Archive for April, 2010

1. Hari ni hari jumaat, esok hari sabtu, itu semua orang tahu. Budak tadika pun dah belajar sebut hari ahad sampai sabtu.

2. Hari jumaat orang jantan pi semayang jumaat, bukan semayang sabtu. itu pun suma orang tahu. budak-budak tak sunat lagi pun tahu.

3. kedua-dua point di atas takda kaitan dengan entry blog ni.

4. aku ekceli agak serabut hari ni. serabut dengan nak siapkan resume dalam japanese ngan english tu satu hal, serabut ngan masalah hati pun hal yang kedua. aku nak sangat tumpukan perhatian kat bab-bab mencari kerja ni, kerja itu mementukan masa depan, itu suma orang tahu tak perlu aku explainkan.

5. hati aku agak sakit, boleh tahan la sakitnya rasa macam nak pi tokak-tokak ja perut orang lain. kalau tak dapat tokak pun, kasi aku cucuk-cucuk pun jadi la.

6. ntahla, aku bukan nya sakit hati kot, cuma rasa kecewa, rasa sedih sikit la.

7. rasa sedih bila `hati` itu dibawa lari. 😦

Advertisements

Dato` Najib

Posted: April 17, 2010 in Uncategorized

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rasa macam dah lama tak mengarut kat blog ni. Ikutkan hati memang semua aku nak update. “hari ni makan bla bla bla..” “hari ni ada awek cun pandang-pandang jeling-jeling gua” “hari ni gua rasa hot sebab bla bla bla…”

Tapi masa terlalu mencemburui kita (ayat MC). Aku tau ada antara pembaca blog ni yang rindu aku update cepat-cepat kan. Hehe perasan

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Alhamdulillah, aku dah pun masuk final year untuk undergrad ni. InsyaAllah akan grad bulan 3 tahun depan. Tahun ni dah masuk tahun ke-5 kat Jepun, rasa sat sungguh masa berlalu macam kilat sabung menyabung.

Final Year Project aku macam menarik, aku minat btoi sebab melibatkan kapal terbang ngan satelit. Tapi oleh sebab aku tak berapa clever dengan programming dan control subject, rasa agak susah skit. Tapi takpa, pelan-pelan kayuh, nanti sampai la. Bukannya nak kalut pi bukit malut pun.

20hb ni ada jamuan makan malam dengan perdana menteri kita, Dato Najib di New Otani Hotel,Tokyo. Peluang dok ada,aku n beberapa member yang lain buat keputusan nak pi. Tiket flight suma orang tanggung, pi ja la. Ada rezeki leh masuk utusan. Hehe..

K la

bye

Konfius skit la

Posted: April 11, 2010 in Uncategorized

Tengah konfius

Nak ini

NIKON D90

atau

ini

CANON KISS X4

Bundle

Posted: April 8, 2010 in Uncategorized

Rasa macam nak jual barang-barang terpakai.

Baju, kasut, baju, baju, baju dan baju lagi

Tapi takkan la aku nak jual baju yang dah bau kepam, yang kat ketiak tu dah kuning-kuning, mesti la baju tersebut boleh lagi pakai dengan macho nya.

Aku nak tepek gambar kat sini tapi sejak takda kamera ni rasa susah lak kehidupan. Seperti nak berak tapi takda cebok.

ini cebok. org KL panggil gayung

Sapa berminat sila PM aku. PM tu private message bukannya perdana menteri. eh tak lawak

Aku ada baju n kasut paul smith, burberry bla bla bla…..

mengidam

Posted: April 7, 2010 in Uncategorized

Aku sedikit panas

sikit ja tak banyak

panas apabila baca status facebook orang-orang kat Malaysia

“eh teringin la nak makan CHICKEN CHOP

“alamak hari ni rasa macam nak makan KFC la plok”

“ish dah lama tak makan PIZZA HUT ni.mesti mamat keja situ dah rindu-rindu i kan”

haish, duduk kat malaysia pun nak bising-bising pasal makan. apa susah, start moto pi ja la makan. aku kat sini rilek ja makan penyepak. Ok itu dah lebih.

Nama saya Amet

Posted: April 1, 2010 in Uncategorized

Hari ni gua rajin, pergi lab dari pukul 9 pagi sampai 6 petang. Sebenarnya ini hari ialah hari 1st, harap-harap lepas ni gua akan terus-terusan berajin macam ni.

Ok takyah intro panjang lebar, gua terus ke point sebenar gua tulis blog ni

Gua rasa tak sesuai lak gua bahasakan diri gua, “gua”. Ok kita tukar kepada “aku”

Ok masuk point sebenar

Nama aku panjang beb, dulu aku ada 2 kad pengenalan sebab tak muat nak masuk dalam 1 kad pengenalan. Adik beradik aku kecuali kakak aku semua ada 2 kad pengenalan. Satu kad pengenalan kaler biru tu, satu lagi macam kad pengenalan sambungan atau dikenali “kad pengesahan nama”. Serius aku tak tipu, kalau tipu dapat dosa masuk neraka woo.

Contoh kad pengenalan lama

dalam kurungan tu contoh kad pengesahan nama.susah btul nak cari kat google

Nama aku Mohd Amiruddin Bin Rohani @ Ahmad Moktar. Kalau nak dibandingkan dengan nama zaman sekarang memang la tak terbanding. Ada budak-budak zaman sekarang nama panjang kemain. Siti Nurul Puteri Laksamana Binti Awang Berjuntai Labuh Seinci contohnya.

Masa aku balik Malaysia 2 tahun lepas, aku buat kad pengenalan baru yang diberi nama Mykad. Bila pakai Mykad ni la baru semua nama aku dimasukkan dalam satu kad.

Contoh Mykad

Dulu zaman aku kecik-kecik orang kampung panggil Dikmer. Tak kira tua muda semua panggil Dikmer. Yang aku hairannya, budak kecik dari aku pun panggil aku Dikmer. Sepatutnya depa kena panggil aku Abe Mer.. hehe

Masuk sekolah rendah orang panggil nama penuh, Amiruddin. Aku ok ja sebab tu memang nama aku. Maksudnya pun bagus, Putera/Raja Agama.

Tapi bila masuk form 1, hangin btol aku bila orang panggil aku Midin. Adoi punya la sedap nama MakAbah aku bagi, depa panggil Midin. Serius aku tak suka orang panggil aku dengan nama tu. Lagi aku cakap tak suka lagi tu la orang suka panggil. Biasala manusia, benda yang tak suka tu yang orang suka buat.

Bila aku masuk masuk form3 orang dah start panggil aku Amir. Time tu aku rasa macho gila dengan bernama “amir”. Siapa tak kenal “amir” budak kampung haji bunga, sebut ja kat Pendang tu semua kenal. Haha perasan

Tapi nampaknya panggilan “amir” ni tak kekal lama, oleh sebab aku orang UTARE(slang KL), orang tukar dari “amir” ke “amet”.

Aku suka orang panggil aku “amet”. Aku rasa macam rapat ngan orang-orang tersebut. Tapi kalau perempuan, sila panggil aku “amir”, lebih “mesre” orang KL cakap.

K lah, sehingga berjumpa dan selamat beramal