Archive for September, 2009

Salam Ramadhan

Posted: September 13, 2009 in Uncategorized
Tags: , , , , , , , ,

ayat-ayat yang biasa kita baca bagi blogger yang sudah lama tak update blognya=

uish dah berhabuk rupanya blog aku ni,tiup skit..fuhhh…fuhhhh(bunyi meniup habuk)”

“kepada yang ternanti-nantikan post terbaru sayerr tu,sori la yerr sayerr busy kemain”

1. oh ya lupa aku nak bagitau dengan ini dimaklumkan bahawa aku sekarang berada di rumah..rumah aku kat Pendang ya kawan-kawan..Pendang dah maju sampai aku sesat woo nak balik rumah..haha..kat pendang juga dah buka restoran ala-ala kfc tapi bukanla kfc tapi myfc..”kak,saya nak peha 2 ketul plis”

2. balik aritu 1st time balik dari kansai airport,osaka..naik bas dari Ube malam sebelumnya.terima kasih kepada yang menghantar..seat dah agak selesa tapi rasa panas macam dalam ketuhar.oii ingat nak bakar kueh raya ka..ek ele ekon pon nak sepp ka..malam tu bersahur bihun goreng ostad masak..alhamdulillah..pastu berbuka dalam flight dalam pkol 1 tengahari ya..ter awal lak apa la kakak pramugari tu tak bagitau waktu berbuka atas udara pkol berapa..hehe.ingat ka semua orang pakai mask rupanya ada la seketul dua manusia yang pakai. agaknya mereka semua tu mask rider takpon suria baja hitam..eh tak lawak toksah gelak ok

3. sampai klia pukul 4.30 petang. eh lambat lagi nak berbuka..terus ambil bas rempit keling bawak ke lcct..flight air asia balik pendang penang pkol 8.30 malam..encik ani sampai ngan awek khalid teman aku ngan syamim berbuka kat lcct..naik airasia macam naik bas pendang-alorstar ja..nasib baik takda konduktor kutip tambang dalam tu,kalu tak mesti aku dah guling-guling sampai tandas. dah la bau durian kuat ya amat..ni mesti mat-mat dan minah-minah saleh dalam tu yang makan..eh bulan2 posa ni tak baik menuduh,ntah-ntah pramugari-pramugari tu yang makan kannn??haha

4. dah sampai penang..part ni aku malas la nak stori..nanti sure pembaca-pembaca sekalian menangis teresak-esak sampai hingus meleleh-leleh.

5. keesokannya, 3 hari 2 malam aku di wad..semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.

6. kalau dah berjaya tu, kerja besar-besar, tak kira la doktor ka, engineer ka, tak payah la belagak ok. aku cukup hangin satu badan la kan, kalau doktor-doktor melayu yang perasan bagusss sangat, yang perasan dah mengaji tahap petala langit berapa ntah, yang cakap pon macam nak marah-marah, yang cakap macam nak naik hangin. orang kalau tengah sakit perut pon boleh cirit hijau  tau tengok muka lu. aku bukan nak buruk-burukkan sapa-sapa, tapi segelintir la kan, aku ulang, SEGELINTIR doktor-doktor melayu ni, tak pandai layan pesakit. tapi ada ja doktor-doktor melayu di luar sana yang bagus-bagus. contohnya doktor Ibrahim klinik kat pendang ni. ngeee..eh tak habis lagi, berbalik kepada cerita tadi, aku tengok la kan, KEBANYAKAN doktor-doktor non muslim di luar sana, pandai sungguh layan pesakit. cakap lembut-lembut, “makcik,apa khabar hari ni makcik”..”makcik hari ini rasa macam mana?dah rasa ok skit kee??”..”anak makcik yang bongsu tu sudah berpunya kee??” hehe…

kan dah teremosional di bulan puasa yang mulia ni..huhu..tapi aku percaya, ramai lagi doktor-doktor di luar sana yang bukan saja pandai, cantik, malah berbudi bahasa, pandai layan pesakit, juga layan suami..ngeee

7. nak emosional lagi ni..drive kat malaysia amatla sakit kepala. ntahla, mungkin dah biasa drive kat jepun yang rasa smooth ja traffic nya. sikap pemandu-pemandu kat sini yang sangat ‘malu’ untuk bagi signal nak belok, yang suka-suka hati cucu-cicit mereka nak keluar simpang..tak kurang juga mat-mat rempit yang dah tempah keranda awal-awal sebelum mati..semalam time drive baru ja aku tensi-tensi bila aku yang tengah bawa takla terlalu laju takla terlalu kura-kura tiba-tiba kat simpang tu ada keta dari simpang kiri dengan suka hatinya sikit pon tak brek terus ja keluar masuk laluan utama. aku yang tengah memandu dengan bagusnya ni terpaksa la menekan brek yang agak terkejut supaya tak terlanggar kereta beliau anak raja pendang. aku tak suka hon-hon ni, aku bagi lampu tinggi ja. kena la bagi kan, baru beliau tahu yang aku tadi dengan kalutnya menekan brek supaya aku tak cium bontot beliau. dah tu, bawak slow ya amat.tadi kalut sangat nak keluar, ingatkan nak terberak ke kan.. kalau race ngan kura-kura pon bole kalah. ok la aku bersabar lagi. pastu kat traffic light nak masuk highway tu dia konfius nak belok kanan atau pergi terus. last minit baru bagi signal pastu belok kanan. aku marah sebab time aku trafic light dah merah. dia selamat ja pergi dengan bagusnya. aku yang agak kegeraman ni tekan ja minyak laju-laju potong dia dan bagi hon tapi takla bertubi-tubi, just nak bagitau beliau bahawa pemanduan beliau menyusahkan aku. sekali tengok awekkk maaa..huhu..aku bukannya apa, kalau accident kan susah, aku susah, dia pun susah. silap-silap aku yang salah sebab langgar bontot dia. kann??

8. rasa macam takmau balik jepun dah. rasa macam nak stay malaysia belajar jarak jauh. hantar report pun melalui emel. lecturer nak marah-marah pun marah ikut emel. pastu nilai scholarship dapat sama macam stay kat jepun. oh heaven bukan?

9. aku rimas la dengan rakan-rakan tak kira la dari negara sebelah mahupon negara bukan sebelah yang datang malaysia cari rezeki yang kononnya halal tapi datang buat kes serta menyusahkan rakyat kita malaysia. dah la menumpang, pastu buat macam negara mak bapak depa. dah tu, kat televisyen bersepah drama-drama mereka. dahla duduk negara orang, dapat pula tengok drama negara sendiri. bersiri-siri lagik. eh fuji terebi, mintak tolong siarkan drama nur kasih boley????

10. lagi 2 minggu nak raya. tapi kad raya selai pun tak sampai lagi..hehe.. ada ka orang yang sudi hantar kad raya kat aku pastu tulis “pecah kaca pecah tong sudah baca harap gantung”..serius lepas aku baca terus gantung..hehe

11. k la nak bersiap-siap mahu berbuka di hotel. huahua