My Hero
Dalam hidup, aku ada berlemon-lemon kawan..beberapa orang kekasih tetapi aku hanya ada seorang Bapa..
Kalau hari ini kawan aku kecil hati takmau kawan dengan aku, aku boleh pergi cari kawan lain.
Kalau hari ini juga kekasih aku merajuk buat hal, aku boleh cari kekasih yang lagi seorang..
Tapi kalau hari ini Abah aku terasa hati ngan perangai aku, apa aku nak jawab di akhirat nanti?
Abah kerja tak besar, dulu Abah kerja juruaudiovisual kat Jabatan Penerangan Pendang..bawak pajero jabatan pastu pergi pasang speaker2 kalau ada majlis ceramah ka,tilawah al-quran ka kat mana-mana.
Malam-malam kalau ada function pun Abah kena kerja. Kadang-kadang balik lewat malam, esok pagi nya kerja pula.
Sepanjang aku hidup, aku tak pernah dengar Abah mengeluh penat kerja. Aku tak pernah dengar Abah mengeluh duit tak cukup. Kami adik-beradik cukup makan-minum, pakai baju semua terurus.
Kak sulong aku cakap dulu Abah garang tapi bila sampai time aku, dah tak garang sangat.
Abah tak pernah pukul aku, tapi Abah ada “angin”, jangan kacau la kalau “angin” tengah tak baik.
Dulu kecil-kecil kalau jalan mana-mana, on the way nak balik rumah aku selalu tidur dan bila sampai aku sengaja takmau bangun sbb malas. Abah la yang angkat aku masuk bilik.
Aku paling suka menghabiskan duit Abah. tapi aku bukan minta beli benda pelik-pelik(read:anak yg baik). aku selalu minta Abah belikan buku. Abah tak pernah kecewakan aku, tapi yang aku kesalkan sampai sekarang, aku tak gunakan sepenuhnya buku-buku yang Abah beli tu.
Aku kagum dengan Abah. Masa umur 50 masih bersemangat nak belajar. Abah ambil kursus komputer. Abah ada cita-cita nak buat bisnes komputer lepas bersara. Alhamdulillah cita-cita Abah tercapai. katanya, duduk kat rumah tak buat apa pun bosan, dapat penyakit ja.
Time Abah tidur, tengok kencangnya dada Abah bernafas, penat lelah Abah seharian cari rezeki untuk kami adik-beradik.
Aku rasa aku anak Abah yang paling baik banyak buat Abah pening kepala.
Masa form 2 kat sekolah sains syed putra, aku meraung-meraung telefon suruh Abah pindahkan aku ke sekolah lain. Abah langsung tak membantah, Isnin tu Abah terus datang awal pagi dan uruskan hal pindah sekolah.
Masa aku dapat tawaran ke Jepun, Abah la paling gembira, habis kat semua kawan-kawan Abah hebohkan. Bukan sebab Abah riak, tapi sebab Abah bangga dengan kejayaan aku.
Bila aku fikir-fikirkan balik, berapa kali sangat aku ucap terima kasih kat Abah. Berapa kali sangat aku minta maaf kat Abah selain mohon maaf hari raya.
Tapi kalau kawan-kawan buat baik kat kita, belanja kita, berbuih-buih mulut kita ucap terima kasih.
Tapi kalau kawan-kawan kecil hati dengan kita, merayu-rayu kita minta maaf.
Abah,
Selamat Hari Bapa.

Abah dan Mak
Hargai la orang sekeliling kita, supaya tidak meraung menyesal kemudian hari
7 Comments »
Leave a comment
-
Archives
- November 2009 (9)
- October 2009 (12)
- September 2009 (1)
- July 2009 (5)
- June 2009 (5)
- May 2009 (6)
- April 2009 (8)
- March 2009 (4)
- February 2009 (4)
- January 2009 (4)
- December 2008 (2)
- November 2008 (9)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS
bersyukurlah dan hargai la abah kau sementara dia masih ada…kau beruntung ada bapa macam tu.
apa yg aku bleh kata,hanya Allah yg tahu apa yg terbaik utk hamba2-Nya..jgn ckp aku untung atau sesapa rugi,sebab kita suma untung,takda rugi.kan dena?ayuh,ke kelas
Salam hurm btul2..jd kalau agak2 kita rase cam malas2@penat blaja ke apa try ingt pengorbanan mak abah kita…abah penat2 cari duit smpi ke hati kita nk malas2 lg blaja(ckp kt diri sndri jgk huhu)…:-)
p/s:mak amir cun hihi..=)
hehe tgk la anak nya juga,semat abis..haha
Huk alah pasan plak..xde2 mak je hihi..=)
1st time trbaca tntg guy yg puji abah dia terang2,>>smpai lagu nie hg describe no..isk3…nmpk sgt hg btoi2 syg dia weh…
sapa tak sayang bapa sendiri..
hargaila mereka