami buat, menangis macam orang sakit.jiran datang tengok Mak diam, tiba-tiba meraung
” ceq, mana ceq. Mak minta maaf ceq…”
.
Tengah hari tu aku bertekad nak bawa Mak pergi hospital swasta. duit ringgit boleh dicari, Emak yang seorang tidak ada pengganti. Selesai doktor check, petang tu Mak dimasukkan ke wad. bermulalah kehidupan aku bersama Mak di hospital. usung Mak dengan kerusi roda untuk pemeriksaan doktor, pimpin Mak pergi tandas. itu ja yang mampu aku buat untuk waktu tu. Berbuka puasa di hospital, serius satu pengalaman yang takkan aku lupa. Malam tu aku seorang teman Mak. Mak okey, cuma kejutkan aku untuk ke tandas buat beberapa kali.
Esok pagi kak datang. Malam itu pula giliran aku dan kakak berdua teman Mak. Adik beradik saudara mara ramai datang menziarah. Tapi malam tu Mak meracau. aku dan kakak jadi gelabah. Mak meracau nak balik. Aku genggam erat tangan Mak, bisik perlahan di telinga Mak, aku di sini tak pergi mana. Mak tenang sebentar, lepas tu Mak meracau balik. kami dah tak tahu nak buat apa, picit button panggil nurse. nurse suruh ambil air semayang. alhamdulillah lepas tu Mak tenang sikit. tapi Mak mengadu tangannya penuh ` kaler` berconteng. agaknya penglihatan Mak kelabu, sebab Mak kata nampak mata kami semua macam ada 2 baris.
.
keputusan doktor, semuanya okey. tengok Mak pun dah semakin pulih, kami buat keputusan bawa Mak keluar wad. balik rumah dan berubat sedikit cara kampung.
Alhamdulillah, semuanya selamat. Alhamdulillah aku dapat luangkan masa sebulan dengan Mak di rumah. Aku bawa Mak jalan-jalan, beli barang-barang, beli tudung raya, pergi bazar ramadhan. Alhamdulillah Mak kembali sihat. Aku berdoa Mak akan terus sihat walafiat.Tiada wanita lain dalam hidup aku selain Mak.
kalau lah aku mampu pulangkan semua air mata Mak….
MouGenkaiDesu..
ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusanku
serius rasa macam dah penat sangat-sangat ;-(
-
Archives
- February 2010 (1)
- January 2010 (4)
- December 2009 (4)
- November 2009 (10)
- October 2009 (12)
- September 2009 (1)
- July 2009 (5)
- June 2009 (5)
- May 2009 (6)
- April 2009 (8)
- March 2009 (4)
- February 2009 (4)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS
























