Relax..slow-slow
Eh penat la jalan
Duduk la sekejap
Duduk lama-lama pun nanti kebas punggong
Bangun la, jalan slow-slow
tak perlu lari-lari
relax..jalan sambil sedut udara segar ni
Eh mereka lari la !
Laju plak tu, pecut tinggal aku 5 tiang
Hmm takpa la, nanti dah penat lari mereka jalan la pula
Takpa-takpa, teruskan berjalan amer
kalau setakat berhenti nak minum air ke, bole ja
dah dahaga nak buat macam mana kan..
Jalan slow-slow, sekejap lagi sampai la tu
kalau tak hari ini, esok la tu
ala jangan risau, akan sampai punya la
Post yang busan
Hari ini
Aku namakan sebagai ” Hari serba tak kena Sedunia “
Bangun pagi terus rasa berdebar
Nak ambil tuala terambil kain pelikat
Mandi, termenung bukan main lama dlm tandas
Pegang buku rasa nak sebak
Sebelum ke kelas Cari buku teks macam cari anak hilang dlm pasaraya tapi tak jumpa2 , balik kelas tengok-tengok ada atas meja tu ja
Pergi kelas, dengar lecturer cakap rasa macam nak meleleh taik telinga ni
Habis kelas pergi library, satu bahan pun tak dapat cari untuk report
Balik kelas buat mee goreng tapi tak sedap
Sambil makan tengok ShinChan tapi skit pun rasa tak lawak
Cuba dengar ipod, satu lagu pun takle tenangkan hati
Cuba untuk tidur, tapi tak boleh
Cuba Buat kerja tapi tak siap-siap
Tengok Iphone, lagi la berkecamuk hati
Tengok kerja yang bertimbun tu lagi la rasa macam nak menangis
Harap-harap esok bukan lagi
” Hari serba tak kena Sedunia “
Kruukkkk Kruukkk
“Kruukkkk Kruukkk” tu bukan bunyi ayam betina mengawan ya kawan-kawan, tu bunyi perut..
Kebelakangan ini perut aku selalu berbunyi “Kruuukkkk Kruukkk”
1) Teringat lagi masa ambil exam kemasukan Yamaguchi university ni dulu, duduk dalam dewan tu punya la sunyi ya amat, tiba-tiba perut aku berbunyi “Kruukkkk Kruukkk”. aku pun cover la dengan batuk ala-ala keling tu.. “Huk Huk” (bunyi batuk)..bukan nya sekali kawan-kawan, berkali-kali. dan berkali-kali juga la aku cover dengan buat-buat batuk keling tu. Lepas abis exam, Ain kata dia dengar bunyi perut aku tu. Ala malu sampai grad la camni..
2) Hari Ahad hari itu aku ke perpustakaan untuk buat report bersama Hirose. Tengah kusyuk cari bahan tiba-tiba perut aku bunyi “Kruukkkk Kruukkk”. Dahla perpustakaan sunyi, Hirose kat sebelah leh la dengar. Dia gelak pastu bagi cokelat sambil berkata ” Taberu?” (nak makan?).. Argh malu lagi..
3) Tadi time kelas Ryutai(Hydraulic) perut aku seronok lagi berbunyi. Adeb kat sebelah dengar kot sebab dia gelak. Nasib baik Adeb yang dengar, kalu Yat dengar camna? Haa mau malu sampai guling-guling. Eh tapi ok gak, kalu dia dengar leh dia buatkan aku pegedel kan..

ish perut sapa la bunpai camni ha..
Eh lupa lak ada banyak keja..Macam mana leh lupa ni..
Bye-bye semua
Tengkok
Tahu apa itu tengkok? bacaan nya seperti ini, tengkorak punya teng, bangkok punya kok..bacaan teng tu bukan macam Teng 3nen ya kawan-kawan..
Tengkok tu leher la..eh ka semua orang panggil tengkok? ala hidup bawah tempurung ka apa aku ni..
Dewasa ini, tengkok aku sakit ar. 2,3 hari ni la.. sebab-sebab sakit tidak la pula aku tahu.
kemungkinan =
1) tidur tak betul
2) tidur tak cukup
3) tidur tak lena
4) bantal tak best
5) mimpi terlalu enak mungkin
6) tidur buas
tak best la bila sakit tengkok..nak ja aku cabut pastu pasang balik..
kan best kalau ada support pillow..ala dulu time zaman sekolah selalu ada keluar smartshop..

support pillow
mesti tiap-tiap malam aku tidur sambil senyum kan..
bercerita tentang tengkok, dulu aku suka makan tengkok ayam.. sedap doh, nak plak yang goreng saja.
tapi orang tua-tua kata kalau makan tengkok ayam nanti time kahwin kepala teleng atas pelamin..

haha awek ni mesti teleng atas pelamin
ala betul ka? tak mahu ar camni
takpun masa kahwin takyah naik pelamin
ala pelamin anganku musnah ar

agaknya budak ni pun sakit tengkok kot
Lusa dah sekolah dan saya sangat tidak suka
Esok hari last untuk aku bangun lewat dan bermanja-manja dengan bantal masam kesayangan aku tu.
Golden week dah nak abis, serius aku rasa sesak nafas..CPR please ! ! !
Jangan sebut perkataan “jikken” depan aku.. aku boleh pengsan dan tak bangun sampai esok..
Alangkah syiok kalau bangun-bangun tidur ja terus ada kat airport untuk balik Malaysia..
Aku sangat sesak dada sekarang..
Belai lah aku..Oh, I need U..yes, kamu la..sapa lagi..
p/s : I`m in luv. maybe. haha gelak sampai lebam.
-
Archives
- November 2009 (4)
- October 2009 (12)
- September 2009 (1)
- July 2009 (5)
- June 2009 (5)
- May 2009 (6)
- April 2009 (8)
- March 2009 (4)
- February 2009 (4)
- January 2009 (4)
- December 2008 (2)
- November 2008 (9)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS










