Hari ini hari Jumaat, aku lepak kat rumah sambil buat power point untuk presentation minggu depan. Malam ni rasa lapang sikit, boleh la melawat blog aku yang dah lama aku anak tirikan.
Alhamdulillah aku dah pun selamat submit thesis. Walaupun buat macam sampah, asyik garu kepala walaupun tak gatal, kena kutuk dengan kawan-kawan Jepun sebab terhege-hege nak mengarang ayat, yang penting dah setel. So tinggal nak pulun untuk presentation jumaat depan. Kalau presentation dalam bahasa Melayu, bagi aku satu jam pun aku boleh bersyarah kat atas stage tu (tak baik menipu)
Presentation 15 minit ( 5 minit sesi soal jawab ). Aku paling takuit sesi soal jawab ni. Soalan yang terbang mai memang tak boleh jangka. Kalau dia tanya cara-cara nak masak nasi lemak boleh la jugak aku kencing sembang kencang
dah siap print semua masukkan dalam fail. Aku punya thesis 45 helai saja. Ada yang buat sampai 70helai,tapi gambar saja dah separuh. Ada yang buat 30 helai. Kira aku golongan pertengahan la. Actually bilangan muka surat tak penting, lain research lain data nya.
Ini pulak depa panggil abstract. Kena rumuskan thesis kita dalam satu muka surat. Yang ni untuk dibuat rujukan lecturer-lecturer masa presentation day nanti.
Okey tutup cerita pasal thesis, mari kita usha apa yang aku masak he he he
Sambal tumis sutun sama itu ayam goreng berempah
Roti canai segera sama itu kari ayam tak banjir
Roti canai segera sama itu kari daging
Nasi lemak sama itu gulai sutun sama itu ayam tandoori yang macam tak berapa nak jadi
Nasi beriyani sama itu gulai sutun sama itu ayam tandoori sama itu filamen ketam bersalut tepung
Bihun goreng hailam
Bihun goreng mawi (tetiba)
Dan yang terakhir, kari kepala ikan













gambatte..sikit sgt lg tu.. =)
amir nuigurumi putih blkg tu kau turunkan la kt sape2 eh..jgn dibuang ye..cam syahdu pulak tgk dia.. huhehuhe..
aku jaga dia dgn baik2 woo..seminggu sekali bagi mandi(tipu)
nanti aku pas kat kohai ok
ok la
da dgr byk kali
tp seyes kamu pndai gila masak!
waaaaaa
jeles
………….
ske singgah blog ko ble tension2,bosan2.!=)
cechak
tak pandai pun.semua tu tak sedap pon.tapi bagi aku sedap.hahaha
azlin
singgah la selalu,aku tak kenakan tol pon.tapi aku jarang update
huh tak lalu aku nk mkn kari kepala ikan tuhhh!! XD
eh aku tak suruh makan pon.suruh tengok ja.haha
paling byk2 menu..aku suke KARI KEPALA IKAN..nyum3!!haha
5 minit soalan? dondake ..
mmg kena bertubi2 gak tu ..
Assalammualaikum en amir =)…wah pandainya masak bagus2..
hidup di perantauan ni mg byk blh blaja berdikari kan..
spt biasa akak buka blog nih..sb td ngantuk sgt..smpi tsilap2 dh buat keja huhu..teruk btul(maluny huhu).
nape jap sgt …ape name hapyou..hurm..presentation hihi..tp yg kjap tu pun pening kan huhu…
kitaorg ada yg smpi berjam2 hihi..pastu report klau kena pnsyrah yg best tuh..byk kali kena btulkan hihi…maafla terciter psal diri sdnri plak..
apapun omedetogozaimas..dh selamat smuany..
semoga selamat kembali ke tanah air=).
jaga diri.
amiruddin bin rohani?
aikk?
sedapnyeeeee…..
ha ha..kheja gelak ja mai blog hang ni..hebat hang masak…roti canai tu walaupun segera,,nampak macam sedap gila ja..