Archive for April, 2009

Esok cuti

Posted: April 28, 2009 in Uncategorized
Tags: , , , , ,
Rokok membahayakan kesihatan

Rokok membahayakan kesihatan

Mug dan aku

Mug dan aku

Seluar kamu dan aku

Seluar kamu dan aku

Hari ini 23/4, Jepun digemparkan dengan berita bahawa seorang ahli SMAP iaitu Kusanagi Tsuyoshi ditahan polis kerana mabuk dan membuat bising dalam keadaan  berbogel di sebuah taman di Tokyo pada jam 3 pagi lebih. sila lihat video ini

Siapa yang tidak kenal SMAP, sebuah kumpulan ternama yang sudah lama mendapat nama di Jepun. Artis kacak dan macho seperti aku iaitu Kimura Takuya juga adalah salah seorang ahli kumpulan SMAP.

Kusanagi Tsuyoshi, walaupun tak la hensem pun, tapi tetap diminati ramai. banyak iklan ada muka dia, dan juga rancangan-rancangan televisyen. berumur 34 tahun kalau tak silap.

Kusanagi Tsuyoshi

Kusanagi Tsuyoshi

hanya kerana satu kesilapan bodoh, minum arak dan mabuk, dalam keadaan berbogel membuat bising di sebuah taman. hampir setiap masa berita-berita di kaca televisyen menyiarkan berita mengenai beliau. begitulah jepun. kalau sekali buat silap, bertubi-tubi kena kecam. Tengok berita tadi, hampir semua syarikat-syarikat besar seperti Toyota, P&G, Kempen 地ーデジ yang mengambil Kusanagi sebagai pelakon iklan mereka telah menarik balik kontrak tersebut. hebat bukan? beginilah Jepun..

Teringat kes sebelum ni, Sawajiri Erika, seorang artis lawa dan comel hebat dikecam hanya kerana berkelakuan “kurang ajar” di hadapan khalayak ramai semasa majlis pelancaran filem Closed Note. Dan akibatnya, dia tidak lagi diterima berlakon untuk drama dan filem. dan juga tidak langsung diterima untuk melakonkan iklan. ni video kisah “kurang ajar” erika di hadapan peminat. Dan sekarang Sawajiri Erika telah “lenyap” dari dunia hiburan.

Sawajiri Erika

Sawajiri Erika

Karier mereka sebagai artis hancur dalam sekelip mata. apa aku kesah, tapi banyak benda yang kita boleh belajar dari hal-hal seperti ini.

1. Walaupun kita orang hebat, orang yang selalu berada di atas, orang-orang kenamaan, tapi kita harus ingat, kita takkan selamanya berada di atas. ada masa kita akan jatuh. oleh itu, semasa kita berada di atas, jangan kita lupa diri. tak kemana pun kalau jadi orang hebat.

2. Arak itu memudaratkan. sebab tu kita diharamkan minum arak. insaf la wahai manusia yang mengaku dirinya seorang “islam” sedangkan diri jauh terpesong dari jalanNya.

3. Aku rasa di Jepun lain caranya mereka mengkecam orang yang bersalah. yang salah tetap salah walaupun mereka orang ternama . lain di Malaysia ku tercinta, orang-orang hebat selalunya tak salah walaupun bersalah. huh tak adil

Hari Khamis

Posted: April 23, 2009 in Uncategorized
Tags: , , , , , , ,

Hari ini tersangat la penat, kelas habis pukul 7.15 malam.

balik bilik, lepak-lepak sat tiba-tiba syamim bagitau umah sebelah panggil makan-makan. oh tersangat bahagia

lepas solat maghrib, pergi rumah sebelah, tengok semua dah siap-siap nak baca yasin

eh, silap, terbawa pinggan lak..patutnya bawa yasin

ok bermalu seketika..lepas baca yasin, solat isya` berjemaah..

lepas dah setel, baru makan-makan.sedap betul mee kari matnor masak..rasa rindu lak mee kari Mak ngan Kak aku masak..

Ok abis cerita bab tu

___________________________________________________________________________________________

Tadi petang ada pemeriksaan kesihatan kat U ni. aku pun pergi la menjalankan kewajipan. macam biasa la, ada check x-ray, air kencing, tekanan darah, telinga, mata, ketinggian dan berat.

bila tengok keputusan berat aku, rasa seronok lak..dulu bulan 12 75kg, sekarang dah 63kg.

bukan perempuan saja yang fikir hal berat. lelaki pun. mungkin tak semua, tapi aku fikir.

bila jumpa orang, orang kata

“eh gemuk la ang skrg”

“uish muka besar pinggan”

dan sebagainya la..mesti la tak best..

aku masa bulan 2,3 aritu ada berdiet sikit. bukannya diet teruk pun. aku amalkan macam ni.

1. makan nasi sehari sekali iaitu tengahhari. malam aku akan makan benda-benda ringan tapi mengenyangkan.contoh nya roti dan mee. tengahhari kita banyak bergerak, kita perlukan tenaga lebih. kalau tak makan nasi macam mana nak hidup. tapi malam kita lebih banyak berehat. dok bela perut.

2. jangan minum air semasa makan nasi. minum air selepas makan, seeloknya 10 minit lepas makan. minum air time makan boleh membonyotkan perut anda.

3. jangan makan lepas pukul 11 malam. tak elok makan lewat-lewat. perut akan berhenti proses bila lewat malam, jadi makanan yang masuk dalam badan akan jadi lemak.

4. makan sarapan.

5. member aku cakap, tea jepun bagus untuk membantu pembakaran lemak. tea jepun bukannya seperti tea ais kat malaysia kawan-kawan. tea kat sini tak bergula dan sangat bagus untuk kesihatan. orang jepun sihat minum tea. kita plak dapat penyakit minum tea . tapi senior aku,cik Dart cakap, bila minum tea jepun tu susah nak berak. btoi ka dart? haha..tapi tea hijau jepun tersangat la tak sedap. tersangat la aku tak suka. macam nak termuntah ja aku minum, macam minum air longkang ja. uwekkk(muntah hijau)

6. aku juga dah jarang makan aiskrim or makanan-makanan ringan yang lain. jarang ok, bukan tak makan langsung. keropok kat jepun tersangat la sedap, tak tahan aku. arghhhh stim ar keropok jepun..

7. senaman. haha. ni aku jarang buat. dulu kat oyama ada gak sukan-sukan. hujung minggu main bola takpon masuk taikukan(dewan) pastu main badminton ka bola tampar ka futsal ka..tapi sekarang main bola dalam bilik.

8. dah la sikit-sikit

aku stori ni bukannya aku nak perasan aku ni kurus slim bagai. saja ja nak share petua. tapi Hairi kata berat bulu aku saja dah 40kg. siot di situ

sekian untuk kali ini

sehingga berjumpa lagi bye-bye-bye

Kirara

Posted: April 20, 2009 in Uncategorized
Tags: , , , , ,

Di kala diri serabut dengan segala keja skolah yang tak siap-siap walaupun perlu dihantar keesokan harinya, hidup akan menjadi kacau bilau. bila keluar rasa otak lapang sangat. duduk bilik pun ngadap kerja skolah yang tak paham-paham tu membuatkan rambut aku bertambah kerinting. kalau bertambah lurus, aku sanggup ja duduk dalam bilik tu tak keluar-keluar.

Mereka-mereka di ube mengajak keluar bersosial di pantai kirara. apa lagi, peluang jangan dilepaskan. sementara jikken tak start lagi, hidup perlu enjoy. nanti dah start, nak tengok muka sorang-sorang pun susah kot. huhu..

aku suka bawa kamera kalau keluar jalan-jalan. tapi tak lagi reti nak setting lawa-lawa. takda masa la nak belajar. nanti-nanti la.

kami pergi dengan 4 biji kereta, altezza hitam, altezza putih, integra dan juga subaru legacy.

kirara beach ni lawa la juga. bersih, lapang, aman damai la. buleh pergi kalau rasa nak tenangkan fikiran. ada taman permainan kanak-kanak, tapi kami dengan muka tak malunya pi main. rasa best lak kembali ke zaman kanak-kanak. kalau ada awek ajak pi date situ pun best. tu pun kalau ada awek la, kalau tadak buleh la berangan ja.

ni ada beberapa gambar buat santapan.

kami yang best

kami yang best

bersama kincir angin

bersama kincir angin

zamani yamadai

zamani yamadai

gorey ngan esah bincang hal masa depan

gorey ngan akmaliyana bincang hal masa depan

model murahan aku haha

model murahan aku haha

kanak-kanak ribena

kanak-kanak ribena

Sekian, sehingga berjumpa lagi

Wassalam

Oyama-Tokyo-Toyohashi-Yamaguchi

Oyama-Tokyo-Toyohashi-Yamaguchi

aku sekarang sedang belajar di Yamaguchi University dan bukan lagi Oyama National College of Technology. Alhamdulillah pejam celik dah 3 tahun aku kat Jepun. tahun ni dah masuk tahun ke-4 aku di jepun yang tak berapa nak best ni. oh malaysia tanah airku.

25hb mac malam, selepas makan malam terakhir bersama junior-junior tersayang, aku, pai, syamim, kamal dan juga kawan jepun pai iaitu iwane bertolak dari oyama dengan menaiki Ak-kun. destinasi pertama kami ialah tokyo. dari oyama ke tokyo aku serahkan hal memandu Ak-kun kat iwane sebab aku tak berapa berani nak drive kat tokyo.

Ak-kun

Ak-kun

ak-kun

ak-kun

bertolak dari oyama kira-kira jam 9.30 malam dan alhamdulillah selamat sampai di Shibuya,Tokyo lebih kurang jam 12 lebih. perjalanan agak lama walaupun hanya 100km sebab dari kawaguchi ke tokyo kami tak guna highway. highway di tengah-tengah tokyo menakutkan. ntahla, budak2 jepun la yang ckp. kalau tak biasa drive kat situ, boleh accident. boleh bayang dak kalau susur keluar sebelah kanan? dan tiba-tiba ada susur masuk dari sebalah kanan. boleh bayang?haa camtu la. kat tokyo tak cukup tanah untuk buat luas2. highway di jepun  banyak berpusat di tokyo. iwane dapat teman kami sampai di shibuya ja. di shibuya dia turun.  tempat tujuan kami selepas tu pula ialah Toyohashi. perjalanan dari tokyo ke toyohashi aku yang drive. terima kasih kat ramadhan sebab bg pinjam Navigator. kalau takda navi ntah-ntah sesat sampai malaysia. ok tak logik.

Aku takda lesen jepun tapi aku ada lesen antarabangsa. orang cakap lesen antarabangsa leh guna setahun ja. aku dah duduk jepun 3 tahun. so takleh guna la kot. ntahla..

kat tokyo serius banyak gila keta polis ronda. dlm keta aku ada alat pengesan keta polis. dia akan bunyi kalau ada keta polis dlm kawasan sekeliling. cuak gak ar setiap kali alat tu bunyi. tapi kat jepun, polis takkan tahan kalau kita tak buat kesalahan lalulintas. tapi kalau dia tengok pemandu tu mencurigakan, kena tahan la jugak. sbg contoh, pemandu memandu tanpa kepala. eh tak lawak.

dari shibuya kami cari highway untuk terus ke Toyohashi iaitu Tomei Kousokudou. toyohashi ni dekat ngan nagoya. dari tokyo ke toyohashi lebih kurang 300km lebih. macam alor setar ke kuala lumpur la kot. bila dah naik highway rasa lega skit. tak payah jam2, smooth ja perjalanan. aku drive tak laju sebab kalau kena saman mahal. berapa ntah kena. 80000yen kot (rm2400)..aku drive dlm 100km/h ja. drive kat highway jepun relax tak macam malaysia. kat mesia semua nak laju2 tapi kalau janji lewat jugak sampai. hairan kan. kat sini walaupun keta best2 pun relax ja bawak.kat mesia kalau kancil pecut mengalahkan ferrari.

haa untuk pengetahun semua la kan, highway kat jepun nya speedtrap tak mcm kat malaysia. kalau kat malaysia ada polis tunggu tepi jalan tangkap gambar. tapi di jepun lain. haa mcm gambar di bawah ni la.bila aku cerita kat member2 jepun pasai speedtrap mesia, depa gelak. siot ja.

kamera speedtrap

kamera speedtrap

camni la contohnya

camni la contohnya

signboard pemberitahuan ada speedtrap di hadapan

signboard pemberitahuan ada speedtrap di hadapan

alat yang kesan keta polis tu jugak leh kesan kamera speedtrap. pelik kan jepun, alat tu sah dijual di kedai-kedai aksesori kereta. aku pon tak paham kenapa. tapi dalam masa yang sama, polis kat jepun akan berusaha untuk buat kamera yang lagi canggih supaya alat-alat tu takleh kesan. kiranya alat dlm keta aku tu takleh kesan suma kamera la. kalau kamera yang baru-baru teknologinya la. ha yang aku pelik lagi satu, akan ada signboard pemberitahuan bahawa ada kamera speedtrap kat depan, so sila berhati-hati. hmm ntahla, pemikiran orang jepun tak sama ngan kita.kamera kat sini pon ada macam-macam jenis. senang cerita, teknologi jepun dah jauh tinggalkan malaysia, 10 tiang ke depan kot. kamera ni leh tangkap nombor plate kereta dan juga muka pemandu berkenaan. haha..kita akan tahu gambar kita ditangkap sebab akan ada flash keluar. haa glemer la keta ang lepas tu.  dalam masa 15 hari akan sampai la surat cinta.

ok sambung balik cerita pengembaraan kami. dari tokyo ke toyohashi tu ntah berapa kali aku berhenti kat SA(service area), kalu malaysia panggil R&R. mengantuk, letih, sakit pungkok, adeh macam-macam. bila berhenti ja pekena kopi sechewen, livita sepam. basuh muka, dah segar baru sambung drive. kami berempat tapi aku sorang ja drive. yang semua tak berani dan takda lesen antarabangsa.

dlm perjalanan banyak lori. so aku lumba-lumba ngan lori. bukannya laju pun, aku bawak 100km/h pun dah leh potong lori sekampung. tapi sekali sekala nak gak aku test power keta aku tuh kan. bila bawak 160km/h memang feel. kalau keta malaysia bawak 160, mau bergegar tingkap-tingkap kan. eh takda niat nak kutuk keta nasional. ampun

dalam pukul 5 lebih sampai la kami di toyohashi. penat tahap gaban doh. kat toyohashi kami lepak-lepak kat umah nije dan ani. kat toyohashi dapat jumpa basyir, hazwan,khalid, zurul, hana, faiz, dart dan zaza. plan nak bertolak terus petang tu, tapi memandangkan aku letih sangat, so kami bermalam la kat situ.

esok petangnya pkol 5, aku ngan syamim ja bertolak ke yamaguchi. pai ngan kamal tumpang kami sampai toyohashi ja. dari toyohashi ke yamaguchi lebih kurang 800km. hoh jauh gila. 8 juta kali pa aku berhenti rehat.

highway kat nagoya ngan osaka agak menakutkan. kalau silap leh sesat sampai sampai korea. ok tak logik lagi. nasib baik ada navi.

ha lupa nak bagitau. highway kat jepun ada berapa juta terowong ntah. adeh banyak sungguh.

esoknya pukul 12 tengahhari sampai la kami di yamaguchi. hoh memang penat. tahniah kepada aku. alhamdulillah la selamat sampai. takut gak la kan tengah2 jalan jadi apa-apa, susah gila kan. perjalanan dari oyama ke yamaguchi lebih kurang 1200 km..pi johor pastu patah balik sampai 1200 km dak?

banyak benda aku belajar. antaranya

1) drive kat highway jepun lagi best. relax ja drive.

2) aku lagi suka R&R kat malaysia sebab leh makan macam-macam.

3) tandas kat r&r jepun canggih n bersih.

4) selepas memotong, nak masuk lane kiri balik, jangan lupa bagi signal.

5) kalau penat jangan paksa diri. berhenti rehat, tidoq. puas aku tidoq kat seat belakang sampai meleleh air liur tak basi kat bantal. maafkan aku

6) jangan paksa diri dengan minum kopi sampai se tong. buat mudarat diri ja.

7) lagu sangat penting. burn lagu kegemaran dan hayati sambil memandu. usia muda anda takkan sia-sia begitu saja.

8) dan akhir sekali, jangan lupa baca bismillah dan doa sebelum mula perjalanan.

alhamdulillah

No title la

Posted: April 10, 2009 in Uncategorized

Hari ni hari kedua aku menghadiri kelas di Yamaguchi University ni. Macam biasa, masih belum dapat kawan Jepun. rasa macam nak pi tegur tapi nanti-nanti la. biar masa yang menentukan.

Sori la tak sempat lagi nak cerita pasal sakura lagi. serius busy. Kelas habis pukul 7.15 malam, balik penat-penat nak masak lagi. bila dah makan mula rasa mengantuk. bila mengantuk mula rasa nampak katil. dah tengok katil bantal busuk  pulak dok panggil2..huhu

Nak cerita pasal study aku kat sini pun mcm malas. susah nak stori. bila aku ckp susah study kat sini nanti org kata “ala study apa yg senang beb”..”ala ang ni susah skit dah merungut,manja btol”..dan sebagainya la kan. so takyah la aku ckp, simpan dlm hati buat pekasam. bila dah cukup masam, pekena plak ngan nasi panas2..perghh

Esok sabtu..fuhh seronok betul aku dgr perkataan Sabtu dan Ahad ni..tak rasa gitu ka? boleh tidoq bangun pkul 6 petang..perghh best2..tapi aku tak semalas tu,pukul 12 camtu aku dah reti nak bangun.

Tadi kata busy, tak sempat nak stori pasal sakura la, tapi boleh plak type blog skrg ni..

ok2 perlu bersurai

jom ke kelas~

11hb mac tepat jam 16.50 aku,pai berus jamban,azizol gelap,kamal,hairi tonggek,apis,amal bertolak dari Oyama Kousen menaiki bas pendek(hairi lg pendek) untuk pergi ke stesen keretapi Oyama..dgn tambang semurah 150yen,selesa dan yang pasti tidak serempit bas mini pink kat K.L dulu tu,cukup menjimatkan berbanding menaiki teksi yang pastinya akan dicaj 1500 yen(rm45) walaupun jaraknya hanyalah sekangkang kera..

setibanya di stesen oyama,kami menyentap makan malam di kedai halal Pakistan..sudah tentu beriyani ayam menjadi pilihan..walaupon tak semantap beriyani gam di Malaysia, tetapi cukuplah sekadar melepaskan rindu kan..

kemudian kalut-kalut nak kejar densha(train) pukul 18.34..di eki(stesen) berpisah dgn azizol..hari dah gelap,azizol pon gelap,menyulitkan lagi keadaan ketika itu..slesai bersalaman berpelukan dgn beliau, kami pun naik Shonan-Shinjuku Line untuk ke Omiya..setiba di Omiya, kami bergegas menuju ke tempat Shuttle Bus menuju ke Shinjuku stesen..sebenarnya boleh ja kalu nak naik train staright ke Shinjuku,tapi dah syarikat travel tu sediakan bas free,naik ja la..kami tak demand

pukul 9 lebih sampai la di Shinjuku..dah sampai,pergi cari Sobri. Sobri ni memang terkenal dengan kaki sesat. so kalau tak cari memang nahas la kan..

tepat jam 22.15, bas dari Shinjuku pun bertolak..destinasi kami semestinya Nozawa Onsen..bas di Jepun bukan seperti di Malaysia..kalu kat Malaysia,bas dari Alor Star ke KL berhenti sekali ja untuk rehat..dah tu kadang2 berhenti untuk kencing ja..suka ati makbapak driver tu ja nak berhenti bila..nak berhenti berapa lama..kan? tapi lain sangat di Jepun..bas di Jepun ni boleh dikatakan setiap 2 jam akan berhenti rehat..sekali berhenti selalunya 30 minit..pemandu bas akan inform kat penumpang pukul berapa bas akan bertolak smula..so kita leh pergi kencing ka,ber*k ka,makan ka dengan senang hati..tak seperti di Mesia ku tercinta, bas akan berhenti pastu tak bgtau nak berhenti berapa lama..aku selalu kalut2 sebab takut kena tinggal..siot ja..pastu bila dah naik bas,kadang2 kena tunggu lama gila baru bas jalan..

okey tutup cerita pasal bas..adeh belum sampai lagi tapi dah lenguh tangan aku taip ni

dlm pkol 6 pagi lebih tu sampai la kami di Nozawa Onsen..salji tersangat la lebat dan tebal..lawa sungguh tak tipu..sejuk toksah dok cakap la kan..

kami pun cari la hotel yang bakal kami menginap tu.boleh la tahan..tak sesuai rasanya utk dipanggil hotel,lebih kepada japanese ryokan..hotel style japanese..nama ryokan tu 河一屋. penginapan 2 malam termasuk 4 kali makan,pass lift untuk 2 hari, rental board dan juga bas pergi balik dari tokyo ke nozawa hanyalah 26000yen(rm990) seorang..

main snowboard memang best..susah untuk digambarkan dengan kata-kata ah senang cerita..kena try la..mula-mula memang susah tapi bila dah terer nnti memang gian ar..aku tere woo main board..haha

percutian kali ni aku anggap sebagai percutian perpisahan dengan budak-budak oyama..last rasanya aku bersama depa ni.susah senang aku kat sini muka-muka depa la yang aku ngadap. walaupun buruk dan tak hensem belaka,aku tak kesah..haha

serius, tanpa mereka siapala aku kat sini. mereka yang memahami, sentiasa ambil berat hal member2,kutuk-kutuk tu dah jadi amalan mulia,serius aku rasa selamat sangat dengan mereka ni.

hidup memang camni..bukannya seumur hidup kita melekat ja ngan orang yang sama.hidup perlu hijrah

dah2..malas nak layan lara

tido pon sodap

p/s: ni ada video snowboard kami aritu.sila la tengok..klik sini —–> ha sini la