Archive for June, 2009

My Hero

Posted: June 23, 2009 in Uncategorized
Tags: ,

Dalam hidup, aku ada berlemon-lemon kawan..beberapa orang kekasih tetapi aku hanya ada seorang Bapa..

Kalau hari ini kawan aku kecil hati takmau kawan dengan aku, aku boleh pergi cari kawan lain.

Kalau hari ini juga kekasih aku merajuk buat hal, aku boleh cari kekasih yang lagi seorang..

Tapi kalau hari ini Abah aku terasa hati ngan perangai aku, apa aku nak jawab di akhirat nanti?

Abah kerja tak besar, dulu Abah kerja juruaudiovisual kat Jabatan Penerangan Pendang..bawak pajero jabatan pastu pergi pasang speaker2 kalau ada majlis ceramah ka,tilawah al-quran ka kat mana-mana.

Malam-malam kalau ada function pun Abah kena kerja. Kadang-kadang balik lewat malam, esok pagi nya kerja pula.

Sepanjang aku hidup, aku tak pernah dengar Abah mengeluh penat kerja. Aku tak pernah dengar Abah mengeluh duit tak cukup. Kami adik-beradik cukup makan-minum, pakai baju semua terurus.

Kak sulong aku cakap dulu Abah garang tapi bila sampai time aku, dah tak garang sangat.

Abah tak pernah pukul aku, tapi Abah ada “angin”, jangan kacau la kalau “angin” tengah tak baik.

Dulu kecil-kecil kalau jalan mana-mana, on the way nak balik rumah aku selalu tidur dan bila sampai aku sengaja takmau bangun sbb malas. Abah la yang angkat aku masuk bilik.

Aku paling suka menghabiskan duit Abah. tapi aku bukan minta beli benda pelik-pelik(read:anak yg baik). aku selalu minta Abah belikan buku. Abah tak pernah kecewakan aku, tapi yang aku kesalkan sampai sekarang, aku tak gunakan sepenuhnya buku-buku yang Abah beli tu.

Aku kagum dengan Abah. Masa umur 50 masih bersemangat nak belajar. Abah ambil kursus komputer. Abah ada cita-cita nak buat bisnes komputer lepas bersara. Alhamdulillah cita-cita Abah tercapai. katanya, duduk kat rumah tak buat apa pun bosan, dapat penyakit ja.

Time Abah tidur, tengok kencangnya dada Abah bernafas, penat lelah Abah seharian cari rezeki untuk kami adik-beradik.

Aku rasa aku anak Abah yang paling baik banyak buat Abah pening kepala.

Masa form 2 kat sekolah sains syed putra, aku meraung-meraung telefon suruh Abah pindahkan aku ke sekolah lain. Abah langsung tak membantah, Isnin tu Abah terus datang awal pagi dan uruskan hal pindah sekolah.

Masa aku dapat tawaran ke Jepun, Abah la paling gembira, habis kat semua kawan-kawan Abah hebohkan. Bukan sebab Abah riak, tapi sebab Abah bangga dengan kejayaan aku.

Bila aku fikir-fikirkan balik, berapa kali sangat aku ucap terima kasih kat Abah. Berapa kali sangat aku minta maaf kat Abah selain mohon maaf hari raya.

Tapi kalau kawan-kawan buat baik kat kita, belanja kita, berbuih-buih mulut kita ucap terima kasih.

Tapi kalau kawan-kawan kecil hati dengan kita, merayu-rayu kita minta maaf.

Abah,

Selamat Hari Bapa.

Abah dan Mak

Abah dan Mak

Hargai la orang sekeliling kita, supaya tidak meraung menyesal kemudian hari

fadan muka

Posted: June 21, 2009 in Uncategorized

pernah tak nak hantar mesej kat seseorang, senang cerita, seseorang tu agak spesel la, tapi terhantar kat kakak sendiri?

ha kan dah malu satu keturunan..

padan muka

nasib baik macho kacak hensem ish tatau perkataan mana yg sesuai

Minggu lepas rasa macam nak pengsan tapi tak pengsan pun

Keja sekolah plus report plus exam bertubi-tubi hempap aku tanpa belas kasihan

Alhamdulillah minggu lepas sudah pun berlalu..syuuhh syuhh pi main jauh-jauh

Minggu lepas juga setel satu report jikken aku, report ryutai Kameda( kura-kura sawah)..bukan aku yang kata tp ada la sapa ntah ;p

Lega dah lepas seketul..ada lagi 6 ketul.. kan best kalau 6 ketul tu ialah nugget ka, burger ka

Ucapan penghargaan juga buat Saudara Puji, tolong saya buat report tu.. Kalau tak, mungkin saya sudah digigit oleh kura-kura sawah tersebut

tak lupa juga dengan kata-kata positif dari Kak Esah dan Abg Gorey..”Rilek arrr” , “Ala takkan apa2 nya la”..begitu la seketul dua contoh ayat positif yang dpt diberikan..

Kepada Hirose, arigatou manyak2..mcm la dia baca blog aku ni kan..

kepada siapa-siapa jua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung..

Eh macam menang anugerah juara lagu lak

Padahal baru setel seketul report..lain la kalu dah setel semua

Tapi tak mengapa

Harap lepas ni pun kalian tak lokek memberikan bantuan kepada saya yang tak seberapa ni..

Arigatou (bersuara sengau seperti tomok)

Tadi lepas makan kat Joyfull, aku, syamim ngan naim pun balik la dan parking keta kat umah naim. dalam keta kutuk-kutuk naim sbb umah dia penah masuk lipan..

dah setel parking, naim pun cium pipi menandakan ucapan terima kasih, pastu aku ngan syamim pun berjalan ar balik umah kami..

on the way balik kat curam tu, syamim terdengar sesuatu dari hutan sebelah kiri tu, dia pun terkejut, aku pun lagi terkejut sbb dia terkejut lalu terjerit kecil

dah terjerit sikit, tiba-tiba 2 ekor anjing menyalak dengan galaknya di sebelah kan.”kang kong kang kong” (bunyi anjing menyalak). bertambah terkejut ar kami berdua bagaikan tercabut jantung. dah la dekat ja anjing tu tapi bernasib baik sebab diikat. tak guna btoi Huh. bagaikan jatuh ditimpa tangga

dah lepas tenangkan hati sbb dah tercabut jantung tadi, kami pun teruskan ar perjalanan..sambil gusip2 liar..

hampir nak sampai hujung curam nak ke taikukan tu, tiba-tiba terdengar macam ada benda bergerak kat sebelah tu..kali ni takmau terkejut lebih-lebih sebab tadi dah terkejut gila..

eh sekali tengok, encik Ular daa..

apalagi, sambil menjerit dan pecut mengalahkan watson nyambek sampai la dekat court tenis.

adoi la, kan dah penat gila sekarang.

Aku tahu aku tak pandai jaga komputer sendiri

Antivirus ka antispyware ntah berfungsi ka tidak aku pun kurang pasti

Baru-baru ni aku terkejut

Tapi bukan dengan menjerit “Oopocot mak kau! ”

Cukup la sekadar terbeliak biji mata

E-mel aku ntah macam mana boleh diceroboh makhluk mana

ha ni la makhluk tersebut..seksi kan? huhu

ha ni la makhluk tersebut..seksi kan? huhu

Cuak ar aku.. Baru-baru ni banyak berurusan kat intenet guna kad kredit

dua-dua kad aku guna kat komputer ni.. Beli tiket flight la apa lagi

Aku dah cuba tukar password emel, tapi masih tak boleh

Aku dengan cuak nya menelefon kedua-dua syarikat kad kredit tu

“Potong kan kad saya segera”.. Haha punya la cuak

Tapi memang cuak doh.. Tak pasal-pasal aku nak kena bayar nanti..

Lagi seminggu kad baru sampai dengan nombor siri yang baru

yeye