Archive for July, 2009

Malam ni aku rasa free kemain.. rasa macam nak jalan-jalan sampai Malaysia tapi hujan lebat kemain. dua kali aku guna perkataan kemain di sini. kalau cikgu BM tengok mesti kena cubit perut.

dulu sekolah rendah selalu kena cubit kat perut. ingat perut aku ni apa? sakit dow.. kadang-kadang tu kena cubit sampai terangkat dan tertonggek. tapi kenapa kat perut? huh..aku jadi hantu perut baru tau..

tapi takpa la, oleh sebab tu la aku jadi insan yang berguna sekarang kan..

oh ya, minggu ni aku baru ja abis 5 ketul exam. tapi jawab macam sampah. busuk, berulat.. kalau orang tengok rasa macam nak sepak laju-laju. minggu depan lagi 6 ketul. tapi takpa, malam ni kita TB dulu. haha

aku bukan mengharap sangat, tapi kan best kalau semua orang cakap “gud luck amir! ” “amir,ganbare! ” “amir,kau kacak la”     haha sila muntah beramai-ramai

tapi aku pun tak cakap sangat pun kat orang.. patut la kan

kata-kata semangat ni ada kalanya dapat membantu. walaupun kadang-kadang kita terus ja delete mesej tu kan.. bukan aku yang buat la tapi. aku akan simpan ketat-ketat.

eh mengantuk la.. ala rugi la hari cuti sebegini rupa kalau tidur awal.

apa khabar kalian semua?

apa khabar kalian semua?

Glosari

TB = tidur berpuas

Te*te*an

Posted: July 21, 2009 in Uncategorized

Di sini saya, Fahrin Ahmad Amir, ingin memaklumkan kepada semua bahawa mulai dari esok bermula la peperiksaan penggal pertama untuk pelajar jurusan Mekanikal tahun 3 Yamaguchi University. huh panjang gila, penat taip, pergi minum air sekejap

Okey dah

Peperiksaan akan tamat 3hb Ogos. Pulang ke Malaysia 26 Ogos. ada 23 hari kosong. Bukan kosong telur ayam ya kawan-kawan. time tu la nak adanya repeat paper, time tu la ada discussion report yang berbaki lagi 4 kali.

Bila sebut ja musim panas, seharusnya terbayangkan ketiak yang berpeluh. that`s mean panas ya amat. bila panas, rasa macam nak menguis-nguis air. takkan la nak menguis air dalam bilik air ja kan, semestinya la ke air terjun mahupun pantai. Suka la pantai di jepun, awek-awek ramai lawa sungguh. hehe

tak lupa juga sunburn atau kepada yang tak reti bahasa inggeris tu, maksudnya terbakar matahari. bila sunburn semestinya berhitam. bila berhitam teringat pula “Mamak, tea tarik satu, kasi lemak baeekkk punya”..

eh esok peperiksaan okey. tak sepatutnya aku di sini. harus menyibukkan diri.

babai semua. doakan kejayaan saya esok dan hari-hari seterusnya. semoga semuanya berjalan lancar, dipermudahkan urusan. semuanya akan selamat, pasti.

Akhir kata, gambar di bawah adalah hadiah untuk kalian semua.

Eh tak jadi la. delete.

haha

pecah ais

Posted: July 17, 2009 in Uncategorized
Tags: , , , ,

Hai,

Nama saya Amir..

Selamat berkenalan..

Ini saya

Sweep-moba

eh silap

yang ini laa..

fahrinahmad8lu8

Hehe..Bagaimana?

hanami yamadai 2009

hanami yamadai 2009

yamaguchi 2009

yamaguchi 2009

sakura di yamaguchi

sakura di yamaguchi

kirara beach

kirara beach

Kirara beach 2

Kirara beach 2

jamuan 1nen (zam dan syamim)

jamuan 1nen (zam dan syamim)

labi

labi

ain

ain

Gorey

Gorey

drogba

drogba

Pres IPIJ yamadai, Zam

Pres IPIJ yamadai, Zam

Ketua batch 2nen, Naing

Ketua batch 2nen, Naing

Puji

Puji

Maaf, tak semua gambar sorang2 aku ada..

Rasa-rasa

Posted: July 8, 2009 in Uncategorized

Rasa 1

Aku rasa macam nak bela kucing. Dulu kat rumah aku bela kucing. Aku suka kucing yang comel-comel dan manja. Bila balik sekolah aku selalu sembang-sembang dengan kucing tu. Kucing tu seolah-olah faham aku. Serius. Lepas bagitau apa yang aku rasa, aku rasa lega.

Rasa 2

Aku rasa aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada. Kenapa manusia tak pernah puas dengan apa yang mereka dapat? Aku dikurniakan rambut selawa ni, aku masih tak bersyukur. Bole pula pergi salon menambahkan kecantikan rambut aku ni. Yosh, sebelum balik nanti nak pi lagi salon..he he he

Rasa 3

Aku rasa belajar itu sangat menyulitkan. Kan best kalau belajar itu semudah ABC..

Rasa 4

Aku rasa aku dah faham apa itu maksud peribahasa “terlajak perahu boleh patah balik, terlajak cakap padan muka ang”.. (aku lupa peribahasa ni, malas nak google)

Rasa 5

Aku rasa hidup ini akan lagi seronok kalau tiap-tiap hari pun cuti. bayangkan boleh tengok drama Korea sampai esok pagi, pastu bangun tengahhari tu sambung lagi tengok drama. Oh heaven !

Rasa 6

Aku rasa jemu duduk Jepun. Bukannya best pun Jepun. Serius aku tak tipu. Eh tapi bila fikir-fikir balik best la jugak Jepun ni. Kalau datang melancong la. kalau datang study tak best. Not heaven la bak omputih say.

Rasa 7

Aku rasa tensi sebab meter minyak kereta aku tak mahu naik-naik. Ka aku yang tak isi minyak? Eh aku dah isi aritu 2 kali tak naik-naik jugak. Dia nak ubah selera kot..Aku sumbat coke juga nanti kot~

Rasa 8

Masih lagi berkisar hal kereta. Tayar depan botak cheng. Siot btoi Ah Cheng. Aku rasa risau sebab sekarang musim hujan, dan nanti bulan 12 musim sejuk. Seharusnya jalan licin maka daya geseran tayar dengan permukaan jalan akan berkurang maka…dah-dah malas sambung

Rasa 9

Aku rasa alangkah indah kalau ada seseorang yang ambil berat hal aku. Susah la nak cari

Rasa 10

Aku rasa sulit untuk menghubungi Malaysia tercinta sekarang. Kalau telefon rumah ok ja sbb guna voipstunt tu, kalau nak call henset takle plak topup lowrate voip tu. Aku rasa sedikit rindu kat Malaysia dan orang-orangnya..

Rasa 11

Aku rasa macam nak makan sambal tumis petai bersama udang. Dulu aku penah beli petai kat baticrom tapi tak sedap, rasa macam kentut ja.

Rasa 12

Aku rasa hidup akan lebih aman kalau semua berdamai. Kan? Aku rasa kita perlu hargai semua orang. Terutamanya mereka-mereka yang kita kenal. Nanti dah tiada baru nak menyesal. Aku masih konfius kenapa peribahasa “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” menggunakan perkataan “pendapatan”..Silap dulu tak belajar bahasa melayu betul-betul.

Rasa 13

Aku rasa nak lepak-lepak, kutuk-kutuk sambil gelak guling-guling. Aku tak suka duduk dalam bilik mengadap kerja yang pelik. Aku takmau jadi pelik. Aku nak jadi kacak. Bole?

Rasa 14

Aku rasa aku tengah dengar lagu Korea. Aku tak paham pun tapi aku layan. Kenapa? Biar aaa..Aku punya suka aaaa..hoho ganas2

Rasa 15

Eh dah 15 rasa..banyak la pulak..Aku rasa muzik indon lagi best. Kamon Malaysia, tunjukkan kehebatan kamu..

Rasa 16

Ada orang kata, “hati yang belayar susah nak tambat balik”.. Bole plak cenggitu? Aku rasa ada betulnya, nanti dah karam hilang la perasaan tu..

Rasa 17

Aku rasa nak pergi berjalan-jalan. Tak kesah kat mana-mana pun, asalkan berjalan-jalan. Rasa nak release tensi. Kalau dapat naik bukit pastu jerit kuat-kuat pun best. Biar satu Ube dengar.

Rasa 18

Aku rasa jeles tengok orang main mesej. Tak kesah la main mesej dengan shiapa(style piere andre) pun..Sebab orang tu tak sunyi..Orang tu ada orang lain untuk berkongsi cerita.

Rasa 19

Aku rasa tensen dengan line tepon kat umah ni. Susah betul nak dapat. nak call ja kena pergi balkoni. Mesti makcik umah depan ni stalk aku. dahla kadang-kadang tak berbaju ke balkoni. al maklumla musim panas. Semestinya berpeluh ketiak

Rasa 20

Aku rasa aku dah banyak merepek. Aku perlu berhenti segera sebelum aku teruskan rasa ke 21.

Akhir kata, semoga semuanya akan selamat. Semoga semuanya akan okey belaka. Semoga apa yang terjadi ada hikmahnya. Allah takkan bebankan kita melebihi kemampuan kita. Semoga berbahagia semua. Shiapa-shiapa yang nak kahwin tu, jangan lupa jemput. Aku nak kumpul kad jemputan buat frame.