Encik Braun
Lompat blog-blog orang lain, aku tengok ramai yang suka letak wishing list dalam post mereka. aku pun nak jugak la.
Okey aku nak ini. tak kira, aku nak ini jugak.

- encik shaver jenama Braun
Siapa-siapa yang rasa nak bagi hadiah kat aku tu, tak perlu susah-susah cari benda lain, bagi aku yang ini pun sudah buat aku cukup gembira. Hak2
Salam AidilFitri dari Yamaguchi University
Sebelum benda yang aku nak stori ni menjadi basi, seharusnya la sekarang aku dengan rajinnya mereport kan mengenai majlis jamuan raya anjuran pelajar-pelajar Yamaguchi University yang maskulin dan feminin belako.
Bertempat di TokiwaKougyokai, majlis yang dijadualkan bermula jam 12 tengahari terpaksa dimulakan lewat sedikit al-maklumla pelbagai persiapan perlu dilakukan. Bukan senang beb nak handle majlis.
Juadah-juadah tak larat ceq nak senarai aih..banyak bebeno..
1) Nasi minyak Ziana Zain dan nasi hujan panas Ning Baizura

Nasi Minyak bersama Ayam Masak Merah
2) Ayam masak merah ala madu 3
3) Kurma daging ngetop Siti Nurhaliza
4) Acar timun the marvelous
5) Sate daging n ayam, tercabar malaysia airlines nya menu business class ok
6) Nasi himpit mawi

Nasi Himpit
7) Rendang masak tok wi, anak itik tokwi mandi dalam kolam, ada apa tokwi, enggak ada apa-apa
8. Bihun goreng terangkat abes wa cakap lu
9)puding karamel paling sedap penah aku makan seumur hidup aku (aku yang buat ok) ngehehe
10) Roti jala Kak pidah the vogue
11) Kari ayam ala-ala masak keling by Gorey Ler
12) Puding Roti also from kak pidah civic putih
13) Kek-kek serius mantop secret recipe pon bole tutup kedai
14) Kueh-kueh raya mintak Mak kuih sepotong saya mahu makan kerna perut kosong
15) Cocktail sedap tak hengat wa cakap lu

Cocktail
16) ada lagi ka?
Bermula sabtu tghhari, kami dah mula memotong-motong ayam dan daging untuk dijadikan satey. Bukan senang ya kawan-kawan nak buat satey nih. Potong ayam dan daging kecil-kecil, pastu peram kan dengan ramuan rahsia Mdno, bila dah cukup sebati barulah boleh mulakan aktiviti cucuk-menyucuk. Best sebenarnya cucuk-menyucuk ni, bila buat sekali, rasa macam susah nak berhenti. Serius tak tipu tepuk tanah 3 kali.. Hehe
Selepas tu, dalam jam 10 barulah mula nak membakar. Tapi aku ngan ANAS terpaksa la undur diri dulu balik nak buat report. Ampun pak, report nak kena hantar isnin, hagham tak siap lagi. Balik ja umah terus tidor..Haha..Tapi bangun balik pkol 5 pagi sambung buat report ok (bajet rajin)
Pagi Ahad pukul 8 pagi kot mula la aktiviti bersiap-siap. Pergi ja rumah budak JAD, abang kita, Mdno suruh aku buat Puding Karamel. Haha..Rupanya tak la susah sangat nak buatnya..Bertindak mengikut arahan ja. Maaf,resipi adalah rahsia, tidak boleh dipublishkan, takut nanti kena saman ngan Secret Recipe (perasan! dush dush). Ni Mdno yang ajar, sila tanya beliau.
Bila dah start majlis, maka terhidang lah bukan main banyak lagi makanan..Kalah buffet kat hotel satu kepala rm30 (tipu)..
Sejam lepas tu aku tercari-cari la juga mana puding karamel aku kan..
cari punya cari hagham takdak..
Dalam hati syiok kemain, ku sangkakan puding karamel ku dah abis 3 talam oleh kerana kesedapan melampau..
Dan hari ini, hari selasa, baru lah aku tahu yang puding karamel tu lupa nak dihidangkan..ada dalam peti ais..Huahua..
Patut la takda shiapa-shiapa budak Yamadai yang komplen pasal puding tu. Kalu tak memang dah kena sweeping aku.
K la bak kata omputih, let the picture story segalanya

geng-geng geli yamadai

Pasangan bahagia Yamadai (muntah hijau)

uish kacak bebenor

bajet semat haktuihh

Ibu-ibu hot Yamadai

cahaya iman ka kat muka aku tu

Anak beranak

Team Pepel sangat la cantek

team kaler pelangi

Tahun 4..tahun depan dah takda samishii~~

Tahun 3..sangat bergaya sekali mereka

Tahun 2, mereka sangat aktif dan lincah menikus macam kucing yat

Tahun 1, jangan nakal-nakal dengar cakap abang ya..ngehe

Kami pelajar-pelajar Yamaguchi University ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin buat Kaum Keluarga di Malaysia, Guru-guru serta sahabat handai yang mengenali diri kami. Semoga Syawal kali ini memberi seribu makna buat kita semua. Jangan sedih walaupun tanpa kami di sisi..Hehe
Akhir kata, “Selamat Berpenat” kepada semua yang berusaha menjayakan program ni.
Esok
1. Takda apa yang istimewanya dengan esok. Esok akan datang, pastu pergi. Apa yang berlaku esok, kalau manis jadikan gula, kalau pahit, takpa kentut kuat-kuat nanti hilang lah pahitnya. ok aku mengarut, haram tak lawak. tapi aku nak gelak hahaha (aku punya suka aa)
2. Aku tak sabar menanti esok malam. Aku tak sabar nak lepak-lepak dengan kawan-kawan seperjuangan kat maple. Aku tak sabar nak kutuk-kutuk orang. Minggu lepas junior aku terasa dengan kutukan aku. Nampaknya dia tak kenal lagi aku yang sebenarnya. Kalau kenal, mahu tak makan sebulan dia angau kat aku. huahua
3. Oh ya kawan-kawan, aku sekarang dah 2 minggu menghadapi semester kedua kat universiti ni. Takda apa yang istimewa, cuma merasakan setiap hari pun perlu bersusah hati memikirkan masalah negara. Silap-silap lepas grad nanti aku botak macam Datuk Najib. Oh No~
4. Siapa kata cinta itu mengasyikkan? bila sebut asyik teringat pula amalina si ratu dangdut. ntah mana dia menghilang sekarang, takpa, takda kaitan satu peratus pun dengan aku. Cinta sukar la aku nak tafsirkan. Kadang-kadang cinta itu damn sh*t, kadang-kadang rasa cinta itu sungguh heaven. bila heaven kita lupa Tuhan. Apa nak jadi?
5. Ahad ni ada jamuan raya anjuran pelajar-pelajar Yamaguchi University. Tak sabar nak pakai baju melayu pastu nanti mesti ramai yang keliling nak ambil gambar dengan aku. ok sila muntah beramai-ramai.
6. Anak sedara yakni bak kata orang kolumpo, anak buah aku masuk wad. Difahamkan bahawa dia jatuh terlentang kat atas jalan tar. jalan tar di sini bukanla jalan tunku abdul rahman ya kawan-kawan. ingin saya tekankan di sini bahawa jalan tar tu ialah jalan keras yang..ala yang gitu-gitu tu. baru umur setahun lebih, kesian. Semoga cepat sembuh ya. nanti Paksu upah eskrem. ada sapa-sapa nak mengaku Maksu di sini? Erkk
7. Dahla, banyak lagi agenda yang perlu aku siapkan. Tapi ingin diingatkan bahawa aku bukanlah setiausaha mesyuarat yang perlu menaip agenda-agenda mesyuarat ya. Weh serius tak lawak, dah-dah aku chow dulu. chow chin chau
Wassalam

bukan anak sedara ini yang masuk wad
Post jiwang copy-paste pertama saya
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang…
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah..ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh kedada langit..
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya….
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku..
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini…
Janganlah engkau biarkan aku sendirian…
Didunia ini mahupun akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan…
dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama sama dapat…
membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan
solehah…
Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan peliharalah kami dr azab api neraka…
Amin…amin ..Ya rabbal’aalamin...
Jangan Nakal-Alif
Sedar tak kawan-kawan bahawa blog kesayangan saya ini sudah berubah wajah?
Macam mana? okey tak?
Ke buruk macam saya?
Eh saya tak buruk ok
p/s: saya sedih kena tegur dengan lecturer

Salam Ramadhan
ayat-ayat yang biasa kita baca bagi blogger yang sudah lama tak update blognya=
“uish dah berhabuk rupanya blog aku ni,tiup skit..fuhhh…fuhhhh(bunyi meniup habuk)”
“kepada yang ternanti-nantikan post terbaru sayerr tu,sori la yerr sayerr busy kemain”
1. oh ya lupa aku nak bagitau dengan ini dimaklumkan bahawa aku sekarang berada di rumah..rumah aku kat Pendang ya kawan-kawan..Pendang dah maju sampai aku sesat woo nak balik rumah..haha..kat pendang juga dah buka restoran ala-ala kfc tapi bukanla kfc tapi myfc..”kak,saya nak peha 2 ketul plis”
2. balik aritu 1st time balik dari kansai airport,osaka..naik bas dari Ube malam sebelumnya.terima kasih kepada yang menghantar..seat dah agak selesa tapi rasa panas macam dalam ketuhar.oii ingat nak bakar kueh raya ka..ek ele ekon pon nak sepp ka..malam tu bersahur bihun goreng ostad masak..alhamdulillah..pastu berbuka dalam flight dalam pkol 1 tengahari ya..ter awal lak apa la kakak pramugari tu tak bagitau waktu berbuka atas udara pkol berapa..hehe.ingat ka semua orang pakai mask rupanya ada la seketul dua manusia yang pakai. agaknya mereka semua tu mask rider takpon suria baja hitam..eh tak lawak toksah gelak ok
3. sampai klia pukul 4.30 petang. eh lambat lagi nak berbuka..terus ambil bas rempit keling bawak ke lcct..flight air asia balik pendang penang pkol 8.30 malam..encik ani sampai ngan awek khalid teman aku ngan syamim berbuka kat lcct..naik airasia macam naik bas pendang-alorstar ja..nasib baik takda konduktor kutip tambang dalam tu,kalu tak mesti aku dah guling-guling sampai tandas. dah la bau durian kuat ya amat..ni mesti mat-mat dan minah-minah saleh dalam tu yang makan..eh bulan2 posa ni tak baik menuduh,ntah-ntah pramugari-pramugari tu yang makan kannn??haha
4. dah sampai penang..part ni aku malas la nak stori..nanti sure pembaca-pembaca sekalian menangis teresak-esak sampai hingus meleleh-leleh.
5. keesokannya, 3 hari 2 malam aku di wad..semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.
6. kalau dah berjaya tu, kerja besar-besar, tak kira la doktor ka, engineer ka, tak payah la belagak ok. aku cukup hangin satu badan la kan, kalau doktor-doktor melayu yang perasan bagusss sangat, yang perasan dah mengaji tahap petala langit berapa ntah, yang cakap pon macam nak marah-marah, yang cakap macam nak naik hangin. orang kalau tengah sakit perut pon boleh cirit hijau tau tengok muka lu. aku bukan nak buruk-burukkan sapa-sapa, tapi segelintir la kan, aku ulang, SEGELINTIR doktor-doktor melayu ni, tak pandai layan pesakit. tapi ada ja doktor-doktor melayu di luar sana yang bagus-bagus. contohnya doktor Ibrahim klinik kat pendang ni. ngeee..eh tak habis lagi, berbalik kepada cerita tadi, aku tengok la kan, KEBANYAKAN doktor-doktor non muslim di luar sana, pandai sungguh layan pesakit. cakap lembut-lembut, “makcik,apa khabar hari ni makcik”..”makcik hari ini rasa macam mana?dah rasa ok skit kee??”..”anak makcik yang bongsu tu sudah berpunya kee??” hehe…
kan dah teremosional di bulan puasa yang mulia ni..huhu..tapi aku percaya, ramai lagi doktor-doktor di luar sana yang bukan saja pandai, cantik, malah berbudi bahasa, pandai layan pesakit, juga layan suami..ngeee
7. nak emosional lagi ni..drive kat malaysia amatla sakit kepala. ntahla, mungkin dah biasa drive kat jepun yang rasa smooth ja traffic nya. sikap pemandu-pemandu kat sini yang sangat ‘malu’ untuk bagi signal nak belok, yang suka-suka hati cucu-cicit mereka nak keluar simpang..tak kurang juga mat-mat rempit yang dah tempah keranda awal-awal sebelum mati..semalam time drive baru ja aku tensi-tensi bila aku yang tengah bawa takla terlalu laju takla terlalu kura-kura tiba-tiba kat simpang tu ada keta dari simpang kiri dengan suka hatinya sikit pon tak brek terus ja keluar masuk laluan utama. aku yang tengah memandu dengan bagusnya ni terpaksa la menekan brek yang agak terkejut supaya tak terlanggar kereta beliau anak raja pendang. aku tak suka hon-hon ni, aku bagi lampu tinggi ja. kena la bagi kan, baru beliau tahu yang aku tadi dengan kalutnya menekan brek supaya aku tak cium bontot beliau. dah tu, bawak slow ya amat.tadi kalut sangat nak keluar, ingatkan nak terberak ke kan.. kalau race ngan kura-kura pon bole kalah. ok la aku bersabar lagi. pastu kat traffic light nak masuk highway tu dia konfius nak belok kanan atau pergi terus. last minit baru bagi signal pastu belok kanan. aku marah sebab time aku trafic light dah merah. dia selamat ja pergi dengan bagusnya. aku yang agak kegeraman ni tekan ja minyak laju-laju potong dia dan bagi hon tapi takla bertubi-tubi, just nak bagitau beliau bahawa pemanduan beliau menyusahkan aku. sekali tengok awekkk maaa..huhu..aku bukannya apa, kalau accident kan susah, aku susah, dia pun susah. silap-silap aku yang salah sebab langgar bontot dia. kann??
8. rasa macam takmau balik jepun dah. rasa macam nak stay malaysia belajar jarak jauh. hantar report pun melalui emel. lecturer nak marah-marah pun marah ikut emel. pastu nilai scholarship dapat sama macam stay kat jepun. oh heaven bukan?
9. aku rimas la dengan rakan-rakan tak kira la dari negara sebelah mahupon negara bukan sebelah yang datang malaysia cari rezeki yang kononnya halal tapi datang buat kes serta menyusahkan rakyat kita malaysia. dah la menumpang, pastu buat macam negara mak bapak depa. dah tu, kat televisyen bersepah drama-drama mereka. dahla duduk negara orang, dapat pula tengok drama negara sendiri. bersiri-siri lagik. eh fuji terebi, mintak tolong siarkan drama nur kasih boley????
10. lagi 2 minggu nak raya. tapi kad raya selai pun tak sampai lagi..hehe.. ada ka orang yang sudi hantar kad raya kat aku pastu tulis “pecah kaca pecah tong sudah baca harap gantung”..serius lepas aku baca terus gantung..hehe
11. k la nak bersiap-siap mahu berbuka di hotel. huahua
pen merah pen biru you marah i lap u
Malam ni aku rasa free kemain.. rasa macam nak jalan-jalan sampai Malaysia tapi hujan lebat kemain. dua kali aku guna perkataan kemain di sini. kalau cikgu BM tengok mesti kena cubit perut.
dulu sekolah rendah selalu kena cubit kat perut. ingat perut aku ni apa? sakit dow.. kadang-kadang tu kena cubit sampai terangkat dan tertonggek. tapi kenapa kat perut? huh..aku jadi hantu perut baru tau..
tapi takpa la, oleh sebab tu la aku jadi insan yang berguna sekarang kan..
oh ya, minggu ni aku baru ja abis 5 ketul exam. tapi jawab macam sampah. busuk, berulat.. kalau orang tengok rasa macam nak sepak laju-laju. minggu depan lagi 6 ketul. tapi takpa, malam ni kita TB dulu. haha
aku bukan mengharap sangat, tapi kan best kalau semua orang cakap “gud luck amir! ” “amir,ganbare! ” “amir,kau kacak la“ haha sila muntah beramai-ramai
tapi aku pun tak cakap sangat pun kat orang.. patut la kan
kata-kata semangat ni ada kalanya dapat membantu. walaupun kadang-kadang kita terus ja delete mesej tu kan.. bukan aku yang buat la tapi. aku akan simpan ketat-ketat.
eh mengantuk la.. ala rugi la hari cuti sebegini rupa kalau tidur awal.

apa khabar kalian semua?
Glosari
TB = tidur berpuas
Te*te*an
Di sini saya, Fahrin Ahmad Amir, ingin memaklumkan kepada semua bahawa mulai dari esok bermula la peperiksaan penggal pertama untuk pelajar jurusan Mekanikal tahun 3 Yamaguchi University. huh panjang gila, penat taip, pergi minum air sekejap
Okey dah
Peperiksaan akan tamat 3hb Ogos. Pulang ke Malaysia 26 Ogos. ada 23 hari kosong. Bukan kosong telur ayam ya kawan-kawan. time tu la nak adanya repeat paper, time tu la ada discussion report yang berbaki lagi 4 kali.
Bila sebut ja musim panas, seharusnya terbayangkan ketiak yang berpeluh. that`s mean panas ya amat. bila panas, rasa macam nak menguis-nguis air. takkan la nak menguis air dalam bilik air ja kan, semestinya la ke air terjun mahupun pantai. Suka la pantai di jepun, awek-awek ramai lawa sungguh. hehe
tak lupa juga sunburn atau kepada yang tak reti bahasa inggeris tu, maksudnya terbakar matahari. bila sunburn semestinya berhitam. bila berhitam teringat pula “Mamak, tea tarik satu, kasi lemak baeekkk punya”..
eh esok peperiksaan okey. tak sepatutnya aku di sini. harus menyibukkan diri.
babai semua. doakan kejayaan saya esok dan hari-hari seterusnya. semoga semuanya berjalan lancar, dipermudahkan urusan. semuanya akan selamat, pasti.
Akhir kata, gambar di bawah adalah hadiah untuk kalian semua.
Eh tak jadi la. delete.
haha
pecah ais
Hai,
Nama saya Amir..
Selamat berkenalan..
Ini saya
eh silap
yang ini laa..
Hehe..Bagaimana?
-
Archives
- November 2009 (4)
- October 2009 (12)
- September 2009 (1)
- July 2009 (5)
- June 2009 (5)
- May 2009 (6)
- April 2009 (8)
- March 2009 (4)
- February 2009 (4)
- January 2009 (4)
- December 2008 (2)
- November 2008 (9)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS


