Archive for February, 2010

Kansai desu

Posted: February 24, 2010 in Uncategorized

Cyber cafe dekat Kansai Airport ni mahal kot, 3jam 1800yen(rm60). Hmm dah nama pun airport, Jepun lak tu, mesti la mahal kan.

Aku ingat nak buat bisnes Cyber Cafe la dekat Malaysia, buat style Japanese. cantik, kemas, serius setim. boleh minum air dengan soft cream sampai muntah, ada bilik khas tiap-tiap pc, komik boleh baca sampai juling. Pastu ada shower room, kena bayar asing la tapi.

Tapi, sori to say, aku tak yakin orang Malaysia pandai guna semua kemudahan ni. Tak pasal-pasal rosak kerusi urut ni, tak pasal dinding habis kena pancut. tettttt!

K la, aku bosan sebenarnya, flight aku pukul 11 malam nanti tapi pukul 7 pagi aku dah sampai Osaka. oh how to bunuh masa ni

Lemak berkrim disukai ramai

Posted: February 20, 2010 in Uncategorized

Aku sangap minum susu coklat, tapi aku tak berapa suka minum susu lembu. dulu kecik-kecik memang aku suka minum susu, tapi sekarang tekak aku dah tak berapa boleh nak terima. tak suka bukan bermaksud benci. kalau aku cakap kat ang “tak suka” tak bermakna aku benci ang. tetiba ja

dulu masa aku sekolah rendah aku suka minum susu coklat goodday.

Aku suka gila susu coklat ni tahap die-hard-fan. asal pergi supermarket ja mesti aku rembat sekotak besar pastu dalam kereta jugak aku balun sampai habis. sedap, lemak manis berkrim disukai ramai. aku macam ketagih ngan susu ni, bila pergi ja supermarket tak sah kalau tak beli susu coklat goodday ni.

Sampai satu tahap berat badan aku naik mendadak. Hmm minum susu coklat berat badan boleh naik ka? so aku mengambil keputusan untuk stop sekejap minum. time tu aku macam gila meroyan, pergi supermarket lalu kat bahagian susu coklat ni aku macam orang gila bayang.

Tapi aku takda la berhenti minum terus, sekali sekala minum jugak la, sampai last sekali aku dah muak dengan susu ni. sampai rasa nak termuntah, pandang pun dah takmau. bila dah masuk sekolah menengah aku berhenti terus minum goodday.

Aku datang Jepun, aku jumpa minuman kegemaran baru aku. Van Houten Cocoa. sedap jugak tapi tak segampang susu coklat Goodday. asal pergi ja 7-eleven mesti aku beli. sekotak kecil tu 130yen lebih kurang (rm4.80)

Masa tahun 2007 baru aku terjumpa dengan van houten kotak panjang kat Jusco. selama ni aku beli yang pendek ja kat 7-eleven. bila dah dapat yang panjang aku lupakan yang pendek. buat apa pendek-pendek, tambah 50yen dah boleh dapat yang panjang. kan lagi best? tapi Jusco ni pandai buat strategi, stok yang panjang tak banyak, terhad. siot, kadang-kadang bila tak sempat beli aku akan kecewa satu malam balik kemurungan dalam bilik.

Tapi baru-baru ni juga aku dapat lagi satu minuman kegemaran.

Aku baru ja minum tadi habis sekotak. SEDAP, bagi aku lagi sedap dari Van Houten cocoa. kalau pergi 7-eleven benda ni mesti aku beli. kalau aku tak pergi pun aku pesan kat member suruh beli. tapi yang ni “期間限定” maksudnya dijual untuk satu jangka masa yang tertentu ja. mungkin habis musim sejuk ni penjualannya akan ditamatkan. huhu aku tak sanggup menghadapi hari tersebut.

Trip cuti musim bunga

Posted: February 19, 2010 in Uncategorized

24hb ni, kawan-kawan dan aku(My friends and I)  akan bertolak ke Dubai dan Turki. Jangan tanya aku kenapa Dubai dan Turki dan bukannya Europe. Ntahla, bajet nak ke Europe terlalu tinggi, duit dalam bank ada seringgit ja hehe.

Risau jugak sebenarnya, kami bukan ikut tours, main redah sendiri ja takda siapa guide. Harap-harap tak kena tipu dan english terabur aku ni dapat membantu serba sedikit. Persediaan mental agak perlu sebab melibatkan perjalanan yang sangat jauh.Kuala Lumpur–>Jepun baru 7jam pun aku dah gelisah dalam flight, ini pulak 11jam lebih dari Kansai–>Dubai, pastu Dubai–>Istanbul pula 5jam. Tapi dengar cerita Emirates Airlines tu sangat ok. harap-harap ok la. Beza masa Jepun dengan Turki 7 jam kalau tak silap, Turki lewat 7 jam, so jetlag jugak la nanti.

Perjalanan jauh aku akan bermula malam 23hb Februari, naik bas dari Ube ke Osaka yang mengambil masa 8 jam. Bertolak dari Ube pukul 10:46 malam dan sampai di Osaka pukul 7 pagi. flight ke Dubai dari Osaka pukul 11:20 malam okay, aku ada masa sehari untuk lepak dekat Osaka. huh belum apa-apa lagi dah penat.

Bertolak dari Osaka 11:20 malam dan sampai di Dubai jam 5:40 pagi waktu Dubai. Total perjalanan atas flight 11jam 20minit. Then flight dari Dubai ke Istanbul pukul 2:50ptg dan sampai 5:40 petang waktu Turki. total perjalanan 4jam 50 minit.

Dekat Istanbul dah tempah hotel, so takda masalah rasanya. tapi dari Istanbul nak ke tempat-tempat seperti Ankara,Pamukkale,Efes,Cappadokia tersangat la jauh. naik bas mau 12 jam. adoi adoi belum pergi lagi dah sakit-sakit pinggang ni.

Pastu flight dari Istanbul ke Dubai 2 Mac jam 3:35 petang sampai 9:40 malam. total perjalanan 4jam 5 minit. aku pun tak pasti perkiraan waktu flight ni sebab tak tahu gap masa antara Turki dengan UAE.

Lepak Dubai 2 malam  sampai 4 Mac dan bertolak dari Dubai pukul 3:30 pagi then sampai Osaka jam 5:20 petang. total perjalanan 8 jam 50 minit. total masa pergi dengan balik memang tak sama, maybe route flight tak sama, dan juga gap masa antara kedua-dua negara berlainan.

Pelancongan ditaja oleh :

Bullet teghen–sori sengau sikit

Posted: February 17, 2010 in Uncategorized

Rasanya semua yang bermastautin kat Jepun ni pernah naik bullet train atau dalam bahasa jepunnya dipanggil Shinkansen. Shinkansen ni ada macam-macam jenis, macam-macam kepala, ada kepala tajam ada kepala dogoi. apa itu dogoi, cari dalam kamus. Shinkansen ni laju, kalau sepak laju-laju pun takleh lawan kelajuan shinkansen.

1st time naik shinkansen masa awal-awal datang jepun dulu, bulan April tahun 2006. Tapi pagi tu aku terhilangkan tiket yang ditaja khas JPA untuk pergi ke kolej masing-masing. Puas aku cari, seluk poket sana-sini, poket orang lain pun aku seluk, tapi tak jumpa-jumpa. last-last kena beli sendiri. nasib baik kolej aku dekat dengan Tokyo, tiket reserved seat baru 3000yen lebih (rm150+).

Shinkansen ni mahal, harga tiket macam makan berkali-kali sampai boroi. Tapi orang jepun suka naik shinkansen berbanding flight sebab tak perlu check in bagai. pergi stesen 5 minit sebelum berlepas pun masih sempat naik. tapi biasala, jepun amat mementingkan masa, kalau terlewat 1 saat pun I say hye hye dia say bye bye.

Dalam shinkansen ada pramugari. konon-kononnya pramugari la, pakai lawa-lawa, bawa troli jual makanan. tapi tak pasti la pramugari shinkansen terlampau atau tidak. nanti aku komfem kan lain.

Aku suka kepala shinkansen. nak-nak yang tajam tu. Gambar ni diambil masa dekat Stesen Tokyo.

Ini Shinkansen Series N700, siri paling baru dan paling laju di Jepun. Tak salah aku dilancarkan bulan 7 tahun 2007.

Seating. satu row ada 5 seats. ada gerabak jiyuu-seki(non reserved seat) dan ada gerabak  shitei-seki(reserved seat). harga haruslah berbeza. yang reserved mahal sikit. kalau time-time rush hour memang kena berdiri la kalau beli tiket non-reserved.

pramugari konon-konon mesra melayan penumpang.

Oh ya, jangan risau, kalau berak tahi tak jatuh atas landasan kot. hehe

Tokyo Disneyland la pulok

Posted: February 17, 2010 in Uncategorized

Sambungan dari post sebelum ini.

Dah puas tidur malam tu, esok nya kami ke Tokyo Disneyland. Pendapat aku la kan, kalau pergi Disneyland ngan awek memang heaven weh. Nak-nak pulak awek tu orang Jepun yang comel macam Aragaki Yui.

Amacam? meleleh beb. haha.. bayangkan, bila sampai kat tempat ada minnie mouse, dia jerit ” Kawaiiiiii~~~” sambil buat muka ketat.

Sampai-sampai ja pintu masuk tengok banyak maskot berkeliaran. dah tau, akal nak suruh orang bergambar la tu. kami pun pergi la bergambar. Kalau ada part time jadi maskot aku pun nak jugak. bukannya orang kenal pun siapa kat dalam tu kan.

tahun 2007, sekarang dah 2010. cepatnya masa berlalu. tapi baru sekarang aku nak tulis kat blog, lambat gila.

bersabar ja la bergambar dengan gaijin-gaijin sekalian.

Aku rasa aku tersalah parking la tangan aku tu. Harap-harap dalam maskot tu lelaki. sekurang-kurangnya tidak la dia geli sangat. Aku masih musykil kenapa di situ harus aku letak tangan aku. huhu

Sapa ntah nama karakter ni.

Istana ni boleh la dibuat bukti bahawa dah smpai Disneyland, balik tunjuk kat jiran-jiran sebelah rumah.

menyuruh kakak jaga barisan ambil gambar.

penat pulak letak gambar banyak-banyak ni.

Sekian lintas langsung dari Angkasapuri.

Tokyo Disneysea

Posted: February 16, 2010 in Uncategorized

Kat Jepun ada Disneyland dan juga Disneysea. Rasanya kat tempat lain takda disneysea. Bagi aku disneysea lagi best sikit dari Disneyland sebab disneyland lebih kepada kanak-kanak, aku bukan kanak-kanak, aku Baapak budak. Kalau tak pergi lagi Disneyland atau Disneysea rasa macam tak lengkap hidup di Jepun, tapi bila dah pergi boleh lah diibaratkan seperti melepaskan kentut di tangga, orang belakang yang syiok. Sekali masuk lebih kurang 5000yen(rm180+). so kalau masuk kedua-duanya jadilah lebih kurang rm360. Bagi aku, masuk sekali pun dah cukup, sekadar jamu mata, tangkap gambar sikit letak peace di pipi, main-main skit pastu blah.

Aku pergi kedua-dua tempat ni masa aku tahun 4 kolej dulu. tahun 2007 kalau tak silap. time tu Alan,Ayam,Boshi,Idris dengan Sobri yang ajak. Ditekankan di sini bahawa ayam itu bukanlah ayam serama mahupun bapak ayam jual anak ayam tepi jalan.

Hari pertama pergi Disneysea, hari kedua pergi disneyland. Kalau pembaca-pembaca sekalian pergi time cuti, nak-nak lagi time summer break, bawa lah kain buruk untuk lap ketiak masing-masing kerana dikhuatiri masa menunggu untuk satu-satu permainan adalah sangat lama. Summer kat sini pulak panas makngah oi. Tapi oleh kerana kami pergi bersama Sobri, kain buruk tadi kami gunakan untuk lap muka ja sebab dia sembang habis tersembur air liur kat muka kami.Oh ya, kami pergi masa nak masuk musim luruh, so sejuk gitu-gitu la.

Dah nama pun train menuju disneysea/disneyland, haruslah ada tingkap muka mickey mouse, takkan muka Kak Timah kot kan, tak glemer la. Perkenalkan dari kiri, Idris, Sobri, Zul, dan Ayam.

Ini bukan kawan Azizol. Mereka ni buat persembahan tepi jalan. Konon-kononnya chef la, buat persembahan guna periuk belanga senduk suma. Ntah dari dapur mana depa rembat. Kami ni saja ja layan, kalau kami tak layan shiapa lagi nak layan.

Tempat ni antara port wajib untuk ambil bergambar kalau sampai Disneysea, kalau tak ambil lagi tu, sila pergi lagi sekali.

Ini pulak bandar Arab kot. Disneysea ni memang luas, kalah keluasan satu Pendang. hehe

Eh ini ko kawasan Arab.

Kalau rasa diri tak cukup comel untuk masuk tempat-tempat macam ni, belilah telinga mickey mouse tu. Model: Idris

Ahh aku tak suka patung ni. Berlagak sombong macam Alan Mat berlagak. ada ka patut bila kami nak bergambar dengan dia, dia boleh buat tangan halau kami. Nak ja aku sepak telor dia bagi senak kat situ jugak. Dengan perempuan bukan main lagi.

Last-last setelah dipujuk-pujuk oleh Sobri yang ayat manis, dia akur untuk bergambar dengan kami. Dahla muka bengis, bajet hensem pulak. Aku pun tak pasti kenapa kami nak sangat bergambar dengan orang tua ni.

Okey, sudah petang.

Ni namanya tower of apa ntah. Aku namakan sebagai tower of hantu. dalam tu ada lift, kita naik lift tu pastu lift tu jatuh menjunam kebabom. Bagi aku tak takut sangat pun, suam-suam kuku ja (berlagak)

Dah nama pun Disneysea, kena ada kapal.

Kalau tangkap gambar raya dengan family kat sini pun best.

Dah malam tak reti-reti nak balik lagi.

Dekat pintu keluar. Blah balik jalan mengengkang kepenatan.

Nanti setori pasal Disneyland pulak.

Jepun-1

Posted: February 15, 2010 in Uncategorized

bagi aku, takda apa pun yang menarik tentang makanan-makanan kat Jepun ni. kalau tak goreng, mentah. Bosan.Awal-awal sampai dulu memang susah nak terima makanan Jepun. Tambah-tambah green tea nya yang rasa macam air longkang. Aku sampai sekarang pun masih tak suka tea Jepun. Aku suka Tea Ais Malaysia. hehe. Makanan kat sini pulak, simple. goreng,mentah,takpun ada kuah kicap sikit. Bukan susah pun rasanya nak masak makanan Jepun. Tapi tak dinafikan, sushi kat sini jauh beza rasanya kat Malaysia. Nak-nak kalau yang kat kedai sushi mahal tu. Serius sedap tak tipu tepuk tanah 3 kali. rasa fresh gila. tapi sepinggan ada 2 ketul tu mau 300yen lebih. lebih kurang rm10++..

Ni gambar masa dekat Kumamoto Castle. Istana-istana kat Jepun ni kebanyakannya sepesen ja bentuknya. Aku kalau pergi pun ambil gambar kat luar pastu chow. Masuk dalam ada muzium, ah orang Malaysia macam aku ni mana minat muzium-muzium ni. Kalau tempat hiburan tu suka la. Lain pula dengan orang Jepun, satu-satu ditelitinya. Mereka menghargai sejarah, ambil tahu apa itu sejarah. Tapi tak tahu la kot-kot berlakon berminat ja. Aku kalau masuk muzium mesti cepat ja keluar.

Konvo di Jepun tak segampang konvo di Malaysia. Tak meriah, tak hapenning langsung. Takda raptai-raptai nya, takda gerai-gerai jual bunga-bunga bagai. Tak berjubah mahupun bertopi bertali baling atas langit bila tangkap gambar. Bagi lelaki, pakai suit sudah memadai. Kalau foreign students, boleh juga kalau nak pakai baju kebangsaan. Kat kolej aku ni kira ok jugak setiap orang naik pentas ambil sijil. Ada kolej lain yang hanya wakil kelas naik pentas. Apa kelas beb?? Pastu dewan yang digunakan pula ialah dewan badminton tu. Oh Oh Oh..Lepas abis konvo, ada jamuan makan tunggang arak.

Ini pula gambar orang-orang Jepun berkelah bawah pokok sakura. Bila masuk musim bunga ini antara aktiviti wajib mereka. Makan-makan, sembang-sembang anyam ketupat, gelak sepam dua pastu balik. Ada yang menyanyi, ada yang main kad, ada yang BBQ. Ada yang pergi bersama keluarga, ada juga yang pergi bersama kawan-kawan. lagi best kalau pergi dengan awek. Nak-nak awek tu pulak comel macam Aragaki Yui.

Krispy Kreme ni kedai jual donat. Adikberadik Jco dan juga big apple. Tapi donut kat Krispy Kreme paling sedap penah aku makan. Kat Tokyo ada sejibik ja kedai ni, pastu ramai orang beratur. Masa tengah beratur tu boleh tengok dari luar macammana donut ni dimasak sebab dapurnya berdinding cermin.

Ni gambar masa dekat Yoyogi-Kouen, Tokyo tahun 2006. Orang-orang berpakaian macam ni kalau jumpa kat Tokyo tak perlu nak hairan, benda biasa. Kalau pergi Akihabara lagi macam-macam jenis manusia boleh tengok.

Pengalaman yang paling aku tak boleh lupa. Tengok gajah berak dekat Ueno-Doubutsuen(Zoo Ueno). jatuh gedebuk-gedebuk berketul-ketul tak kasi can. Tapi gajah-gajah ni dah terlatih, lepas berak basuh. bukan manusia ja berak basuh. lepas setel dia berak, dia masuk dalam ambil penyedok dengan baldi. dia guna belalai untuk cedok najis masuk dalam baldi. kalau tak caya pergi la tengok sendiri.

Ni roller coaster paling best pernah aku naik. nama Fujiyama, di Fuji-Q. dah la tinggi, panjang, laju, serius best tahap babun. tapi nak beratur untuk naik ni mau 4 jam. dah la time summer, berpeluh ketiak weh. tapi berbaloi la. ada satu lagi roller coaster best nama Eejyanaika. yang ni lagi dasyat,seat dia pusing-pusing 360 darjah masa meluncur. tapi orang yang beratur punya la ramai.

ok sambung lagi lain kali.