Archive for November, 2009

MouGenkaiDesu..

Posted: November 30, 2009 in Uncategorized

ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusanku

 

 

 

serius rasa macam dah penat sangat-sangat ;-(

aidiladha

Posted: November 27, 2009 in Uncategorized

Selamat Hari Raya AidilAdha

Anjing putih softbank

Posted: November 25, 2009 in Uncategorized

1. Hari-hari pun makan hati. bukannya sedap pun makan hati. kalau makan pedal ke best la jugak. teringat dulu-dulu zaman sebelum berkhatan, Mak aku tak bagi sangat makan pedal sebab takut time nak sunat nanti **** liat. Haha macam mana la agaknya “liat” tersebut..macam potong daging guna pisau tak tajam ka? erkkk

2. Aku selalu senaraikan perkara-perkara @ homework yang perlu dibuat dalam tiap-tiap minggu. kira macam “things to do” la..setiap minggu tak pernah sedikit,kadang-kadang sampai satu muka surat. bila dah setel satu-satu benda,aku akan garis panjang kat ayat tersebut. sebagai contoh

1. buang sampah

2. cukur misai

ha begitulah..maknanya nombor 1 di atas belum selesai.nombor 2 sudah.

3. bila masuk musim sejuk ni rasa macam perut pun semakin membesar. duduk dalam bilik tak keluar memang satu perkara yang best. nak-nak lagi dalam kotatsu. kalau boleh aku nak ja usung kotatsu tu pergi kelas.

4. kat itunes pc aku sekarang lagu tears-nyanyian xjapan. bila dengar lagu ni teringat gorey,esah ngan alan. tatau sebab apa, tapi nantonaku..

5. tidur memang satu perkara yang tak boleh aku nafikan, sangat heaven. kadang-kadang tu kelas pukul 10:20 pagi pun nak bangun punya la liat. kalau kelas pukul 8:40 macam mana la agaknya. nak-nak musim sejuk macam ni, serius best tidur dalam selimut. pastu dapat pula peluk bantal..perghhh

6. hidup macam roda, serius wa cakap lu. kadang kita kat atas, kadang kat bawah. kadang terpenyek bawah roda, kadang roda pancit pergi baiki kat kedai AhBeng Pendang. bila kita kat atas jangan riak jangan sombong nanti orang panggil mat belagak. Haha..

7. hidup aku sekarang lebih banyak kepada berangan-angan daripada menghadapi realiti. berangan tu best, kadang-kadang realiti itu terlalu pahit untuk kita terima. nasib baik la tak keluar awan atas kepala bila kita berangan dalam kelas kan.

8. dah lama tak nampak anjing softbank kat tv. mana dia hilang? sakit kot..hmm biasala anjing pun ada juga sakit-sakitnya, bukan manusia saja.takpun orang dah tak ambil berlakon.

jumaat malam aritu buat keja gila, diskus tak sampai 5 minit terus buat keputusan nak pi Hiroshima. bertolak dari Ube pukul 11:30 malam then sampai Hiroshima dalam pukul 2:30 pagi. on the way tu seperti biasa ada ja masalah. tp small matter, petik kacang ja. Navigator keta aku takle guna kat Odessey. pastu ETC(macam smart tag) pun tak le guna. rupa-rupanya tempat cucuk rokok dalam Odessey tu rosak.

sebelum bertolak tu risau la juga kot-kot bangunan tu dah tutup lampu ka, sebelum pergi siap check kat internet tapi tak jumpa pun. untuk pengetahuan semua, hiroshima memorial park atau orang jepun panggil “genbaku dome” ni adalah tempat masa amerika bom jepun dulu tahun 1941 kot. ala dalam buku teks sejarah form 4 ka form 5 ntah ada tulis. ada 2 tempat, satu lagi kat Nagasaki. tahun depan la kot pergi nagasaki pulak.

lepas dah puas bergambar situ, bertolak ke rumah awek Asnizam. dapat makan nasi kerabu yang top marveles.

baru sampai wajib ambil gambar

Ni sebenarnya kali ke-2 aku buat benda2 alah tag ni. first time dulu alan geli yang tag aku.

1.Bekas kekasih saya adalah :

ntah, aku penah ka ada kekasih?haha..no komen.. biarla ia rahsia antara aku dan dia

2.Saya sedang mendengar :

lagu nyanyian Maher Zain (sebenarnya tadi dgr lagu lain, tapi oleh kerana soalan ni,aku terus tukar dgr lagu maher zain. ok la kan, kira aku jujur tak tipu..hehe)

3. Mungkin saya patut :

jadi lebih baik. eh saya dah baik, cuma tak cukup baik lagi untuk beristerikan nur amina.. ngehe

4. Saya suka:

kamu..huahua..tahu gelabah. actually banyak benda yang saya suka. malas nak senarai.

5.Sahabat-sahabat baik saya:

saya tak memilih kawan. kalau saya pilih kawan, nanti kawan akan pilih saya. hmm macam tak kena ja ayat tersebut. saya kawan bukan kerana dia best mahupun kaya lawa baik, selagi dia tak buat tahik kat saya, saya takkan buat tahik kat dia.

6.Saya tak faham :

dengan orang jepun.dan mesti orang jepun pun tak paham dengan saya. ok la tu, fair n lovely

7.Saya kehilangan :

orang yang saya suka. full stop

8.Ramai yang berkata :

saya hensem kacak cool soft spoken buruk.

9.Makna nama saya :

mohd amiruddin…amir=raja,putera,ketua..din=agama..hmm senang cerita maknanya raja agama.alhamdulillah

10.Cinta itu adalah :

buta. tak bermata apatah kan lagi nak pakai spek.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :

meneran berak yang amat dasyat. bayangkan muka yang amat ketat ketika meneran berak. ish2

12.Saya akan cuba :

buat yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga, agama dan bangsa. saya tak nak jadi sampah masyarakat, buat apa jadi sampah? sampah itu busuk, busuknya mengalahkan bau orang tak mandi setahun.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :

selamanya bersama. teringat pula cerita dalam majalah Ujang. apa khabar agaknya Ujang, masih laris di pasaran ka

14.Telefon bimbit saya :

iphone 3g. saya selalu tatap phone saya, sebab wallpaper tu adalah gambar saya dan Emak.

15.Bila saya terjaga dari tidur :

saya akan buka mata pastu bangun pastu terhantuk kat katil tingkat atas. huh macam nak cabut ja katil dua tingkat ni

16.Saya paling meluat apabila :

malas la nak meluat-meluat. simpan ja ketat-ketat dalam hati

7.Pesta/Parti adalah :

buih. oh yeahh

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :

lipas yang berkeliaran dalam rumah saya

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:

zaman sekolah menengah..time tu zaman kegemilangan beb..ramai orang mengorat hehe

20.Hari ini :

hari selasa. aku bangun pkol 12 tengahhari sebab kelas pagi takda. dan semalam aku tidur pukul 6 pagi sebab seronok duduk dalam kotatsu(meja pemanas) baru beli.

21.Malam ini saya akan :

buat kerja yang berlambak-lambak. rasa tak berbaloi-baloi langsung eh apa kaitan. minggu ni rasa agak tertekan, report, exam, presentation..oh oh oh pengsan

22.Esok pula saya akan :

ish banyak tanya la. busy body btoi. esok pula saya akan ke kampus induk ada kelas kat sana. huhu bosan, nak kena drive sejam. malam pukul 8:30 pula ada discussion report dengan kato sensei.

23.Saya betul-betul inginkan :

belaian..kekeke…siapa nak belai angkat tangan..

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :

saya tersenyum melihat kekacakan diri sendiri saya rasa saya patut bercukur, dah macam orang utan dah saya tengok.

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :

saya pilih pusat membeli belah. tapi saya tak suka lepas beli terus belah. ok tak lawak. kan best kalau ada rm sejuta, boleh shopping satu supermarket. sekali ngan akak-akak cashier saya beli.

26.Makanan Barat atau Jepun:

of kos makanan barat. tapi kalau soalan di atas tanya makanan malaysia atau jepun, saya akan pilih jepun. eh mana buleh. apa bestnya makanan jepun. huh, tak heaven la. tapi aku rasa la kan, sebenarnya banyak benda yang kita takle makan kat sini, so tak la merasa sangat ke heaven an makanan jepun. member jepun aku cakap ba alif ba ya lagi sedap dari ayam. erk geli tekak

27.Bilik yang terang atau gelap :

kalau study semestinya bilik terang. tapi kalau buat projek mesti la gelap-gelap.

28.Makanan segera adalah :

mee maggi cepat dimasak sedap dimakan. syarikat maggi buat iklan bagitau mee maggi boleh dimasak dalam masa 2 minit. huh, main masak-masak boleh la

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?

I love you sayang uwekkk muntah hijau

30.Siapa yang anda mahu tag??

siapa-siapa saja. siapa rajin buat la. budak-budak yamadai, jom la, aku tengok blog dah berhabuk tu, terbatuk-batuk aku buka blog kalian tadi. nasib baik takda asthma.

tak lawak

kerolizwan, apiz n sapa-sapa la, sila2

wan kosen, alan mat belagak, kak dart, abang-abang kakak kakak serta sesiapa sahaja yang mengenali diri ini.

bye

engkau penyeri hidupku

Posted: November 13, 2009 in Uncategorized

Salam 1 Malaysia

actually aku nak beritahu kat kamu-kamu semua tentang lawatan kami-kami melihat keindahan musim luruh di Jepun. melihat daun-daun merah gugur tak ubah seperti berada dalam penggambaran autumn in my heart. tapi oleh sebab aku malas nak stori, pandai-pandai la kamu-kamu semua baca laporan nas ahmad ini ya.

ok mari aku jamu mata kamu-kamu semua dengan gambar-gambar

IMG_2842

baru sampai

IMG_2844

DSC_0196

DSC_0204

IMG_2858

IMG_2870

IMG_2877

DSC_0187

DSC_0232

IMG_2896

IMG_2899

IMG_2913

IMG_2918

IMG_2919

DSC_0264

DSC_0270

DSC_0275

DSC_0283

DSC_0158

DSC_0299

hambik, gambar besar kemain

ok bye

hey engkorang nak tahu tak (style mami jarum) ,area-area umah aku ni ada 2 ekor binatang pelik aa..tapi kalau siang-siang tak pernah lagi aku nampak, malam ja 2 ekor ni keluar. badan dia besar sikit dari kucing, tapi kaki pendek. bila jalan terkedek-kedek. budak-budak ni cakap rakun. teringin sebenarnya nak tangkap gambar binatang tu, tapi time jumpa tak la pulak bawa kamera. setakat ni dah 3,4 kali la aku nampak. ok la nak senang cerita mari kita namakan 2 ekor binatang tersebut. syamim (bukan nama sebenar) dan juga hilmi (bukan nama sebenar)..eh tapi 2 ekor ni macam berpasangan, so mesti jantan-betina isn`t it? haha tetiba ckp omputih. ok kita tukar nama hilmi kepada iza(bukan nama sebenar)..amacam? seekor nama syamim, seekor lagi nama iza. cun? sila tepuk tangan

binatang ni macam tak takut dengan manusia. bila nampak aku tak pula dia lari terkedek-kedek. aku pula yang takut dengan mereka. tapi aku tak setuju la yang mereka tu rakun. sebab bila aku search google, rupa rakun macam ni.

rakun_110-thumb-1211474429345150-5

eh silap..

yang ni

rakun1

haa yang ni..

tapi yang aku nampak tu bentuknya macam lain. takda pula ekor panjang berjela macam tu. hmm ni rakun jepun kot.

kalau aku tangkap, ambil bela orait gak kan..boleh dia tangkap sekalian lipas yang duduk free tak bayar sewa dalam umah aku ni kan..

eh tapi kan, aritu kat tempat letak basikal tu ada tahi. eh takmau la guna perkataan tahi di sini. kita tukar dengan SHIT. haa kan lagi mesra alam. aku rasa la, tu shit si rakun tersebut. sebab sini takda pula anjing ka kucing berkeliaran. manusia berkeliaran tu banyak la. tapi takkan la manusia punya shit kot kan. ok kita buat andaian di sini bahawa shit tersebut milik rakun itu. bau dia nak habaq mai kat hampa, fuhhh batal posa tau kalau bau. hehe tipu ja, takda la busuk sangat pun. tahi apa yang wangi kan??

baru teringat, dulu masa darjah 4,5 aku pi tuisyen kat seorang cikgu ni. cikgu ni serba boleh wa cakap lu. sains, mate, english suma dia ajar. huh tamak punya olang. haha..eh tak baik mengata guru, nanti tak berkat. dia kata dia nak cipta pil kentut wangi. bila kentut boleh bau vanilla ka,oren ka,strawbery ka lavender. pastu bila kentut kat mak mertua, mak mertua akan cakap “wah wanginya kentut kamu labu,kentut la lagi sekali”..serius, aku copy paste sebiji-sebiji ayat dia cakap. kalau boleh aku nak ambil video muka dia sekali time tu..cikgu ni memang lucah abis. time dia mengajar mesti budak perempuan tak berani sangat angkat kepala. semua tunduk tengok lantai ja. teringat dulu dia ajar cara nak hafal rumus kos. kan kos sama dengan bersebelahan bahagi hipotenus. kalu dia ajar hafal rumus serius aku cakap, sekali ja boleh terus hafal. Kos = “K*te Bangla Hitam”..Huh tengok, sampai sekarang pun aku hafal lagi.

pastu dia kata anak dia ramai, dekat 10 orang kot. 9 pistol, sorang ja karipap. ces bedebah. tapi rindu la kat dia, banyak ilmu aku tuntut dari dia. terima kasih Cikgu Malek !