Archive for March, 2010

Final Year bebeh

Posted: March 29, 2010 in Uncategorized

Masa aku tulis blog, aku tengah dengar lagu ni. I mean, TERdengar.

Mood gua sekarang tak berapa stabil, tapi gua tak PMS. Hari tu member aku bagitau laki-laki pun ada PMS. Hmm macam mana tu? Ish tak baik la sebut-sebut PMS ni, kesian kat kaum hawa. Sakit woo PMS, kata mereka.

Khamis ni bermula la hidup aku sebagai pelajar final year Yamaguchi University ni. Pejam celik dah 4 tahun pun aku kat jepun. Aku dengan rakusnya membuat keputusan lepas grad nak balik keja kat Malaysia. Tapi ada yang tanya kenapa tak keja kat Jepun. Eh suka hati aku la. haha tetiba emo.

Aku bukan takmau keja kat Jepun, aku bukan benci pun duduk jepun ni, aku suka ja sebab tiap-tiap bulan dapat duit banyak.hehe..

Aku kalau boleh nak dekat dengan famili. Penat la dah bertahun-tahun hidup merantau ni. Mak kat rumah bukan sihat sangat, kalau apa-apa kecemasan jadi susah nak balik. Beli tiket flight bukan macam beli rokok dekat 7-eleven beb.

Oh nampaknya sekarang aku tengah dengar lagu ni plak

K lah, sekian sahaja bebelan aku kali ni

Bye

Gone

Posted: March 29, 2010 in Uncategorized

pepatah ada berkata

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Yang patah pasti akan tumbuh, yang hilang ada pengganti, tetapi yang berganti mana nak sama dengan yang hilang

Trip to Turkey n UAE (part3)

Posted: March 21, 2010 in Uncategorized

Dari Bursa ke Izmir jauh gak, 10 jam kot tak ingat sangat. Eh lupa bagi salam. Assalamualaikum semua.

Sampai Izmir awal-awal pagi, tunggu bas kecil nak ke Selchuk. Tujuan ke Selchuk ni ialah untuk ke Ephesus. Kat Ephesus ada orang guide, seorang kena bayar 80 TL. Bagi aku sangat mahal tak berbaloi-baloi. Tapi takpa la, beg pun berat nak usung merata, ada van senang sikit.

Ephesus ni memang cantik. Ok itu saja yang aku boleh terangkan. Kalau nak tahu Ephesus ni tempat macam mana, sila google.

Izmir awal pagi

Ephesus

yang kanan tu mamat Australia.dia join guide ni jugak

brader guide

mangkuk jamban org dedulu..hehe

lunch..buffet tapi tak berapa nak sedap ;p

Petang tu pulak naik bas ke Pamukkale. Aku tidur tak ingat dunia walaupun seat sempit macam har*m. K la sambung lagi di lain hari.

Sekian

Perhatian semua

Posted: March 19, 2010 in Uncategorized

Selamat Hari Lahir untuk aku

=)

19 Mac

monyet bercinta

Posted: March 13, 2010 in Uncategorized

1. Aku rasa geli kalau nak bercerita tentang cinta kat sini. Aku bukan dalam alam percintaan, tak kira cinta monyet mahupun cintaku di atas kertas. Aku juga bukan Dr Love. Aku couple pun boleh kira dengan jari berapa kali ja. Aku tak pernah keluar shopping complex berpegang-pegang tangan apatahkan lagi nak masuk wayang berdua pastu buat projek terlampau. Aku tak pernah panggil sayang apatahkan lagi darling yayang bagai. Aku pernah couple 1st time dulu, tapi dulu dah lama. Couple pun macam tak couple, biasa-biasa ja. Tu pun tak lama, maklumla orang kata cinta monyet, tak kekal lama. Hangat awal-awal, lepas tu busuk macam tahik ayam.

2. Aku rasa aku dah melalut. Aku just nak cakap, kepada sesiapa yang dah mula rasa suka kat seseorang, yang rasa hati dah betul kata ya, jangan takut jangan malu, berhadapan dengan dia dan cakap “aku suka ang”. Kalau dah tertulis dia jodoh ang, jangan gusar, dia takkan ke mana,dia akan datang balik.

Sekian

Trip to Turkey n UAE (part2)

Posted: March 10, 2010 in Uncategorized

Ok mai aku sambung cerita trip aritu lagi

Keesokannya pula lepas breakfast kami bertolak ke Bursa naik bas. Dari terminal bas Istanbul ke Bursa mengambil masa lebih kurang 5 jam.

Nak ke Bursa kat satu tempat tu ada kena naik feri. lebih kurang macam feri pulau pinang tapi bentuk jauh sekali bezanya. feri ni lori besar bas gedabak semua naik. bahagian atas pula ada cafe. perjalanan dalam feri lebih kurang 30 minit kot. Servis bas di Istanbul bagus gak siap ada pramugara layan. haha tergelak sat. Tapi takla kacak-kacak, mungkin cita-cita nak jadi pramugara flight tak lepas, jadi pramugara bas pun layan ja la. Ada serve ayaq, biskut atau kek sepam dua. Walaupun seat tak gedabak macam bas kat Malaysia, tapi bila ada layanan camtu rasa macam best plak.

Dah sampai Bursa bus station, kami dah mula rasa gelabah. Orang-orang kat sini kebanyakan tak pandai cakap english. adoyai. Nak tanya tempat letak beg punyalah susah macam ayam itik kambing. Bila buat bahasa isyarat tunjuk beg pastu berlakon buat-buat simpan beg baru dia faham. Pastu dia bagi direction dalam bahasa dia, kami pun redah last-last jumpa jugak tempat letak beg.

Di Bursa berniat nak ke Green Mosque. Dah puas tanya orang kami pun naik la bas bandar menuju ke tempat tu. Dalam bas tu ada awek-awek Turkey yang comel lote pakai tudung berdiri sebelah kami. Bila sampai Bursa ni baru la dapat tengok awek-awek bertudung molek, kalau kat Istanbul tu susah sikit la maklumla macam KL la kononnya. Kami tatau nak turun kat mana untuk ke Green Mosque tu. Mula-mula ingat nak tanya kat awek-awek comel lote pipi gebu tu, tapi kat depan kami tu ada plak sorang brader ni, nanti nampak sangat saja gatai nak ngorat awek tu kalau tanya. So kami pun tanya la brader tu, nasib baik dia leh speaking. Tapi dia pun taktau perlu turun kat mana, so dia pun tanya awek-awek tu. Hehe i loike~ Baik btul orang-orang Bursa, tolong betul-betul punya. Tapi menyesal aku tak bagi email kat sorang awek tu. Huhu

Dah selamat sampai Green Mosque, tiba-tiba ada sorang pakcik tegur kami. Nak kata pakcik, macam brader ja, nampak muda dan semat lagi la. Pastu dia tawarkan diri untuk guide kami kat Green Mosque tu. huhu bagus btul orang Bursa. Pastu siap ada kakak arkitek join bagi guide jugak. Dia cakap dalam turkish, brader ni yang translate kan dalam english kat kami.

Lepas selesai solat kat Green Mosque tu, perut dah lapar maka nak makan. Tapi tadi brader tu suruh cari dia kat kedai karpet mana ntah. Dia buka kedai cuci dan baiki karpet kot. Tapi cari tak jumpa. Agak bersedih la tak sempat cakap goodbye ka thanks ka.

Kami nak kena gerak ke stesen bas Bursa balik sebab malam tu bas kami ke Izmir. Tapi tatau nak naik bas mana satu pastu kat mana perlu naik bas. Tanya kat kedai makan tu, dia la terangkan semuanya walaupun tak reti cakap english. Kami main angguk ja la apa yang dia cakap dlm Tukish tu. Pastu ada awek boleh cakap english sikit-sikit guide kami sampai ke hentian bas. Nama Melike, comel gak la taste syamim sebab pakai spek.

Serius, orang Bursa baik-baik. Rasa macam nak menitis air mata dengan kebaikan depa. ;p

Dah selamat sampai terminal bas Bursa, so malam tu naik bas menuju ke Izmir.

Sambung lagi bye

Aku bukan mat bunga

Baru balik dari Turki dan Dubai. Syok memang tak sangga, tapi penat nak tercabuit semua kepala lutuit. Tapi kenangan itu penting, tengok gambar dengan jejak sendiri kaki di bumi orang jauh sekali beza.

bermain kad sementara menunggu waktu flight yang lama lagi. asyik ain ja kalah tak rasa tercabar langsung. haha

Trip kami bermula dari Osaka Kansai Airport 24hb Februari. Flight pukul 11:20malam. Bagi aku, Emirates Airlines the best la. Aku pernah naik Mas,Spore,Cathay,Asiana,Airasia,Jal,Ana,SilkAir tapi memang tak boleh lawan Emirates ni. Tok Arab kaya kot, sebab tu mampu buat canggih-canggih dalam flight. Ke Dubai dari Osaka ambil masa 11jam 20minit. tidur sepam, makan 2 pam, tengok movie 3 pam, habis la 11jam dalam flight.

Touch screen personal tv. games,movies,tv,intenet,sms,seat-seat call ah macam2 lagi la

Jam di Dubai lewat 4jam dari Malaysia. Sampai Dubai awal pagi, jam di Malaysia dah tengahhari, patuit la rasa segar semacam. baru terasa sedikit jetlag di situ. Nak tunggu flight ke Istanbul nun jauh lagi pukul 3:30 petang, nak keluar dari airport dubai tak boleh, so melepak ja la dalam terminal arrival. Lain kali nya post aku stori pasal Dubai.

McDonald Dubai

McArabia..boleh tahan la sodap

Malam tu 25hb Februari akhirnya alhamdulillah selamat juga kami sampai di Istanbul. Abui kata Isketambola not Istanbul. Dah setel semua urusan imegresen semua, keluar ambil beg pastu terus ke hotel di Sultan Ahmed. 1 Turkish Lira(TL) bersamaan lebih kurang 60yen atau rm2. Turki ni ada dua bahagian, satu bahagian Eropah satu lagi Asia. Matawang pun boleh guna samada Turkish Lira takpun Euro. 1 Euro bersamaan 2 TL.

Lepas check in di Best Nobel Hotel, terus keluar jalan-jalan tangkap gambar malam di Blue Mosque dan tempat-tempat sewaktunya. Satu ja aku tak berapa berkenan ngan Turki ni, banyak anjing woo. dahla besaq-besaq, takda tuan pastu dok meruntun pinggang orang lalu-lalang. Pastu boleh plak bermesra-mesra jantan betina tengah jalan. hamboi nasib baik iman kuat lagi ni. Lepas balik jalan-jalan n makan kebab, terus balik tidur. Senang gila aku tidur malam tu, letak ja kepala terus terlena, Kalau tidak tu, mau kena berangan selagu dua baru boleh tidur.

eh macam skandal lak..haha
aya Sofya
Blue Mosque
toodia skandal baru
Kebab Turki

bagi aku,kebab kat malaysia lagi sedap.maybe dah diubahsuai supaya sesuai dgn citarasa kita

Ok keesokan harinya pula iaitu 26hb Februari kami check out hotel pastu jalan-jalan Topkapi Sarayi, Aya Sofya, Blue Mosque. Nak masuk Topkapi dengan Aya Sofya tu kena bayar masing-masing 20TL. Tengok keindahan senibina Islam, masjid-masjid di Turki memang layan macam hisap shisha perasa banana.

Breakfast
sebelah aku tu Micheal Jackson

Topkapi

Topkapi lagi

bersama ain the bullet

Harem

oi dekat gila

ish ish yang ni lagi dekat

masih lagi dalam Topkapi tak reti-reti nak keluar

OK,Aya Sofya pulak

Blue Mosque
Apple Tea..salah satu minuman glemer kat Turkey
Nasi seciput
Grabd Bazar..tempat shoping kegemaran Shoburi

Malamnya pula kami naik bot dari Eminonu(Europe Side) ke Uskudar(Asia Side), pastu naik lagi bot ke Besiktas(Europe Side). kat situ ada Dolmabahce Sarayi. perghh suka hati ja merentas asia-eropah. Malam tu makan di restoran orang kaya, exclusive abis atas jambatan, tapi makan tak puas sangat. nasi sejemput, besaq cokodok ja huhu. Pastu balik tidur hotel lain plak, nama Dongyang Hotel ala-ala korea plak.

Dolmabahce Sarayi
nasi seciput lagi adoi

Keesokannya 27hb Februari kami bertolak ke Bursa. nanti-nanti la sambung lain bye