Archive for December, 2009

Party Periuk

Posted: December 23, 2009 in Uncategorized

1. boleh bayang dak, kalau anda dijemput ke Party Periuk. kalau party buih sudah tentu banyak buih, kalau party periuk? dah2 merepek ja keja

2. Actually(sebenarnya), haha yang tu pun kena translate ka. ya lah, blog ni kan mesra alam, sesuai untuk semua lapisan umur, so kalau budak-budak baca senang la faham kan.

3. eh dah masuk point 3, ok straight to the point(terus ke poin), hari selasa malam rabu hari tu ada party nabe. “nabe”  means “pot” atau “pan”.. hmm dalam bahasa melayu nya apa ha. senang cerita kita panggil “periuk”.

4. bila masuk musim sejuk yang tak berapa digemari ramai ni, orang jepun yang bermata sepet berhati plastik bertalam-talam muka ni memang suka buat makan-makan nabe ni. ala senang cerita nabe ni macam stimbot la.

A: weh jom makan periuk !

B : rilek aa brader, takkan tensi sampai nak makan periuk.

atau

A : weh jom makan stimbot !

B: jom malikan jom malikan jom balikkkkk~

5. bahan-bahan nya tak susah, kita menggunakan KONSEP campak dan kacau. mudah bukan? oh ya everybody, aritu buat 5 periuk la jugak, memandangkan budak-budak Malaysia kat sini ada la dalam 30 orang. kadar seorang lelaki makan bersamaan dengan 3 orang wanita makan. so kalau kita tulis dalam persamaan matematik akan jadi macam ni

1 lelaki = 3 wanita  …..(1)

1 wanita = 1/3 lelaki…..(2)

kenapa lelaki makan banyak? lelaki kan perlu tenaga lebih untuk buat macam-macam. keja-keja berat kan lelaki yang buat. contohnya angkat simen, bancuh simen, buat lubang nak bancuh simen, macam-macam lagi la yang berkaitan dengan simen menyimen.

6. lepas tu ada perlantikan AJK Yamadai ni. Nama persatuan ialah Persatuan Anak-anak Malaysia Yamadai (PAMY). Bro Zambri dilantik sebagai presiden, beliau memang berkelayakan, pandai bergaul dengan semua orang tak kira orang Korea mahupun Bangladesh. Hari tu masa pergi Kumamoto Trip, aku dengan mata kepala sendiri telah melihat beliau bermain ketiak dengan sahabat Korea nya. sangat mesra bukan?

Zambri

7. sekarang pukul 4:20 pagi tapi aku baru bangun. sejak bila aku rajin bangun pagi buat kerja.

8. layan la gambar-gambar di bawah. hari tu aku tak bawa kamera. so ni aku cilok kat blog kakFith. hehe minta selai dua no~

9. terima kasih kepada yang menganjurkan dan terima kasih kepada yang datang. tak lupa juga kek pisang ngan kek keledek kakFith, sedap sgt, tetiba rindu kek pisang Mak.. huhu

Malam Jumaat

Posted: December 17, 2009 in Uncategorized

Salam Maal Hijrah.. dan juga Salam Malam Jumaat..ngeee~

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas di dunia sementara ini. entah esok, lusa mana kita tahu, mungkin ada yang pergi meninggalkan kita. berbuatlah baik dengan semua orang dan jangan bermusuh, hargai orang sekeliling kita, insyaAllah hidup akan lebih bermakna.

Kepada yang kecewa dalam percintaan, jangan terlalu ikut perasaan. jangan salahkan orang lain, sebaliknya perbaiki diri sendiri, semoga kita menjadi seorang insan yang mudah disayangi. mungkin kita tak jumpa lagi jodoh kita. mungkin kita akan jumpa orang yang lebih baik untuk kita. mana tahu, jodoh kita tu ada ja sekeliling kita, cuma kita tak nampak. buka hati luas-luas, insyaAllah dia akan muncul.

Kepada yang rasa macam dah penat dengan hidup seharian, ingatlah, Allah takkan bebankan hamba-hambaNya melebihi kemampuan kita. ujian itu tanda Allah sayang kita. bukan Allah tak tahu betapa hancurnya hati kita, betapa seksa menanggung semua beban ni, tapi dengan hati yang sebegitu lah lebih lunak mengingati-Nya.

Akhir kata, Salam Maal Hijrah. Andai selama setahun ini aku ada terkasar bahasa, secara sedar atau tidak, ada yang terasa hati, ada yang berkecil hati, termelawak terlebih gurau bagai, ampunlah aku. Aku pun manusia biasa yang tak lari dari membuat dosa.

Bye


Salam satu Malaysia.

1. Pertama sekali di sini aku ingin memanjatkan seribu kesyukuran sebab dah settle report Sa*ki. serius, lepas ja keluar bilik Sa*ki aritu, aku rasa lega macam baru lepas kencing yang ditahan selama 6 bulan. Alhamdulillah. kenapa menggunakan perkataan “memanjatkan” apabila kita bersyukur? hmm patut la cikgu BM suka cubit perut aku, dah tak belajar betul-betul.

2. Oh ya, terima kasih tak terhingga buat KakFith sekeluarga kerana menjemput kami semua ke majlis Hari Lahir anak sulung beliau, Rafiqh Tsuyoshi bin Ninja.. he he lupa lak nama penuh Ninja. terharu beb tengok makanan penuh terhidang atas meja, kalau aku seorang belum tentu boleh nak sediakan semua tu.

3. KakFith ada suruh aku ambil gambar masa majlis tu. kira macam pro photographer la aku ni. haha tiba-tiba perasan. ok lepas ni kalau shiapa-shiapa nak kawin boleh la jemput aku untuk ambil gambar. aku kenakan syarat yang sangat mudah, kalau kedua-dua mempelai tu budak Yamadai, aku kasi servis free of charge. lepas ni berduyun-duyun la budak-budak Yamadai couple.sapa sokong drogba couple ngan ain?

4. baru-baru ni aku ada telefon hotel di malaysia untuk tempah bilik. bila receptionist angkat ja telefon ” #$%”#’$&”&$'”‘# “.. sepatah haram aku tak faham. yang aku dengar last sekali “can i help you”.. ish aku rasa english aku dah semakin teruk. takpun english minah tu yang lingkup? dia macam cakap laju pastu pelat kalah mat saleh wa cakap lu. ok dah

ok bye semua

p/s : sedikit gambar sekitar majlis harilahir Rafiqh. lupa lak nak minta kebenaran kakFith utk upload gambar di sini.

Always be there

Posted: December 5, 2009 in Uncategorized

Aku dilahirkan di tempat aku dibesarkan sampai sekarang. Tidaklah mewah, tidak juga terlalu usang, alhamdulillah cukup untuk kami 6 beranak berlindung hujan dan panas.

.

.

.

Tahun 1, aku ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pendang. bangun pagi aku bagaikan anak raja, dihidangkan air panas di tepi kolah mandi. dulu mana ada pemanas air, Mak jerang air untuk aku mandi. selesai mandi pakai baju kemudian bersarapan. nasi goreng, telur separuh masak, macam-macam lagi lah. dari rumah ke sekolah, 15 minit berbasikal bagi darah si muda. tidak terlalu jauh tetapi tak juga dekat. setiap hari aku ke sekolah berbasikal tapi bukan aku yang mengayuh. aku hanya membonceng, Emak yang mengayuh. jalan dari rumah ke sekolah bukanlah mendatar, sedikit berbukit bukau. sudah cukup penat bagi darah si tua mengayuh. Setiap hari Mak akan hantar aku sampai ke tempat duduk kelas. Mak pastikan aku mendapat pendidikan yang sempurna, Mak tidak mahu anaknya tercicir dalam pelajaran. Emak mana yang tidak risau kalau anaknya diganggu rakan nakal dalam kelas. Rehat pagi Mak datang bawa bekal, makan sama-sama bawah pokok.

.

.

.

Alhamdulillah UPSR aku cemerlang. aku mendapat tawaran belajar di salah sebuah SBP di Perlis. Ibubapa mana yang tak gembira anaknya mendapat peluang belajar di SBP. siapa tak kenal SBP, gah di mata semua orang. tetapi aku tidak lama di situ, aku mengambil keputusan untuk keluar belajar di sekolah harian biasa. dekat dengan rumah, aku rasa itu yang terbaik untuk aku buat masa itu. Aku dah kecewakan mereka, itu yang pasti. airmata Emak aku tumpahkan.

.

.

Alhamdulillah, keputusan PMR aku tidak lah begitu mengecewakan. Kalau nak dibandingkan dengan rakan yang lain, aku masih jauh ketinggalan. Anak sendiri dapat 6A, anak orang lain dapat 9A, ibubapa tetap bangga dengan pencapaian anak sendiri. aku yakin dengan itu. kemudian aku mendapat tawaran belajar di salah sebuah MRSM di Kedah. hati berbelah bagi, tetapi demi memikirkan masa depan yang diri sendiri tak pasti cerah gelapnya, aku bertekad untuk sambung belajar di situ. anak susah hati, Emak 2 kali ganda susah hati. anak sakit, Emak lagi sakit. anak menangis tidak tahan belajar, Emak seminggu tak lalu makan di rumah.

Masa aku form 5, kali pertama Mak dimasukkan ke hospital. itu pertama kali penyakit kurang darah Mak menyerang. aku di asrama, langsung tak sempat menjenguk.

.

.

.

Keputusan SPM alhamdulillah tidak mengecewakan. Aku ditawarkan belajar di Kolej Matrikulasi Kedah. 2 minggu kemudian aku mendapat tawaran biasiswa ke jepun. mendapat peluang sebegitu rupa mungkin 8 kali berfikir untuk menolaknya. perjalanan hidup masih jauh, ilmu perlu dicari, aku tetapkan hati.

.

.

.

3 tahun aku di Jepun, seingat aku 3 kali Mak dimasukkan ke wad. dah berapa kali aku langsung takda peluang untuk menjenguk Emak. apatahkan lagi menjaga Mak di sisi. mujur ada kakak yang mampu menjaga Mak, dan syukur abang ipar yang sangat memahami.

.

.

Aku pulang ke Malaysia cuti musim panas lepas. hati mana tak gembira nak pulang ke tanahair. aku berkira-kira mahu singgah sebentar di Kuala Lumpur sebarang 2 hari, mungkin sempat menjenguk kawan-kawan yang sudah lama terputus hubungan.Tetapi SMS dari kakak aku terima. ” ceq, balik la terus, Mak tak sihat “.. (ceq: panggilan manja untuk aku)

.

Sampai di KLIA, aku terus menelefon kakak di rumah.

” ceq, Mak macam tak ingat semua benda “

“. . . . . . . . . . . . “

aku tak mampu menangis waktu itu, aku cuma rasakan dunia gelap buat seketika. lutut bagaikan lemah menyembah bumi.sampai di airport Penang, alhamdulillah aku diberi peluang sekali lagi untuk menatap wajah-wajah mereka. wajah tua itu aku tatap, di sebalik senyuman itu tersimpan seribu kesakitan. dari airport kami ke kedai makan. Mak mengadu mengantuk. Aku temankan Mak tidur dalam kereta. Mak terus tidur tanpa dipaksa. Abah kata itu kesan ubat. Kak cakap Mak dah tak reti nak pakai tudung sendiri, Mak dah lupa bilik sendiri, Mak masuk tidur bilik abang. 2 hari sebelum tu Abah bawa Mak ke hospital, Mak mengadu sakit kepala sangat-sangat, doktor tak tahan wad, tapi doktor cucuk ubat, lepas tu terus Mak jadi macam tu.

perjalanan pulang ke rumah yang mengambil masa kira-kira sejam lebih, semua berdiam diri melayan fikiran. Mak tidur. Aku yang di tempat duduk belakang tidur berlapikkan bahu kak, kak menangis, aku turut serta. hati mana tak sayu melihatkan keadaan Mak begitu.

Sampai rumah, kejut Mak tapi agak susah untuk bangun. keluar kereta, aku pimpin Mak.

” Mak, buka kasut Mak, kita dah sampai rumah ni”

“. . . . . . . . . . . . . . . “ sambil mengesat mata

” Mak, buka kasut Mak…. ”

Mak terus menapak masuk. Mata terpejam tak buka-buka.

” Mak, mai ceq buka kasut Mak, kita dah masuk rumah ni”

“. . . . . jom laaa awat duduk sini “..

air mata berderai jatuh. Aku dan kakak menangis meraung macam orang sakit kena tikam.

kaki Mak keras, nak turun satu anak tangga pun tak boleh.

Pimpin Mak sampai ke tandas sebelum bawa Mak masuk tidur. Mak tak boleh uruskan diri sendiri.

Malam tu tak seperti malam-malam aku balik sebelum ini, kalau sebelum ini, mesti semua akan berkerumun kat bagasi aku melihat barang yang aku bawa balik untuk semua. bangun sahur Kak masak, aku dah tak boleh telan sebutir nasi pun. Mak masih tidur tak bangun. sedih, hari pertama balik tak boleh bersahur dengan Mak. Air mata berderai perlahan-lahan.

.

Esok pagi pukul 9 Mak tak bangun lagi. tak boleh biar macam tu, kejut Mak paksa suruh bangun. Mak menangis mengadu tak larat. kami bawa Mak mandi, siap-siapkan Mak bawa Mak duduk di ruang tamu depan televisyen. Mak tak cakap banyak, Mak asyik nak tidur.

” Mak, anak Mak balik ni “ sambil menahan sebak

” hmm. . . . “

” ceq, Mak tak larat…” Mak menangis

kami semua menangis. apa boleh kami buat, menangis macam orang sakit.

Mak macam tak nampak, bila bercakap Mak tak pandang muka kami. Mak tengok arah lain. bila tanya, Mak kata nampak.

tapi bila sepuluh kali tekan, baru Mak mengaku Mak tak nampak.

” Mak tak nampak ceq” sambil menangis teresak-esak

apa boleh kami buat, menangis macam orang sakit.jiran datang tengok Mak diam, tiba-tiba meraung

” ceq, mana ceq. Mak minta maaf ceq…”

.

Tengah hari tu aku bertekad nak bawa Mak pergi hospital swasta. duit ringgit boleh dicari, Emak yang seorang tidak ada pengganti. Selesai doktor check, petang tu Mak dimasukkan ke wad. bermulalah kehidupan aku bersama Mak di hospital. usung Mak dengan kerusi roda untuk pemeriksaan doktor, pimpin Mak pergi tandas. itu ja yang mampu aku buat untuk waktu tu. Berbuka puasa di hospital, serius satu pengalaman yang takkan aku lupa. Malam tu aku seorang teman Mak. Mak okey, cuma kejutkan aku untuk ke tandas buat beberapa kali.

Esok pagi kak datang. Malam itu pula giliran aku dan kakak berdua teman Mak. Adik beradik saudara mara ramai datang menziarah. Tapi malam tu Mak meracau. aku dan kakak jadi gelabah. Mak meracau nak balik. Aku genggam erat tangan Mak, bisik perlahan di telinga Mak, aku di sini tak pergi mana. Mak tenang sebentar, lepas tu Mak meracau balik. kami dah tak tahu nak buat apa, picit button panggil nurse. nurse suruh ambil air semayang. alhamdulillah lepas tu Mak tenang sikit. tapi Mak mengadu tangannya penuh ` kaler` berconteng. agaknya penglihatan Mak kelabu, sebab Mak kata nampak mata kami semua macam ada 2 baris.

.

keputusan doktor, semuanya okey. tengok Mak pun dah semakin pulih, kami buat keputusan bawa Mak keluar wad. balik rumah dan berubat sedikit cara kampung.

Alhamdulillah, semuanya selamat. Alhamdulillah aku dapat luangkan masa sebulan dengan Mak di rumah. Aku bawa Mak jalan-jalan, beli barang-barang, beli tudung raya, pergi bazar ramadhan. Alhamdulillah Mak kembali sihat. Aku berdoa Mak akan terus sihat walafiat.Tiada wanita lain dalam hidup aku selain Mak.

kalau lah aku mampu pulangkan semua air mata Mak….