Ini gambar masa Raya Aidilfitri lepas. Masa ni Abah masih boleh bangun duduk, berak pun atas kerusi khas.
Pejam celik, dah 3 bulan lebih Abah dalam wad. 3 bulan itu satu tempoh yang sangat lama.. Sekarang Abah dah tak boleh bangun, terlantar atas katil, nak gerakkan badan pun tak berupaya. Makan pun takmau, berak pun tak sedar, tengok-tengok dah penuh katil.
Abah, kami anak-anak sayang sangat kat Abah. Walau macam mana pun keadaan Abah, kami tetap ada dengan Abah. Kami tak mampu nak balas jasa Abah. Maafkan kami Abah, kami banyak buat salah dengan Abah. Kami banyak lawan cakap Abah. Terima kasih Abah, terima kasih sangat-sangat kerana membesarkan kami. Kami tak mampu buat apa sekarang, hanya doa dari kami sentiasa bersama Abah.
Abah, semoga cepat sembuh.





;(
Insyallah… ujian Allah hanya utk org yg kuat;)
Bersabarlah kawan. Kekuatan yang diperlukan untuk sabar tidak diperolehi dalam sehari dua. Moga kau lebih sabar & tabah. InsyaAllah, kesihatan abah kau akan kembali.