kura-kura ku malu masuk kepala dalam cengkerang

Posted: October 29, 2009 in Uncategorized

1. ha tengok, hari ni pun aku update blog lagi. nampaknya gaya hidup aku dah berubah menjadi semakin rajin..ayuh tepuk tangan semua ~

2. ok dah masuk point nombor dua. tapi tatau la pula nak stori apa hari ni. dulu penah dak main zero point? ala yang getah sambung banyak-banyak tu pastu ada dua orang pegang hujung kiri ngan kanan, pastu ada makhluk lain lompat tu. tahu? ok tak tahu jugak. mula-mula lompat dari paras rendah sampai la paras kepala makhluk pemegang getah tu, sapa tak lepas kena keluar dari penyertaan. ditegaskan di sini “menghonot” adalah dilarang sama sekali. ok kita masuk point ke 3

3. welcome to point nombor 3. actually i want to share with all of you about my robot project this year. dem english terabur. dulu kan kalau aku buat keja last-last minit, Mak aku selalu cakap “haa buat lagi keja last minit. dah nak terberak baru nak korek lubang”.. syukur kan sekarang nak berak tak payah lagi nak korek-korek lubang. ok kita ke point nombor 4

4. sekarang aku nak stori pasal projek buat robot aku tahun ni. aku kena buat robot 2 ketul tau. yang satu tu subjek tahun 3 hari khamis, yang lagi satu plak subjek tahun 2 hari jumaat. satu group ada la 3-4 orang. sebenarnya aku takda la banyak memberi idea pun, sekadar wujud dalam group pastu angguk-angguk kepala sampai pening. projek untuk tahun 3 kami buat kura-kura. haha datang belajar jauh-jauh sampai Jepun bawak balik kura-kura bagi kat orang kampung.

5. bukan nak belagak, tapi idea kura-kura tu aku la yang bagi. aku hanya bagi idea yang kura-kura ni boleh masukkan kaki ngan kepala dalam cengkerang, tapi lepas tu aku dah tak reti nak fikir lagi dah macam mana nak buat bagi kepala masuk. so aku dengar ja la budak-budak jepun bincang, dan sekali lagi aku angguk-angguk kepala sampai bergoyang-goyang rambut ni tutup mata.

6. okey ni ada 2 keping gambar yang sempat aku tangkap

okey ni tapak robot nya
okey ini tapak robotnya

IMG_0172

oh ini pula kura-kuranya. cute kan? thanks

7. dah point 7. okey di sini aku nak cerita pasal budak-budak jepun. ikuti perbualan bosan di bawah. time ni time kelas buat robot tu

N : minggu depan kita bawa barang-barang untuk buat kura-kura. shiapa(style piere andre) nak bawa kotak?

A : ok aku bawak

N : siapa nak bawak botol air.

S : Ala aku takda la botol air.

A : ( ek ele,kalau takda pun takle nak beli ka..sep gila)

perbualan dah habis. kedekut sebenarnya orang jepun ni. tapi sebenarnya bagus la, otak mereka fikir eko. kalau kita, duit tak berkira, hal bumi pun tak terjaga.

perbualan kedua ialah waktu masuk lab buat eksperimen minggu lepas.

O : (bertanya kepada teaching assistant) eh kenapa penutup ni takle tutup rapat?

TA : kalau saya boleh tutup, kamu bagi saya 100 yen, boleh?

O : takpa la saya try tutup sendiri

tengok, kedekut lagi. haha. tapi sebenarnya bagus la, nak usaha sendiri. kalau kita maybe dengan suka hatinya bagi kat orang seringhhettt kan sebab malas nak usaha.

k la semua

bye

Comments
  1. dena says:

    boleyla aku wat robot kura2 hang ni jadi mainan kucing aku.

  2. amir5656 says:

    yes dah ada sorang pembeli
    maghi maghi seringhhet seringghett

  3. Emerald says:

    Salam..amir hihi..dh alang2 buat robot tuh…buatla robot utk tlg buat keje umah hihi..sian kt surirumah penat buat keja…eh tapi bagus jgkla exercise…tp sian jgk kt surirumah yg kalau dh berumur ka kan huhu..=)…tu robot dh siap btul2 ke..

  4. amir5656 says:

    tak siap lagi.byk minggu lagi nak buat.lagipun buat seminggu skali ja.nanti dah nak kena present baru la kalut.hehe

  5. lady gaga says:

    dem. malam td aku ter mimpi tulis name kameda dekat atas cengkerang kura2 ni. pastu tunjuk kat kameda gelak2. pastu kena marah. ape benda tah.

  6. kerolizwan says:

    merangkak jap aku bace entry kau nih. sebab setiap kali msuk point baru, kau repeat kau da masuk entry baru. so..kura kura sekejap kot aku. haha

  7. amir5656 says:

    lady gaga
    haha ang ada buat salah apa ngan kameda ni
    ha baik cepat pi melutut
    haha

    kerolizwan
    oleh sbb entry kali ni pasal kura-kura,
    aku cuba la nak suruh pembaca menyelami perasaan jadi kura2
    boleh?

  8. kerolizwan says:

    dean list 4.0 aku sume blogspot. except kau! geng wordpress. hahahaha

Leave a comment