Rencah Hidupku

Kisah Antara Kau Dan Aku

aidiladha

Selamat Hari Raya AidilAdha

November 27, 2009 Posted by amir5656 | Uncategorized | | No Comments Yet

Anjing putih softbank

1. Hari-hari pun makan hati. bukannya sedap pun makan hati. kalau makan pedal ke best la jugak. teringat dulu-dulu zaman sebelum berkhatan, Mak aku tak bagi sangat makan pedal sebab takut time nak sunat nanti **** liat. Haha macam mana la agaknya “liat” tersebut..macam potong daging guna pisau tak tajam ka? erkkk

2. Aku selalu senaraikan perkara-perkara @ homework yang perlu dibuat dalam tiap-tiap minggu. kira macam “things to do” la..setiap minggu tak pernah sedikit,kadang-kadang sampai satu muka surat. bila dah setel satu-satu benda,aku akan garis panjang kat ayat tersebut. sebagai contoh

1. buang sampah

2. cukur misai

ha begitulah..maknanya nombor 1 di atas belum selesai.nombor 2 sudah.

3. bila masuk musim sejuk ni rasa macam perut pun semakin membesar. duduk dalam bilik tak keluar memang satu perkara yang best. nak-nak lagi dalam kotatsu. kalau boleh aku nak ja usung kotatsu tu pergi kelas.

4. kat itunes pc aku sekarang lagu tears-nyanyian xjapan. bila dengar lagu ni teringat gorey,esah ngan alan. tatau sebab apa, tapi nantonaku..

5. tidur memang satu perkara yang tak boleh aku nafikan, sangat heaven. kadang-kadang tu kelas pukul 10:20 pagi pun nak bangun punya la liat. kalau kelas pukul 8:40 macam mana la agaknya. nak-nak musim sejuk macam ni, serius best tidur dalam selimut. pastu dapat pula peluk bantal..perghhh

6. hidup macam roda, serius wa cakap lu. kadang kita kat atas, kadang kat bawah. kadang terpenyek bawah roda, kadang roda pancit pergi baiki kat kedai AhBeng Pendang. bila kita kat atas jangan riak jangan sombong nanti orang panggil mat belagak. Haha..

7. hidup aku sekarang lebih banyak kepada berangan-angan daripada menghadapi realiti. berangan tu best, kadang-kadang realiti itu terlalu pahit untuk kita terima. nasib baik la tak keluar awan atas kepala bila kita berangan dalam kelas kan.

8. dah lama tak nampak anjing softbank kat tv. mana dia hilang? sakit kot..hmm biasala anjing pun ada juga sakit-sakitnya, bukan manusia saja.takpun orang dah tak ambil berlakon.

November 25, 2009 Posted by amir5656 | Uncategorized | | 5 Comments

Hiroshima Memorial Park

jumaat malam aritu buat keja gila, diskus tak sampai 5 minit terus buat keputusan nak pi Hiroshima. bertolak dari Ube pukul 11:30 malam then sampai Hiroshima dalam pukul 2:30 pagi. on the way tu seperti biasa ada ja masalah. tp small matter, petik kacang ja. Navigator keta aku takle guna kat Odessey. pastu ETC(macam smart tag) pun tak le guna. rupa-rupanya tempat cucuk rokok dalam Odessey tu rosak.

sebelum bertolak tu risau la juga kot-kot bangunan tu dah tutup lampu ka, sebelum pergi siap check kat internet tapi tak jumpa pun. untuk pengetahuan semua, hiroshima memorial park atau orang jepun panggil “genbaku dome” ni adalah tempat masa amerika bom jepun dulu tahun 1941 kot. ala dalam buku teks sejarah form 4 ka form 5 ntah ada tulis. ada 2 tempat, satu lagi kat Nagasaki. tahun depan la kot pergi nagasaki pulak.

lepas dah puas bergambar situ, bertolak ke rumah awek Asnizam. dapat makan nasi kerabu yang top marveles.

baru sampai wajib ambil gambar

November 22, 2009 Posted by amir5656 | Uncategorized | , , , , , | 8 Comments

kojah tag nas ahmad,nas tag aku..sapa kojah?

Ni sebenarnya kali ke-2 aku buat benda2 alah tag ni. first time dulu alan geli yang tag aku.

1.Bekas kekasih saya adalah :

ntah, aku penah ka ada kekasih?haha..no komen.. biarla ia rahsia antara aku dan dia

2.Saya sedang mendengar :

lagu nyanyian Maher Zain (sebenarnya tadi dgr lagu lain, tapi oleh kerana soalan ni,aku terus tukar dgr lagu maher zain. ok la kan, kira aku jujur tak tipu..hehe)

3. Mungkin saya patut :

jadi lebih baik. eh saya dah baik, cuma tak cukup baik lagi untuk beristerikan nur amina.. ngehe

4. Saya suka:

kamu..huahua..tahu gelabah. actually banyak benda yang saya suka. malas nak senarai.

5.Sahabat-sahabat baik saya:

saya tak memilih kawan. kalau saya pilih kawan, nanti kawan akan pilih saya. hmm macam tak kena ja ayat tersebut. saya kawan bukan kerana dia best mahupun kaya lawa baik, selagi dia tak buat tahik kat saya, saya takkan buat tahik kat dia.

6.Saya tak faham :

dengan orang jepun.dan mesti orang jepun pun tak paham dengan saya. ok la tu, fair n lovely

7.Saya kehilangan :

orang yang saya suka. full stop

8.Ramai yang berkata :

saya hensem kacak cool soft spoken buruk.

9.Makna nama saya :

mohd amiruddin…amir=raja,putera,ketua..din=agama..hmm senang cerita maknanya raja agama.alhamdulillah

10.Cinta itu adalah :

buta. tak bermata apatah kan lagi nak pakai spek.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :

meneran berak yang amat dasyat. bayangkan muka yang amat ketat ketika meneran berak. ish2

12.Saya akan cuba :

buat yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga, agama dan bangsa. saya tak nak jadi sampah masyarakat, buat apa jadi sampah? sampah itu busuk, busuknya mengalahkan bau orang tak mandi setahun.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :

selamanya bersama. teringat pula cerita dalam majalah Ujang. apa khabar agaknya Ujang, masih laris di pasaran ka

14.Telefon bimbit saya :

iphone 3g. saya selalu tatap phone saya, sebab wallpaper tu adalah gambar saya dan Emak.

15.Bila saya terjaga dari tidur :

saya akan buka mata pastu bangun pastu terhantuk kat katil tingkat atas. huh macam nak cabut ja katil dua tingkat ni

16.Saya paling meluat apabila :

malas la nak meluat-meluat. simpan ja ketat-ketat dalam hati

7.Pesta/Parti adalah :

buih. oh yeahh

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :

lipas yang berkeliaran dalam rumah saya

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:

zaman sekolah menengah..time tu zaman kegemilangan beb..ramai orang mengorat hehe

20.Hari ini :

hari selasa. aku bangun pkol 12 tengahhari sebab kelas pagi takda. dan semalam aku tidur pukul 6 pagi sebab seronok duduk dalam kotatsu(meja pemanas) baru beli.

21.Malam ini saya akan :

buat kerja yang berlambak-lambak. rasa tak berbaloi-baloi langsung eh apa kaitan. minggu ni rasa agak tertekan, report, exam, presentation..oh oh oh pengsan

22.Esok pula saya akan :

ish banyak tanya la. busy body btoi. esok pula saya akan ke kampus induk ada kelas kat sana. huhu bosan, nak kena drive sejam. malam pukul 8:30 pula ada discussion report dengan kato sensei.

23.Saya betul-betul inginkan :

belaian..kekeke…siapa nak belai angkat tangan..

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :

saya tersenyum melihat kekacakan diri sendiri saya rasa saya patut bercukur, dah macam orang utan dah saya tengok.

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :

saya pilih pusat membeli belah. tapi saya tak suka lepas beli terus belah. ok tak lawak. kan best kalau ada rm sejuta, boleh shopping satu supermarket. sekali ngan akak-akak cashier saya beli.

26.Makanan Barat atau Jepun:

of kos makanan barat. tapi kalau soalan di atas tanya makanan malaysia atau jepun, saya akan pilih jepun. eh mana buleh. apa bestnya makanan jepun. huh, tak heaven la. tapi aku rasa la kan, sebenarnya banyak benda yang kita takle makan kat sini, so tak la merasa sangat ke heaven an makanan jepun. member jepun aku cakap ba alif ba ya lagi sedap dari ayam. erk geli tekak

27.Bilik yang terang atau gelap :

kalau study semestinya bilik terang. tapi kalau buat projek mesti la gelap-gelap.

28.Makanan segera adalah :

mee maggi cepat dimasak sedap dimakan. syarikat maggi buat iklan bagitau mee maggi boleh dimasak dalam masa 2 minit. huh, main masak-masak boleh la

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?

I love you sayang uwekkk muntah hijau

30.Siapa yang anda mahu tag??

siapa-siapa saja. siapa rajin buat la. budak-budak yamadai, jom la, aku tengok blog dah berhabuk tu, terbatuk-batuk aku buka blog kalian tadi. nasib baik takda asthma.

tak lawak

kerolizwan, apiz n sapa-sapa la, sila2

wan kosen, alan mat belagak, kak dart, abang-abang kakak kakak serta sesiapa sahaja yang mengenali diri ini.

bye

November 17, 2009 Posted by amir5656 | Uncategorized | | 18 Comments

engkau penyeri hidupku

Salam 1 Malaysia

actually aku nak beritahu kat kamu-kamu semua tentang lawatan kami-kami melihat keindahan musim luruh di Jepun. melihat daun-daun merah gugur tak ubah seperti berada dalam penggambaran autumn in my heart. tapi oleh sebab aku malas nak stori, pandai-pandai la kamu-kamu semua baca laporan nas ahmad ini ya.

ok mari aku jamu mata kamu-kamu semua dengan gambar-gambar

IMG_2842

baru sampai

IMG_2844

DSC_0196

DSC_0204

IMG_2858

IMG_2870

IMG_2877

DSC_0187

DSC_0232

IMG_2896

IMG_2899

IMG_2913

IMG_2918

IMG_2919

DSC_0264

DSC_0270

DSC_0275

DSC_0283

DSC_0158

DSC_0299

hambik, gambar besar kemain

ok bye

November 13, 2009 Posted by amir5656 | Uncategorized | | 7 Comments

rakun depan rumah mengganggu hidup saya

hey engkorang nak tahu tak (style mami jarum) ,area-area umah aku ni ada 2 ekor binatang pelik aa..tapi kalau siang-siang tak pernah lagi aku nampak, malam ja 2 ekor ni keluar. badan dia besar sikit dari kucing, tapi kaki pendek. bila jalan terkedek-kedek. budak-budak ni cakap rakun. teringin sebenarnya nak tangkap gambar binatang tu, tapi time jumpa tak la pulak bawa kamera. setakat ni dah 3,4 kali la aku nampak. ok la nak senang cerita mari kita namakan 2 ekor binatang tersebut. syamim (bukan nama sebenar) dan juga hilmi (bukan nama sebenar)..eh tapi 2 ekor ni macam berpasangan, so mesti jantan-betina isn`t it? haha tetiba ckp omputih. ok kita tukar nama hilmi kepada iza(bukan nama sebenar)..amacam? seekor nama syamim, seekor lagi nama iza. cun? sila tepuk tangan

binatang ni macam tak takut dengan manusia. bila nampak aku tak pula dia lari terkedek-kedek. aku pula yang takut dengan mereka. tapi aku tak setuju la yang mereka tu rakun. sebab bila aku search google, rupa rakun macam ni.

rakun_110-thumb-1211474429345150-5

eh silap..

yang ni

rakun1

haa yang ni..

tapi yang aku nampak tu bentuknya macam lain. takda pula ekor panjang berjela macam tu. hmm ni rakun jepun kot.

kalau aku tangkap, ambil bela orait gak kan..boleh dia tangkap sekalian lipas yang duduk free tak bayar sewa dalam umah aku ni kan..

eh tapi kan, aritu kat tempat letak basikal tu ada tahi. eh takmau la guna perkataan tahi di sini. kita tukar dengan SHIT. haa kan lagi mesra alam. aku rasa la, tu shit si rakun tersebut. sebab sini takda pula anjing ka kucing berkeliaran. manusia berkeliaran tu banyak la. tapi takkan la manusia punya shit kot kan. ok kita buat andaian di sini bahawa shit tersebut milik rakun itu. bau dia nak habaq mai kat hampa, fuhhh batal posa tau kalau bau. hehe tipu ja, takda la busuk sangat pun. tahi apa yang wangi kan??

baru teringat, dulu masa darjah 4,5 aku pi tuisyen kat seorang cikgu ni. cikgu ni serba boleh wa cakap lu. sains, mate, english suma dia ajar. huh tamak punya olang. haha..eh tak baik mengata guru, nanti tak berkat. dia kata dia nak cipta pil kentut wangi. bila kentut boleh bau vanilla ka,oren ka,strawbery ka lavender. pastu bila kentut kat mak mertua, mak mertua akan cakap “wah wanginya kentut kamu labu,kentut la lagi sekali”..serius, aku copy paste sebiji-sebiji ayat dia cakap. kalau boleh aku nak ambil video muka dia sekali time tu..cikgu ni memang lucah abis. time dia mengajar mesti budak perempuan tak berani sangat angkat kepala. semua tunduk tengok lantai ja. teringat dulu dia ajar cara nak hafal rumus kos. kan kos sama dengan bersebelahan bahagi hipotenus. kalu dia ajar hafal rumus serius aku cakap, sekali ja boleh terus hafal. Kos = “K*te Bangla Hitam”..Huh tengok, sampai sekarang pun aku hafal lagi.

pastu dia kata anak dia ramai, dekat 10 orang kot. 9 pistol, sorang ja karipap. ces bedebah. tapi rindu la kat dia, banyak ilmu aku tuntut dari dia. terima kasih Cikgu Malek !

November 6, 2009 Posted by amir5656 | Uncategorized | , , , , , , , , , , | 18 Comments

Thank You Allah

Kebelakangan ni aku suka dengar lagu ni. Serius, rasa tenang semacam.

telinga kita kalau dijamu lagu-lagu camni memang enak

tapi ada juga yang kalau dengar lagu ni terus meleleh tahi telinga kan

he he

sila-sila tengok, tambah-tambah jangan malu-malu

tak lawak

penyanyi Maher Zain

dalam video ni lagu campur-campur, ada Thank you Allah, InsyaAllah dan macam-macam lagi la

November 5, 2009 Posted by amir5656 | Uncategorized | | 11 Comments

mawi-world 2

pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian

1. pertama-tama sekali, aku ingin maklumkan kat satu dunia yang aku dah botak. malu la aku nak letak gambar terbaru kat sini, nanti Mawi world gulung tikar pulak kan. haha perasan. bila botak rasa selesa, rasa macam takda tanggungan berat kat kepala, tapi satu ja slack. aku rasa telinga nampak capang aa. sebut ja pasal capang kan, teringat lak sorang member aku ni nama dia Pika(bukan nama sebenar). telinga dia nak habaq mai kat hampa, kalah periuk astro atas bumbung umah aku tu. haha.. bila orang kutuk “Pika capang pika capang”, satu sekolah dia kejar weh. dia ni nakal, kalau jumpa rasa macam nak sepak laju-laju. tapi ramai takut ngan dia sebab dia gangster kampung dusun.

2. rasa macam banyak lagi nak stori tapi nanti-nanti la.

November 4, 2009 Posted by amir5656 | Uncategorized | | 10 Comments

私はあなたに恋をする

IMG_2046

Adelia Dalila Batrisya

Sabtu lepas bangun ja pagi dapat mesej dari kak aku bagitau yang Adelia jatuh buai.

Okey, begini ceritanya

Buaian yang ada kat rumah aku tu bukannya buai besi yang boleh pasang buka tu. yang ni hanyalah buai yang paku kat pintu bilik, pastu gantung besi spring tu pastu letak kain. pandai-pandai la bayang ok.

Time tu Mak aku yang buaikan Adelia tidur. pastu tiba-tiba buai tu jatuh ke lantai. agaknya paku tu tertanggal kot. pastu, besi spring tu pula hempap kepala Adelia. dah tu tulang belakang terhentak dengan lantai lagi. kepala dah la terhentak dengan lantai, kena hempap pula dengan spring tu. weh boleh bayang dak?? Bengkak dan lebam la kepala Adelia.

Budak baru umur 8 bulan kot, mesti dia terkejut dan sakit gila. Mak aku pula dok rasa bersalah, dok nangis-nangis kesiankan Adelia. ya la dah jadi depan mata weh tapi tak sempat buat apa-apa. Daddy ngan Mummy Adelia lagi la sedih kan. Aku kat sini yang dengar ni pun rasa lemah lutut semacam. Huhu

Bawak pegi klinik, scan kepala dan alhamdulillah takda apa-apa.

Hope semuanya akan okey

p/s : Nanti paksu n maksu bawak balik patung doremon tau.

November 1, 2009 Posted by amir5656 | Uncategorized | | 21 Comments

kura-kura ku malu masuk kepala dalam cengkerang

1. ha tengok, hari ni pun aku update blog lagi. nampaknya gaya hidup aku dah berubah menjadi semakin rajin..ayuh tepuk tangan semua ~

2. ok dah masuk point nombor dua. tapi tatau la pula nak stori apa hari ni. dulu penah dak main zero point? ala yang getah sambung banyak-banyak tu pastu ada dua orang pegang hujung kiri ngan kanan, pastu ada makhluk lain lompat tu. tahu? ok tak tahu jugak. mula-mula lompat dari paras rendah sampai la paras kepala makhluk pemegang getah tu, sapa tak lepas kena keluar dari penyertaan. ditegaskan di sini “menghonot” adalah dilarang sama sekali. ok kita masuk point ke 3

3. welcome to point nombor 3. actually i want to share with all of you about my robot project this year. dem english terabur. dulu kan kalau aku buat keja last-last minit, Mak aku selalu cakap “haa buat lagi keja last minit. dah nak terberak baru nak korek lubang”.. syukur kan sekarang nak berak tak payah lagi nak korek-korek lubang. ok kita ke point nombor 4

4. sekarang aku nak stori pasal projek buat robot aku tahun ni. aku kena buat robot 2 ketul tau. yang satu tu subjek tahun 3 hari khamis, yang lagi satu plak subjek tahun 2 hari jumaat. satu group ada la 3-4 orang. sebenarnya aku takda la banyak memberi idea pun, sekadar wujud dalam group pastu angguk-angguk kepala sampai pening. projek untuk tahun 3 kami buat kura-kura. haha datang belajar jauh-jauh sampai Jepun bawak balik kura-kura bagi kat orang kampung.

5. bukan nak belagak, tapi idea kura-kura tu aku la yang bagi. aku hanya bagi idea yang kura-kura ni boleh masukkan kaki ngan kepala dalam cengkerang, tapi lepas tu aku dah tak reti nak fikir lagi dah macam mana nak buat bagi kepala masuk. so aku dengar ja la budak-budak jepun bincang, dan sekali lagi aku angguk-angguk kepala sampai bergoyang-goyang rambut ni tutup mata.

6. okey ni ada 2 keping gambar yang sempat aku tangkap

okey ni tapak robot nya
okey ini tapak robotnya

 

IMG_0172

oh ini pula kura-kuranya. cute kan? thanks

7. dah point 7. okey di sini aku nak cerita pasal budak-budak jepun. ikuti perbualan bosan di bawah. time ni time kelas buat robot tu

N : minggu depan kita bawa barang-barang untuk buat kura-kura. shiapa(style piere andre) nak bawa kotak?

A : ok aku bawak

N : siapa nak bawak botol air.

S : Ala aku takda la botol air.

A : ( ek ele,kalau takda pun takle nak beli ka..sep gila)

perbualan dah habis. kedekut sebenarnya orang jepun ni. tapi sebenarnya bagus la, otak mereka fikir eko. kalau kita, duit tak berkira, hal bumi pun tak terjaga.

perbualan kedua ialah waktu masuk lab buat eksperimen minggu lepas.

O : (bertanya kepada teaching assistant) eh kenapa penutup ni takle tutup rapat?

TA : kalau saya boleh tutup, kamu bagi saya 100 yen, boleh?

O : takpa la saya try tutup sendiri

tengok, kedekut lagi. haha. tapi sebenarnya bagus la, nak usaha sendiri. kalau kita maybe dengan suka hatinya bagi kat orang seringhhettt kan sebab malas nak usaha.

k la semua

bye

October 29, 2009 Posted by amir5656 | Uncategorized | | 8 Comments