Archive for January, 2009

マレーシアを紹介したいと思います。ぜひご覧になって下さい

Hari ini kolej aku cuti sebab ada exam kemasukan kolej bagi budak-budak sekolah yang nak masuk belajar sini..

Hari ini juga kebanyakan budak-budak asrama sertai snowboard anjuran Ajk Asrama..Aku pula, mengambil kesempatan cuti hari ini nak berehat sepuas hati..Tak pergi mana-mana, kerja pun cuti hari ni..

Pukul 1.30 tengahhari, aku mengambil keputusan untuk pergi mandi..sebelum tu aku pergi dapur keluarkan ayam dan ikan..Hmm hari ni nak masak gulai ikan dan Ayam goreng..

Buka pintu luar  shower room, dan sememangnya pintu luar tu takleh kunci sebab rosak..so biar begitu saja sebab kalau ada orang datang, dia tengok lampu dalam menyala, pandai-pandai la dia tak masuk kan..

londeh apa yang patut dan letakkan dalam bakul, kemudian baru masuk dalam shower room yang ada bath tab sekali. Pastu tutup pintu..Aku hairan, hari ini boleh pula pintu dalam ni tertutup rapat sebab pintu ni pun rosak..Tombol dah tercabut..Hmm layan ja la kan..

Buka air, dan serentak dengan itu lagu Tonyok Tomok, Sejarah mungkin berulang pun berkumandang dengan merdu sekali..Eh bukan aku yang nyanyi ok..

Tak perlu rasanya aku cerita apa yang berlaku sepanjang mandian aku tadi..

Aku pun berkira-kira mahu keluar…

Eh, takleh buka..

Pintu ni main-main ngan aku kot..Aku cuba lagi..cuba lagi dan lagi..

Ternyata aku terkunci dari dalam..tarik punya tarik tapi keputusannya tetap hampa..

Aku dah mula gelisah..Hari ini budak-budak ramai takda. Cuti pulak tu..So tak ramai la yang akan lalu-lalang situ..Kalu hari sekolah, budak-budak perempuan dan budak lelaki asrama Utara akan lalu lalang depan tu untuk ke kelas..Aduh, apa nasib aku ni..dahla lapar, dok terbayang-bayang ayam ngan ikan aku tu..

tempat kejadian
tempat kejadian

Aku ada satu ja harapan!..Matyie..dia pun tak pergi snowboard..time-time macam ni mesti dia dah bangun..tapi macam mana aku nak panggil dia? Henset mestila tak bawa..aduhh!!!

Aku hanya ada satu cara iaitu menjerit minta tolong..

Tolong!!!! Tolong!!!! Tolong!!!

Semestinya bukan dalam bahasa Melayu..

Dengan harapan ada orang yang lalu di situ..30 minit terkurung dan  menjerit minta tolong tetapi ternyata hampa.Abis dinding bilik tu aku kerjakan..Ketuk sekuat hati..Aku terkurung sendirian dalam bilik mandi..Kalau terkurung dalam lif, leh juga tekan butang minta tolong kan..

Tak lupa juga berdoa..semoga aku diselamatkan..

Aku hanya ada satu gadget, iaitu berus gigi..aku gunakan berus gigi tu dengan harapan selak pintu terbuka..Hampa lagi..

pintu dalam shower room yang sudah kehilangan tombol
pintu dalam shower room yang sudah tercabut tombol

Tiba-tiba aku dengar macam ada orang lalu..Apa lagi, aku kuatkan volume suara aku..bergema mengalahkan Ning Baizura menjerit..Tapi aku dengar tapak itu hanya berlalu pergi..

Sekejap lepas tu, aku dengar suara Yamanaka-san orang pejabat asrama datang..dan juga suara seorang perempuan..agaknya perempuan yang lalu tadi pergi beritahu Yamanaka san..leganya..syukur alhamdulillah..Aku juga bernasib baik sebab pintu luar pun rosak dan tak berkunci. Kalau kunci, mau jadi satu hal pulak nak buka pintu biru kat luar tu kan..

Pakai baju dan berlalu meninggalkan shower room dengan seribu kenangan pahit..Bersedia menutup kepala dengan towel, malu kot-kot terjumpa perempuan tadi..Seakan ada jodoh, aku terserempak dengan seorang perempuan dan dia senyum kat aku. Aku yang kemaluan, menutup kepala dengan tuala dan hanya menunduk pergi..

notis selepas kejadian berlaku..(tombol pintu rosak,sedang minta utk dibaiki)
notis selepas kejadian berlaku..(tombol pintu rosak,sedang minta utk dibaiki)

Lalu di depan pejabat, kena gelak dengan Yamanaka-san dan makcik tu..Adeh..

tempat kejadian di mana mangsa terkurung sendirian..nampak dak tombol pintu tu kat atas bath tab tu?time aku masuk tombol tu ada orang letak kat luar..tapi kalau ada kat dalam pun,memang dah takle buat apa sebab dah tercabut..huhu

tempat kejadian di mana mangsa terkurung sendirian..nampak dak tombol pintu tu kat atas bath tab tu?time aku masuk tombol tu ada orang letak kat luar..tapi kalau ada kat dalam pun,memang dah takle buat apa sebab dah tercabut..huhu

Korea Part 1 (Hari 1st)

Posted: January 13, 2009 in Uncategorized
Tags: , , , ,

Setelah sekian lama merancang dengan ahmad sauberi, maka hari yang ditunggu-tunggu pun telah tiba..26hb Disember tarikh dipilih, iaitu hari pertama bermulanya cuti musim sejuk kolej aku.

Janji dengan Sob nak jumpa depan Hard Rock  Stesen Keretapi Ueno jam 9,tapi pukul 9:45pagi baru dia muncul,sambil tersengih-sengih tak ubah seperti kerang masam..”seperti menunggu Sob di eki”, begitulah perumpamaan yang paling tepat aku ungkapkan ketika itu. Niat di hati menggunung untuk aku lepaskan hasil kumbahan pagi itu, tetapi terpaksa dikemutkan buat sementara waktu sebab barang banyak sangat, takda sapa nak tolong tengokkan..

Kami pun bergerak ke Stesen Keisei Ueno untuk keretapi terus ke Narita Airport..lebih kurang jam 11.30 pagi sampai la kami di Terminal 1 Narita Airport. Tanpa membuang masa, kami terus ke kaunter check in Asiana Airlines..Selesai urusan check in, ke restoran Subway untuk mengalas perut yang lapar..sebelum makan, aku pun pergila menunaikan kewajipan, alangkah gembiranya berjumpa dengan tandas washlet. tak usah la aku ceritakan apa yang berlaku sepanjang aku menunaikan kewajipan tersebut.okey?

selesai ja makan, shopping souvenier sikit untuk dibawa untuk member ngan senior kat Korea..Pastu masuk untuk pemeriksaan luggage n imegresen..lepas dah setel urusan yang melecehkan tu, kami pun selamat la naik flight..bertolak jam 1330 dan sampai Incheon Airport jam 1610..

Asiana Airlines

Asiana Airlines

 

makanan halal yang diorder

makanan halal yang diorder

 

tak berapa nak lawa

tak berapa nak lawa

 

ternampak gunung fuji

ternampak gunung fuji

 

Perjalanan 2jam 40 minit terasa agak lama..sempat tidur sepam..Sob tidur ternganga meleleh air liur basi..haha..siot ja aku buat cerita..Sesampai ja Incheon Airport, pergi ambil luggage dan bercadang nak keluar ke arrival hall..tiba-tiba ada org cakap dengan kuat dalam bahasa Korea..

Pekerja Airport : &#”#$’&#$&’#$& (bahasa korea,aku tak paham)

Aku pun berjalan dengan macho seperti biasa..

Perkerja Airport tu lagi : “#$)$(%’$#&$’% (bahasa korea lagi,kali ini dengan suara yang agak lantang)

Laa..cakap dengan aku rupanya..siot ja..rasa macam kena marah pulak..dia suruh pi scan beg..padahal penumpang lain tak kena pun..arghh racist2..dia ingat aku apa..haa nak ingat aku Bangla lagi la tu..tensen2..

Member aku (Pali@ Rangga) suruh tunggu di Burger king..Pergi la tanya kaunter pertanyaan..

Aku : Excuse me, where is Burger King?

Awek yang tak berapa nak cun : Third floor

Aku : (Adeh,apa minah ni cakap ni..) Pardon?

Awek yang tak berapa nak cun : Third floor

Aku : Ahh,third floor? thank you

siot ja, cakap mengalahkan slang British, tapi hampeh berterabur..Menguji telinga aku btoi..serius buruk gila sebutan dia..hehe..siot lagi sekali untuk aku sebab kutuk minah tu..usaha lagi okey??

Rangga sampai pukul 7 kot..lepas tu kami terus naik bas nak balik tempat Rangga..Tapi sebelum tu ada pakcik tegur kami..

Pakcik : #$$&#%$’&$&#

Aku n Sob : ………………………………..

Rangga : #$%&#”&$’&&#$

Sob : nasib baik aku tak jawab ” Sarang Hae yo” hahahahah (sambil gelak tersembur-sembur)

Rupa-rupanya pakcik tu tanya pasal teksi..

Masa naik bas Sob macam kena sound dengan pakcik driver tu..Sebab beg dia tersangkut kat tangga bas..ek ele pakcik,relax la..nak kalut pi mana?bukit malut? Memang kasar la orang Korea..tahniah la

Pakcik tu bawa bas macam dalam litar Sepang..memang rasa nak melambung ja..nasib baik duduk, kalau berdiri, confirm tercampak kat depan..

Singgah makan kat restoran Turki kot, pastu balik la ke rumah sewa Rangga..

Tidur dan bermimpi yang indah untuk esok..

Nite, bye

Bangladesh

Posted: January 4, 2009 in Uncategorized
Tags: , , ,

Hari ini seperti biasa, kerja..mungkin ada lagi yang tak tahu aku dah bertukar kerja part time..bukan lagi di syarikat pindah barang Doraemon, tapi sekarang di 7-Eleven..

nanti-nanti la aku cerita pasal kerja aku ni..

hari ini ada seorang pelanggan tu, pakcik tua..

ikuti perbualan di bawah

aku : いらっしゃいませ。こちらあたためますか? (selamat datang,yang ni nak panaskan ka?)

pakcik tua : これ?あたためるの?これあたためねぇよ!外国人かおめぇ?どこの国?バングラデッシュ? (yang ni?panaskan?yang ni orang tak panaskan ar..hang orang asing kan?negara mana?BANGLADESH??)

aku : {sambil muka menahan marah} いや、マレーシアです。(bukan,Malaysia)

 

nak ja aku starlait(maaf tak reti eja) pakcik tua ni..muka aku punya la hensem dia leh kata aku Bangla? siot btoi..aku tanya nak panaskan ka tidak,tu ja..sebab kat plastik tu ada tulis berapa saat yang perlu dipanaskan guna 1500w ketuhar..maknanya boleh la panaskan..memang la aku orang luar, ingat aku tatau ka selok belok makanan jepun tuh..takpa2, hang mai sekali lagi aku jentik telinga hang..