volleyball
hari ini hari jumaat. hari yang paling membosankan bagi aku sebab kelas penuh dari pukul 8.40 pagi sampai 4.40 petang..
pukul 10.35 pagi, waktu pendidikan jasmani..aku pilih untuk masuk volleyball..budak kelas aku memang ramai masuk volleyball..
seperti biasa, sebelum start kelas, kena la buat persediaan ambil tiang dan pasang net..
sedang asyik aku bersembang ngan seorang kawan Jepun aku ni, tiba-tiba aku rasa seperti seluarku terlondeh..
damn shit, member aku sorang tu londehkan seluar aku laju-laju..nak ja aku sepak dia laju-laju..abis sekali dengan boxer aku terlondeh..oh damn..malu tahap gaban..
tapi apa nak dibuat, bagi mereka itu adalah biasa..hmm aku pun bukannya kisah sangat kalu semua kat situ adalah lelaki..masalahnya sekarang ni, budak perempuan pon ada..oh damn kuasa lapan..abis la burung aku ditonton ramai..
benda tu berlaku dengan sangat pantas, sepantas shinkansen meluncur laju di landasan..
aku tak pasti, budak-budak perempuan kat situ nampak atau tidak..
tapi yang pasti, aku malu..pipi aku kemerahan seperti chibi maruko
pastu aku tanya kawan aku yang dekat situ
aku : nampak apa-apa tak? (dalam bahasa Jepun la)
kawan aku : nampak, tapi gelap2, bulu kot..
oh..apakah nasibku…
Washlet
Hmm hari ini rasa macam nak cerita pasal washlet. Sapa pernah dengar pasal washlet ni angkat tangan.. Sapa pernah merasa duduk kat washlet ni angkat tangan..bagus
bagi kawan-kawan yang stay kat Jpn ni, washlet ni mungkin bukanlah sesuatu yang pelik..bila sebut ja washlet, mungkin akan ada yang tersenyum sipu..mungkin akan ada juga yang gembira tak terkira..dan mungkin juga semua akan berebut-rebut untuk menggunakan washlet ni..
Apa itu washlet?
Ya, itulah washlet
Sesiapa sahaja akan tersenyum puas apabila menggunakan washlet..
Kelebihan-kelebihan washlet =
1. Mempunyai tempat duduk bersuhu(seat heater). Boleh adjust jadi panas. Bila mula-mula duduk tu, wah tersangat la
best. bayangkan, kalau kita duduk di mangkuk jamban yang sejuk, mesti sangat tak best.. kadang-kadang sampai terangkat punggong menahan sejuk..hehe
2. Kadang-kadang tu, bila dah sakit tak tertahan sangat tu, bermacam-macam bunyi akan dihasilkan..kan? prruuutt preeettt..hehe..tapi kat washlet ni(tak semua), ada disediakan bunyi khas..bila kita tekan butang tu, dia akan hasilkan bunyi seperti bunyi air sedang diflush..so kita takkan la terasa teragak-agak untuk melepaskan buangan kita walaupun boleh menghasilkan bunyi yang amat dasyat. hehe
3. washlet juga mempunyai fungsi menghilangkan bau-bau busuk yang tak diingini..aku tak berapa pasti macam mana fungsi ini berlaku.
4. yang paling seronoknya, air akan dipancut keluar untuk membasuh punggong kita sampai cuci dan berkilat. dan air itu juga merupakan air suam..seronok bukan? mudah, semudah A.B.C. dengan hanya menekan butang ビデ(bidet), atau おしり(punggong?) atau やわらか(lembut).. simbol untuk bidet ialah gambar wanita sedang duduk, simbol utk おしり sudah tentu punggong dan やわらか juga simbol punggong tetapi berlainan pancutan air..sila lihat ini untuk gambaran yang lebih jelas. dan juga tidak lupa butang 止 iaitu berhenti..mudah bukan?
5. ada sesetengah washlet tu tertera マッサージ(massage)..aku pernah try tekan tapi tak berfungsi pun..so tak tahu la macam mana fungsi massage tersebut. adakah ianya mengurut punggong kita?? kah3
6. oh tidak lupa juga, kelajuan pancutan air juga boleh dilaras.
aku tak pasti dekat Malaysia ada atau tidak. Tapi pernah jumpa di Hotel Nikko KL..maybe tempat-tempat mewah ada la kot..kalau siapa-siapa nak merasa kelazatan washlet ni, sila la..
-
Archives
- December 2009 (4)
- November 2009 (10)
- October 2009 (12)
- September 2009 (1)
- July 2009 (5)
- June 2009 (5)
- May 2009 (6)
- April 2009 (8)
- March 2009 (4)
- February 2009 (4)
- January 2009 (4)
- December 2008 (2)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS
