Archive for October, 2009

1. ha tengok, hari ni pun aku update blog lagi. nampaknya gaya hidup aku dah berubah menjadi semakin rajin..ayuh tepuk tangan semua ~

2. ok dah masuk point nombor dua. tapi tatau la pula nak stori apa hari ni. dulu penah dak main zero point? ala yang getah sambung banyak-banyak tu pastu ada dua orang pegang hujung kiri ngan kanan, pastu ada makhluk lain lompat tu. tahu? ok tak tahu jugak. mula-mula lompat dari paras rendah sampai la paras kepala makhluk pemegang getah tu, sapa tak lepas kena keluar dari penyertaan. ditegaskan di sini “menghonot” adalah dilarang sama sekali. ok kita masuk point ke 3

3. welcome to point nombor 3. actually i want to share with all of you about my robot project this year. dem english terabur. dulu kan kalau aku buat keja last-last minit, Mak aku selalu cakap “haa buat lagi keja last minit. dah nak terberak baru nak korek lubang”.. syukur kan sekarang nak berak tak payah lagi nak korek-korek lubang. ok kita ke point nombor 4

4. sekarang aku nak stori pasal projek buat robot aku tahun ni. aku kena buat robot 2 ketul tau. yang satu tu subjek tahun 3 hari khamis, yang lagi satu plak subjek tahun 2 hari jumaat. satu group ada la 3-4 orang. sebenarnya aku takda la banyak memberi idea pun, sekadar wujud dalam group pastu angguk-angguk kepala sampai pening. projek untuk tahun 3 kami buat kura-kura. haha datang belajar jauh-jauh sampai Jepun bawak balik kura-kura bagi kat orang kampung.

5. bukan nak belagak, tapi idea kura-kura tu aku la yang bagi. aku hanya bagi idea yang kura-kura ni boleh masukkan kaki ngan kepala dalam cengkerang, tapi lepas tu aku dah tak reti nak fikir lagi dah macam mana nak buat bagi kepala masuk. so aku dengar ja la budak-budak jepun bincang, dan sekali lagi aku angguk-angguk kepala sampai bergoyang-goyang rambut ni tutup mata.

6. okey ni ada 2 keping gambar yang sempat aku tangkap

okey ni tapak robot nya
okey ini tapak robotnya

IMG_0172

oh ini pula kura-kuranya. cute kan? thanks

7. dah point 7. okey di sini aku nak cerita pasal budak-budak jepun. ikuti perbualan bosan di bawah. time ni time kelas buat robot tu

N : minggu depan kita bawa barang-barang untuk buat kura-kura. shiapa(style piere andre) nak bawa kotak?

A : ok aku bawak

N : siapa nak bawak botol air.

S : Ala aku takda la botol air.

A : ( ek ele,kalau takda pun takle nak beli ka..sep gila)

perbualan dah habis. kedekut sebenarnya orang jepun ni. tapi sebenarnya bagus la, otak mereka fikir eko. kalau kita, duit tak berkira, hal bumi pun tak terjaga.

perbualan kedua ialah waktu masuk lab buat eksperimen minggu lepas.

O : (bertanya kepada teaching assistant) eh kenapa penutup ni takle tutup rapat?

TA : kalau saya boleh tutup, kamu bagi saya 100 yen, boleh?

O : takpa la saya try tutup sendiri

tengok, kedekut lagi. haha. tapi sebenarnya bagus la, nak usaha sendiri. kalau kita maybe dengan suka hatinya bagi kat orang seringhhettt kan sebab malas nak usaha.

k la semua

bye

prutt prutt prutt

Posted: October 28, 2009 in Uncategorized

1. kebelakangan ni tangan ni rasa gatal sangat nak update blog. rasa macam banyak benda nak stori. walaupun aku tahu koreng(style ain) suma suka bosan baca blog aku, aku tetap nak jugak update. eh aku punya pasal la kan, ni blog aku. tak kacau seringghhet pun duit koreng kan..tapi kalau lepas ni ada orang bagi aku rm sejuta untuk hentikan update blog ni, tsumpah aku tak tulis dah wei.

2. tadi time seminar kerjaya (?) perut aku bukan main sakan lagi berbunyi. kali ni bukan lagi “kruukk kruukk” , kali ni bunyi “prut prut prut prut”..bunyi macam pistol tembak weh serius tak tipu. bersambung-sambung lak tu. abes berdarah orang meja depan. agaknya ada baby main tembak-tembak kot dalam perut aku ni. haa baik ngaku cepat angkara siapa semua ni, sapa nak bertanggungjawab? huhu

3. hari ni rabu, seperti biasa hari ni aku kena pergi kelas kat main campus universiti. nak dekat sejam jugak la naik keta. huhu.. kelas pukul 10:20, pukul 9 dah bertolak.pastu balik sini sampai selalu dalam pukul 1. tapi hari ini ada plak seminar kerjaya pukul 12:50 kat kampus engineering ni. abes ja kelas kat main campus aku terus pecut naik highway balik sini. punya la takut kena marah ngan sensei kalau lewat, tapi alhamdulillah tadi sampai 5 minit sebelum majlis start.

4. plis mengaku shiapa yang suka kalau kena marah? tak suka kan?..kalau ya pun aku tak reti, kalau ya pun aku tak menjawab soalan, tak perlu la marah-marah. aku dah besar, umur dah 23 dah boleh buat anak , bukannya budak-budak kecil yang suka-suka hati bole kena marah. bila kena marah, rasa macam darah naik atas kepala, pucat,  rasa lembut lutut, pastu rasa macam nak pengsan.

5. dah la, tak best la luah-luah perasaan kat blog ni.. baik aku luah kat makcik belakang rumah ni.

bye

nah, hadiah untuk semua

1st time aritu dalam hidup aku naik beca. tu pun sbb bawa bdk jpn naik.

first time dalam hidup aku aritu naik beca. tu pun sebab bawa bdk jpn

Pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian

perasan gila banyak peminat

1. membuat dosa ni boleh la saya ibaratkan macam kentut sorang-sorang dalam bilik pastu bau sendiri. bukannya kita tak tahu yang kentut kita tu ya ampun bau nya amat dasyat, tapi kita tetap sangap nak bau. kan? begitu la juga samanya dengan membuat dosa, dah tahu dosa tapi nak juga buat. oh ya stori mori pasal kentut ni, aku teringat la raja lawak kita tu, nabil, dia kata lepas kentut kita kena la potong kentut tersebut supaya kentut kita tu yakni yang bau nya lori sampah pun boleh angkat bendera putih tu tak ikut kita. aku selalu on the way nak pi kelas terkentut. ditekankan disini, TERkentut ya pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian. jadi aku seharusnya la memotong kentut tersebut supaya dia tak ikut aku sampai ke kelas.

2. hari-hari minggu bagi saya sama saja macam hari-hari sekolah. sabtu ahad pun nak kena ke perpustakaan (satu dunia aku nak heboh)..sibuk mengalahkan perdana menteri. agaknya nanti aku boleh tak ganti dato najib?

3. semalam ber-dating keluar ke sunpark dengan ANAS. almaklumlah hari Jumaat petang, kelas baru ja abis, rasa rugi pulak kan kalau tidur. lagipun semalam dapat gaji. hoho..i loike i loike..sekali sekala nak la jugak bakar guna duit untuk shoping n makan-makan. makan okonomiyaki hiroshima nya style plis. ok la sebab pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian totap setia, saya hadiahkan gambar-gambar di bawah untuk ditatap. gambar tak lawa sebab amik ngan iphone ja (nak jugakk heboh satu dunia)

ni la okonomiyaki ya kawan-kawna..dalam nya tu ada mee,sbb ni style hiroshima nya

ni la okonomiyaki ya kawan-kawan..dalam nya tu ada mee,sbb ni style hiroshima nya

ha begini la rupa bentuknya

ha begini la rupa bentuknya

kalau kat malaysia buat restoran tapi kena masak sendiri agak-agak boleh maju dak?

kalau kat malaysia buat restoran tapi pelanggan kena masak sendiri agak-agak boleh maju dak?

nakkkk jugakk letak gambar habis makan

nakkkk jugakk letak gambar habis makan

oh ini bukan yang semalam, ni ntah bila punya. ni la ikan buntal, kat yamaguchi ni boleh makan tau.

oh ini bukan yang semalam, ni ntah bila punya. ni la ikan buntal, kat yamaguchi ni boleh makan tau.

ini pulak kari ikan paus..rasa macam daging. aritu dah makan ikan paus steak, so kali ni try kari plak. thanks ain chu aa for the treat..hehe

ini pulak kari ikan paus..rasa macam daging. aritu dah makan ikan paus steak, so kali ni try kari plak. thanks ain chu aa for the treat..hehe

bubye semua..

kumbang nan seekor

Posted: October 21, 2009 in Uncategorized
Tags: , , , , ,

wanna try anyone?

index

http://jodoh4u.com/

siapa-siapa yang dah try nanti update ya hasilnya :-p

mcpork

Posted: October 20, 2009 in Uncategorized
Tags: , , , , , , , ,

IMG_0035

model di atas tiada kaitan dengan burger tersebut.

1. ish loya tekak aku tengok iklan ni. dah la siap lukis ekor berbelit-belit macam megi. 100yen ja burger tersebut, 100yen di Jepun samalah seperti berbelanja rm singgit di Malaysia ya kawan-kawan. dulu pergi pasar malam selalu dengar orang jerit “seringghet seringet seringhettt” “ikan sepinggan seringgheet buah segenggam seringghheettt”

2. tiba-tiba rasa rindu pasar malam kat malaysia. Kat Jepun ni bosan, hagham nak jumpa pasar malam. huh bosan. best woo pergi pasar malam, nak-nak lagi kalau masuk area-area makanan. nugget, kopok lekor nipis rasa ikan tak byk tepung ja lebih, fishball, bihun sup, ayam goreng kuala lumpur fried chicken dan macam-macam lagi la.

3. dulu kecil-kecil, takla kecil sangat, dah lepas berkhatan la rasanya, darjah 5 ka 6 ntah, aku selalu ikut jiran aku pergi meniaga bihun sup kat pasar malam. dapat la sehari rm5. bab nak pasang khemah siap-siap nak meniaga tu agak malas. aku paling suka time dapat makan, aku bubuh ayam banyak kemain lebih dari bihun. heaven beb wa tak tipu lu..tahu kan beza bihun sup utara dengan bihun sup tak utara? bihun sup utara ni sup nya direbus dalam kawah besaq kemain, direbus bersama-sama daging dan segala macam perut, lemak, punggong, ahh suma-suma la. sebab tu kuah dia terangkat abes, lepas makan boleh tertidur tak bangun sejam. lain pula dengan bihun sup tak utara, bila pelanggan order baru dimasak. ntah, tatau sangat.

bihun sup utara, tapi yang ni macam tak bubuh sup lagi

bihun sup utara, tapi yang ni macam tak bubuh sup lagi

haa ni la periuk besar nya, dalam sup tu ada segala lemak bagai

haa ni la periuk besar nya, dalam sup tu ada segala lemak bagai

mantop beb!

mantop beb!

ni plak bihun sup bukan utara. kalau kat kedah panggil bihun kuah.

ni plak bihun sup bukan utara. kalau kat kedah panggil bihun kuah.

gambar-gambar ikhsan dari google image.

4. tadi aku ada sebut berkhatan kan? haa hujung bulan ni anak sedara aku yang sulung, yang satu-satunya jantan tu nak berkhatan. Haa baik ngaku cepat sapa-sapa kat sini yang tak sunat lagi..huh

k tata titi tutu*

ya,esok masih ada

Posted: October 19, 2009 in Uncategorized

1. okey post kali ni aku dah tak letak password, harap semua pembaca-pembaca sekalian bertenang ya (bajet glemer)

2. hari ini printer yang aku order dah sampai. dah boleh print, scan, potostat.. lepas ni bole potostat tapak tangan yeay

3. lepas habis kelas tadi azam berkobar-kobar nak buat kerja. bila balik ja bilik terus tak jadi keja. ada jual tak ubat rajin?

4. bangun ja dari tidur, tiba-tiba dapat semangat nak kemas bilik. dan hasilnya sekarang amat memberangsangkan. bilik aku lawa macam bilik pengantin weh..serius !

5. aritu beli lilin wangi kat 100yen shop.. bajet nak wangi-wangi plus romantik la konon.. pastu pasang la belakang langsir, sangat bijak bukan? tidur malam tu terjaga pastu tengok belakang langsir nampak macam api marak kemain. aku dah berkira-kira nak panggil bomba, rupa-rupanya tak terbakar pun. dah dia nyorok belakang langsir, bila gelap nampak mcm api besar bangat dong.

6. masih lagi mendengar lagu raya, syawal dah abis eh? hmm takda sapa-sapa nak buat open house ka? sangap ni nak makan..

7. dah la malas nak tulis banyak-banyak, mulai sekarang aku nak jadi pendiam. cakap banyak pun nanti ada yang makan hati. tak elok makan hati, makan la dada ka, kepak ka, punggong ka..

8. bye semua, jangan rindu-rindu aku sangat

anak buah saya juga

anak buah saya juga

Protected: Fa**h

Posted: October 16, 2009 in Uncategorized

This content is password protected. To view it please enter your password below: