Archive for November, 2008

Durian

Posted: November 26, 2008 in Uncategorized
Tags:
Durian

Durian

Oh Durian

Bau mu sungguh ku rindu

Setiap ulas mu bahagia untukku

Busukmu wangi bagiku

Ah,kenapa kau begitu mahal !!

sebiji 2980yen??? (lebih kurg rm100)

tak mengapa

aku cari buah lain la

Syampu

Posted: November 24, 2008 in Uncategorized
Tags:

Tadi mandi malam, bersyampu..

baru teringat tu syampu tahun lepas punya

ish jarangnya guna

selepas guna, rambut saya terasa begitu lembut dan sihat bermaya seperti maya karin (iklan syampu)

(sambil membelai rambut dengan jari)

image08300

自殺 atau bunuh diri memang terlalu banyak berlaku di sini. Berdasarkan data tahun 2004, sebanyak 32,325 orang telah membunuh diri di Jepun. berbagai-bagai cara dilakukan untuk menamatkan riwayat.

Gambar di atas adalah iklan talian khas di mana sesiapa yang rasa nak bunuh diri, boleh telefon dan berbincang dengan operator yang bertugas.

Mungkin senang cerita kita namakan sebagai khidmat kaunseling.

Tapi kalau berlaku kes sebegini, best gak kan.

Contoh 1
Penelefon : Moshi-moshi, saya rasa saya dah tak mahu hidup lagi. Saya sangat tertekan. Saya mengalami masalah kewangan yang amat dasyat.

Operator : Ok, berikan akaun bank anda.

Contoh 2

Penelefon : Moshi-moshi. saya rasa nak bunuh diri la. teman wanita saya cari lelaki lain. saya ditinggalkan.

Operator : Oh, masih adakah borang kosong untuk saya isi?

Contoh 3

Penelefon : Moshi-moshi. saya tertekan. saya dah tak boleh hidup lama. saya bosan dengan hidup ni.

Operator : Berikan alamat anda, saya akan hiburkan anda.

————————————————————————————–

mungkin kerajaan pun dah pening memikirkan pelbagai cara untuk mengatasi masalah ini. cara yang paling mudah dan pantas untuk menamatkan nyawa anda ialah dengan melompat ke landasan keretapi di platform ketika keretapi bergerak. mudan, cepat dan tepat. hancur tak kasi can langsung.

tetapi setiap kali berlakunya kes bunuh diri di stesen keretapi, perkhidmatan terpaksa dihentikan buat sementara waktu untuk proses mengemas, dan mengambil mayat(tulang?)

Dah 2,3 kali juga keretapi yang aku naik berhenti tiba-tiba kerana berlakunya kes sebegini. selalunya pengumuman akan dibuat bahawa berlakunya kemalangan jiwa.

syarikat keretapi akan kerugian besar akibat tindakan bodoh itu. dulu aku penah dengar syarikat keretapi akan saman keluarga si pembunuh diri. tetapi setelah ditanya sensei, sensei aku cakap tak kena saman sebab keluarga tu takkan mampu membayarnya sebab melibatkan jumlah yang besar.hmm..

kalau bunuh diri, insurans akan cover semua hutang-hutang. tak pasti betul atau tidak. tapi kalau seseorang tu terlalu banyak hutang, selain cara membunuh diri, kalau diri sendiri mengisytiharkan muflis, maka terlepas la beliau dari tanggungan hutang-hutang tu.

tapi aku betul-betul nak tahu la tentang panggilan tu. nak try call la. anda bagaimana?

tengok video ni dulu

pengajaran =

1. kalau bola ditendang ke arah `adik` kamu, pusingkan badan dan tahan dengan punggong.itu lebih baik.mungkin..

2. dalam kes sebegini, carilah klinik “Klinik Dr. Zainal” dan bukannya “Klinik Dr. Zubaidah”

aku pun kurang pasti, kebelakangan blog ni dipenuhi dengan unsur-unsur kelelakian. abaikan…

dulu kecil-kecil aku selalu masuk hutan. bukan untuk berperang mahupun menoreh getah. belakang rumah ada kebun..kebun buah sawa atau orang k-el panggil buah ciku.. dah lama pula tak makan buah tu..entah bagaimana pula rasanya sekarang?

lepas tu, `bola-bola api` budak-budak lelaki pasti dikunjungi dengan sejenis binatang kecil bernama `temingau`..kot.eh tak pon nama `sekenit`.aku pun dah lupa nama sebenar dia..anggaplah temingau (bukan nama sebenar).

if i`m not mistaken, temingau ni juga suka menginap di badan kucing juga. kat bahagian telinga kot. kesian kucing, tak tahu nak mengadu nasib kat sapa. tu la, sapa suruh main dalam hutan lagi (sambil mengangkat jari telunjuk dan menggoyangkan sedikit seperti tanda memberi amaran)

bila temingau( bukan nama sebenar) ni hinggap, pasti bengkak bola kita dibuatnya.. bukanlah membengkak sebesar bola sepak mahupon beBOLA ayam yang dijual di pasar malam Taman Nuri, A.S (bacaan=amerika syarikat), Kedah

Keadaan sebegini pastinya merungsingkan pihak lelaki dan juga ibu-bapa mereka tetapi ingin ditekankan disini bahawa pihak pengantin perempuan tidak terlibat sama sekali..sekian.

kejadian garu-menggaru berlaku kerana terlalu gatal. time garu sungguh sedap seperti pekena bihun kuah yeh sebelah balai polis pendang pastu taruk sos cap arnab plak,perghh terangkat habis. tapi lepas tu, hang tanggung sorang-sorang, aku takmau masuk campur(sambil mengangkat kedua2 belah tangan tanda surrender)

tapi yang musykilnya, kenapa di bahagian tu ja temingau ni suka berlepak? kenapa tidak di tangga pasaraya pendang ataupun di cyber cafe? mungkin aku patut mengajukan soalan ni kepada cikgu biologi form 5 aku, cikgu Hasyimah. cikgu ni tak kahwin lagi, tapi agak dah berumur. mempunyai potongan badan yang menarik. semoga beliau sudah bertemu jodoh..

berbalik kepada kisah temingau

Pernah sekali, aku(bukan nama sebenar juga) dibawa ke klinik pendang sebab temingau ni.

tapi aku bernasib baik sebab doktor lelaki yang periksa aku. time dia bawa keluar jarum ja, aku dah rasa nak lari pecut 100m berganti-ganti(pas baton kat nurse)

dicungkilnya keluar dengan jarum

arghh luputkan memori aku tentang peristiwa itu

aku mahu tidur lena

selamat malam semua

Haha..belum apa-apa lagi aku dah nak gelak

Okey, mai ceq nak bercerita kisah berkhatan ni, memandangkan sekarang ni musim sunat sebab sekolah kat Malaysia tengah bercuti..

Bukan nak cerita pasal aku yang sunat, tapi abang aku no-3, Bang Mie. Dah dapat kebenaran dari dia untuk cerita kes ni..kekeke

Masa tu aku tak la kecil sangat..abang aku ni sunat nya di Klinik Dr Othman, Pendang..Masa tu dia darjah 4..kalau dia darjah 4, aku umur 4 tahun cmtu la..masih segar di ingatan aku ni akan peristiwa hitam tersebut

Orang sunat ni selalunya akan terlentang tidur ja..pastu mesti ada kain pelikat atau kain batik yang akan diikat ke siling..kira kain tu akan jadi macam bentuk nasi lemak 5 kupang la..sedap tu

Ada suatu malam tu, aku tengah cari plastisin @ tanah liat kegemaran aku..puas aku cari tapi tak jumpa-jumpa..aku dah mula ber-tensi..di mana kah hilangnya plastisin aku tu?

cari punya cari, last-last aku selak kain pelikat yang cover k**e abang aku tu..

“haaa…tu dia plastisin ceq!!!!!!”

aku pun dengan marahnya pergi sambar `plastisin` aku tu..

“aduh!!!!!!!!…” jerit abangku

kahkahkah…ku sangkakan plastisin aku yang melekat di k**e abangku itu..rupa-rupanya aku silap..tu balutan doktor, bila dah bercampur ubat dia jadi kaler macam coklat2..aku ingat ka plastisin aku warna coklat..hehe aku tak salah..tak salah..kihkih

abang aku pun apa lagi, meraung sakan gak la..aduh rasa ngilu lak..tak rasa gitu ka?hehe

tapi time aku sunat, abang aku baik, dia bagi semangat kat aku..malam sebelum sunat tu ada tazkirah dengan dia..dia kata sunat ni tak sakit, macam kena gigit semut ja..tak pun macam kena kute( tau dak kute tu apa?)..(bacaan : KUra dan TEleng)..ala adik beradik cubit-mencubit gak la..

tapi masa ada bius memang la tak sakit..lepas abis ja bius tu, haa ambik padan muka hang..sakit gak la tahap gaban..

aku teringat lagi time sepupu aku, Din, sunat..dia duduk KL tapi sunat kat Alor Star..satu taman boleh dengar dia menjerit..haha..time tu aku tak sunat lagi, tak boleh la nak gelak lebih-lebih..pastu yang sorang lagi tu tak boleh sunat sebab gemuk sangat, anu ter-kemut masuk dalam kot..haha macam-macam…

Nomikai, atau party minum-minum ni memang selalu diadakan kalau kita berada dalam satu-satu komuniti tu..tak kira rakan sekelas universiti mahupon rakan sekerja. Selalu nya akan diadakan di restoran-restoran khas iaitu 居酒屋(izakaya)..antara izakaya yang terkenal ialah Za-Watami dan Wara-wara..

bermula jam 7 malam dengan bayaran 4000yen (lebih kurang rm130) , party minum-minum arak dan makan-makan dimulakan..mula-mula semua masih lagi dalam keadaan waras..sembang pon okey lagi..tangkap gambar pun masih lagi gagah untuk menunjukkan tanda `peace` kegemaran mereka..

dari kiri Osa, Yumoto, Iwai

dari kiri Osa, Yumoto, Iwai

dari kiri Yokochi, Matsumoto, Tateno, Isoyama

Yokochi, Matsumoto, Tateno, Isoyama

dari kiri Matsubuchi, Karasawa, Iwakami

Matsubuchi, Karasawa, Iwakami

dari kiri Tobita, Abe, Sagara, Shinohara

Tobita, Abe, Sagara, Shinohara

Shinohara dan Saya

Shinohara dan Saya

dari kiri Kishi, Nojiri, Miura

Kishi, Nojiri, Miura

Party minum arak 飲み放題 (minum sepuas hati) selama 2 jam ni bagi aku sangat la membosankan..bukan apa, bagi orang yang boleh minum maybe la sangat best. tapi aku layan ja, aku order jus oren, tea ais (tak la rasa macam tea ais Malaysia)..makanan yang datang pun semua aku tak boleh makan..ada la kacang ngan keropok udang ja aku boleh makan..layan ja la..

Tapi bau arak sangat la tak best..Busuk, pening kepala aku..bak kata Marti (foreigner student tahun 3 from indonesia) , “aduh,kepala gue pusing2”

Cuak gak, takut tertumpah arak tu kat baju atau seluar aku..tapi ok ja sepanjang party tu..semua layan minum dan sembang macam-macam..syok gak layan orang mabuk ni, depa main lepas ja apa depa nak cakap..layan2..jangan ambil hati sangat.

habis pukul 9 malam

dan balik

tidor zzzzz

Homestay

Posted: November 18, 2008 in Uncategorized
Tags:

Ahad, bersamaan 16 November kami student2 Malaysia Oyama Kousen dijemput ke Yuuki, Ibaraki-ken untuk majlis sambutan budak2 sekolah menengah Malaysia yang datang ke Jepun untuk program Homestay..

Seramai 70 orang yang terpilih dan dibahagikan kepada 3 kumpulan..kumpulan 21 orang datang ke Ibaraki n yg selebihnya ke Kumamoto n kagoshima..Mereka ni sampai skali di Narita international airport n berpisah kat situ..

Kira bertuah gak la depa2 ni sebenarnya..semua kerajaan Jepun yang support, dari tiket kapal terbang sampai la suma urusan sepanjang depa stay sini..10 hari ja kot..kira bertuah la..kalu homestay2 sblm ni kebanyakannya anak org kaya ja yg mampu mai..takpon skolah antar, skolah bayar sparuh, mak bapak bayar separuh..separuh2 pon banyak jugak la..

kat Yuuki ni setiap 2 orang akan dapat satu host family..depa stay 3 hari 2mlm ngan family angkat tu..aku yang dok kat sini pon tak penah pi program homestay cmtu..huhu..ada ja peluang nak pi,tp kdg2 byk sgt komitmen..ecece..

ada disertakan gambar2 depa skali..

n yg paling tak best, tiba2 ja kami ni pon kena buat persembahan..haha tak guna btoi..apa lagi, kami pon nyanyi la lagu kebanggaan kita..rasa sayang…

rasa sayang hei rasa sayang sayang hei

hei lihat nona jauh rasa sayang sayang hei

buah chempedak di luar pagar

ambil galah tolong jolokkan

saya budak baru belajar

kalu salah tolong jolokkan tunjukkan

rasa syang hei rasa sayang sayang hei

hei lihat nona jauh rasa syang sayang hei

hehe…itu la lagu yang kami nyanyikan..nampaknya mendapat sambutan yang agak menarik la..budak2 homestay tu pon nyanyi sama2..hihi..

sekian