Archive for May, 2010

Salam sayang

Posted: May 27, 2010 in Uncategorized

Semalam yakni 26hb Mei malam, aku, anas, ain dan yat keluar dengan cadangan asal mahu ke Trial, sebuah pusat membeli barang-barang dapur dan belah.

trial hasil google

Sebelum ke Trial, ke kedai makan nama Gusto bukan Gusti mahupun Gas stesen. eh serius tak lawak. ok2 serius balik

Makan malam kami simple saja, tapi bukanlah makan kayu mahupun batu. tapi kalau makan penyepak itu dah lebih aa. Ntah macam mana lepas makan kami terus ke karaoke.

Nama tempat karaoke tu Shidax. So kami start melalak dari pukul 9 malam sampai la pukul 3 pagi. Lepas tu terus ke  Trial untuk beli barang dan belah balik. Pukul 4 lebih baru tidur, esok tu bangun pukul 11 pagi, maka hari ini aku lewat ke lab.

Tengahhari ni aku masak ayam 3 rasa sayang. tak ke geli nama camtu. Nak buat camna dah kat resipi aku tengok camtu.

Nah ni resipi nya

http://resepi.mesra.net/Detailed/20626.shtml

K la salam sayang untuk semua

(muntah)

Advertisements

Minggu lepas hari Khamis aku masakkan gulai ayam untuk budak-budak jepun lab aku. Depa dah lama cakap nak makan makanan Malaysia, aku cakap pedas depa kata orait ja sebab nak try rasa macam mana kepedasan masakan orang Malaysia.

.

Pagi khamis tu bangun awal sikit masak 20 ketul ayam, nasi 2 periuk. lepas habis masak terus pergi lab nak jemput depa sebab depa taktau jalan mai umah aku. Budak lab aku 10 orang tapi yang dapat datang 8 orang ja.

.

Dah sampai rumah terus bagi makan. Makan ja sesuap nasi terus bising cakap pedas tak sangga. Hadoi pedas celah mana tatau la. Mungkin aku terlebih letak cili kering. Setengah orang masak gulai tak bubuh cabai kering, tapi aku selalu letak. Tapi pedas-pedas pun makan siap tambah lagi, ayam pun habis licin satu periuk.

.

.

Dah habis makan, main Wii pinjam kat member umah sebelah. Main mario kart riuh kemain macam tak penah main setahun. Pastu sejam lebih pastu aku goreng cokodok pisang lak, tapi keras n langsung tak jadi cokodok. Rasa macam makan tepung goreng saja pastu keras macam batu(tipu). Tapi biasa la, orang Jepun, tak sedap pun depa puji sedap kemain, habis seluar aku terkoyak petang tu. Aku bagi depa cicah dengan sos cili manis thai tu. Ada ka orang makan cokodok ngan sos cili??? Ah depa bukan tau pun

.

Pukul 3 lebih baru rumah aku lengang.

.

___________________________________________________________________________________________

.

Pastu tadi pergi lab, ingat pukul 3 tu bercadang nak pi pejabat pos dengan klinik gigi. rasa macam gigi tak sihat, mungkin kekurangan kasih sayang.

.

Rupa-rupanya hari ni depa nak buat takoyaki dengan okonomiyaki. Takoyaki ni ada gak jual kat Malaysia, kat Jusco kalau tak silap. Tapi kat Malaysia nama gerai tu Tako Tao. Tako means sotong kurita, yaki means bakar. dalam tepung ada sotong. Haa camtu la lebih kurang penerangannya.

.

Serius sedap, tak sangka lak sedap macam jual kat kedai.

.

bancuh tepung bukan bancuh simen. ok tak lawak

kouhei. budak ni banyak cakap tapi baloq liat

ini takoyaki ya bukan cokodok

ini pulak okonomiyaki, dalam dia ada kobis n seafoods

.

Budak-budak ni tahu aku takle makan daging tak halal, so semua buat seafoods ja. Depa kata kalau nanti nak buat makanan ada daging depa nak guna daging halal dari aku. yeay. tapi ada ka patut depa kata depa nak tolong sembelih pastu baca doa bagi aku makan.

.

_____________________________________________________________________________________________

.

2 minggu lepas pulak buat soba dan udon. soba dan udon ni sejenis mee la. mee versi jepun. soba ni halus macam mee malaysia, udon lak gemuk-gemuk macam Bob Lokman. eh tetiba.

.

gelek tepung untuk buat soba.

aku yang potong ya. sila take note

siap-siap nak makan. nama dia micheal. beranak kat california

yang putih kuning tu udon, yang gelap kelabu tu soba

.

K la mengantuk tak hingat. Jumpa lagi jangan rindu-rinduan. kuang kuang kuang

Salam Satu Malaysia

Aku sebagai rakyat malaysia, kenal sangat dengan perangai-perangai orang-orang kita ni. Bermacam-macam jenis muka, pelbagai perangai, ada yang kasaq nak mampuih, ada yang sopan santun tak sangga. Tapi standard la, manusia mana sama. Bulu ja sama kerinting, hati lain-lain beb.

.

Ada satu perangai orang kita yang tak mau kalah punya. Hidup mesti bergaya, biar papa biar kedana. Makan penyepak tiap-tiap hari pun takpa, janji bergaya. Baju takmau lekeh, mana main jenama ABIBAS

.

.

kasut pulak, mana main kasut abibas. mesti la Nike takpun Adidas

.

Ok kita ushar kereta orang-orang kita pulak. Bab kereta ni sebab melibatkan nilai yang besar, kancil pun jadi la. Tapi mana main kancil standard. mesti kena make up tebal-tebal, biar satu kilometer orang dah nampak keta kita.

.

.

Ha, mekap kena tebal macam ni baru orang pandang beb. Kalau boleh masa bawak tu biar boleh terbang. Perghh melekat tuuu awek-awek kat kita.

.

Biar kecil ,janji laju. Cuba bayangkan si kancil dapat potong ferrari kat highway. tak ka masuk utusan muka depan esoknya? “Sebuah kancil dengan machonya memotong ferrari di highway karak”

.

Lagi satu, bunyi kena kuat. kalau boleh biar pecah cermin rumah sekeliling. biar orang yang dengar pun boleh pekak sebulan. Baru muda remaja beb. Pasang turbo beb baru best. Masa nak masuk gear tu biar dia bunyi “kechuhhh”, perghh setim2.

.

Bawak kat jalanraya tak perlu sopan-sopan, kalau sopan orang tak pandang. orang kita kan suka perhatian, so kena buat sesuatu yang pelik. contohnya menyelit tengah jam panjang. Haa glemer beb time tu, orang kasi hon tanda suka apa ang buat. Pastu kan, jangan lupa cucuk angin. cucuk sampai tercium bontot keta depan tu.

.

Pastu kan, bila dah accident, lagi la glemer kan? Ang memang nak perhatian kan? Jangan risau, semua akan slow kereta tengok ang terbabas tepi jalanraya.

.

.

p/s: entry ni takda kaitan dengan sapa-sapa. malang memang tak berbau, tapi kecelakaan 90% kita boleh elak kalau sikap memandu kita tak mengikut hati dan darah muda. renung-renungkan dan selamat beramal.

Nama aku Amir. Aku bukanlah model apatahkan lagi pelakon. wakaka perasan

Ok cukup intro pendek tu

hari ini aku nak story sikit dekat suma, tentang masakan. Aku bukan tukang masak, chef pakai topi putih tinggi tu lagi la bukan. Aku seorang pelajar tajaan JPA yang diberi peluang belajar di negara matahari terbit, pendang. aiseh, perasan pulak, Jepun ok.

Nak habaq mai kat hampa, aku mai Jepun bulan 4 tahun 2006. Kira-kira 4 tahun yang lepaiq (tudiaa utara tak sangga). Sebelum aku fly, serius tak tipu satu hapa pun tak reti masak. Oleh sebab tu, aku pun hadiri la kursus memasak, Mak aku ajar. Mak ajar camna nak masak nasi, nak sukat beras, nak basuh beras, nak makan nasi , pastu ajar juga masak yang simple-simple macam gulai ikan, ayam masak merah. Pastu ada lagi la beberapa masakan, nak kata belajar, aku just tengok ja Mak aku buat, masuk otak kiri keluar bontot kanan. erkk

Sesampai ja di Jepun, serius nak pegang senduk pun aku rasa tak yakin. Tapi nasib baik time tu ada bawa perencah segera Brahim.

Brahims ni nak kata sedap, takla sangat. Tapi Brahims ni telah mengenyangkan perut aku selama lebih kurang sebulan waktu awal-awal sampai Jepun dulu.

Lepas tu aku berjinak-jinak nak masak sendiri. Mula buka resipi kat internet, tengok cara-cara nak masak, dengar pendapat orang itu ini, then pergi kedai beli barang then balik masak.

Kalau nak dibandingkan dengan orang lain, masakan aku mungkin tak terlalu sedap. Tapi bagi aku, boleh la setakat hidup bujang ni, bukannya nak bagi anak bini makan pun.

So setelah 4 tahun aku kat sini, bermacam-macam jenis masakan aku dah boleh masak. Ayam masak merah, gulai ayam, ayam masak kicap, ayam masak lemak, paprik, dan macam-macam lagi la. Kalau rasa malas masak nasi, aku masak Mee goreng, mee bandung, bihun goreng singapore, bihun goreng.

gulai ayam bujang laku kemain

mee bandung siti nurhaliza

mee goreng mamat exists

gulai ayam pedas tak sangga kata kawan-kawan jepun

Aku juga pernah buat kek, cheese cake. time tu buat masa kenduri baru masuk rumah kat Yamadai ni. aku rasa sapa yang makan kek tu akan ingat aku sampai mati, hehe. cheese cake paling tak sedap penah dibuat orang.

Lepas tu belajar buat puding karamel dari Matno. senang nak buat dan senang nak ngap.

Aku bersyukur diberi peluang belajar di sini, aku bukan saja boleh kenal budaya orang jepun, aku juga dapat belajar berdikari sebagai seorang bujang yang trang tang tang. ke situ pulak

k bye

Ais pop sebatang plis

Posted: May 19, 2010 in Uncategorized

Kalau dia bahagia untukmu, pergilah. Aku tak rugi sekupang pun. Kalau rugi pun takpa la, sekupang ja pun, setakat boleh beli ais pop kat kedai Ah Hock

Aku tunggu pun bukannya kau hargai pun. Apa kau ingat aku ni kerja Pak Guard ka apa.

Full stop

Bye

Dubai

Posted: May 15, 2010 in Uncategorized

Hari ni rasa macam nak setori pasal pelancongan kami ke Dubai aritu. yang Turkey tu nak skip la, dah penat cerita. Tapi malam last kat Turkey naik bas dari Pamukkale ke istanbul, agak terkejut aa dalam bas ada wi-fi. pastu siap ada personal tv touch screen. tapi sayang, movie nya suma dialih bahasa dalam Turkish. hapa pun tak faham. last-last aku charge iphone pastu main facebook dalam bas. perghh setim habis

Dari Istanbul ke Dubai flight delayed. tak tensen pun sebenarnya. seat tak penuh sangat, aku suka hati pindah-pindah seat. sampai dah nak mendarat pramugara datang tanya mana aku hilang. hehe

Sesampai di Dubai, tak jakun sangat sebab hari tu kami dah tawaf satu airport dia. Sampai pukul 10 malam, keluar airport pukul 11, train ke bandar dah tamat perkhidmatan. Dahla hotel hapa pun tak book lagi. Gelabah gak aa time tu, dahla pak Arab buat donno ja, kalau kat Turkey mesti ada orang mai tanya-tanya. tapi sebenarnya rimas gak la kalau ada orang mai dok tanya-tanya. tapi tapi rasa sedih gakla bila orang buat donno. argh manusia memang camtu, bila dah takda baru nak hargai. eh macam terkeluar tajuk

Nak naik teksi, takuit. Tengok teksi pun Toyota Camry. hamboi belagak btol Dubai, teksi pun Camry. tapi ada juga toyota avanza. kami masuk balik airport pergi tanya hotel. Ada apartment boleh tidur 5 orang rm700 satu malam. mula-mula terkejut beruk aa, gila hapa rm700. tapi bila bahagi 5 orang, ha boleh la layan. Naik teksi dari airport ke hotel apartment tu pun takla mahal sangat, sebab bahagi 5 orang. 1 dirham bersamaan rm1, so senang betul nak shoping.

Malam tu order nasi beriyani ngan pizza. perghh sedap siot tapi sepinggan rm30+. standard jepun jugak la Dubai ni. tapi banyak aa, memang untuk perut tok arab kot.

Esok pagi tu dah nak check out. tapi aku tak tukar waktu jam, aku tengok awal lagi rupa-rupanya itu waktu istanbul. huhu rugi takle mandi pool pagi tu. bangun-bangun dah pukul 10. Dubai cepat 2 jam dari istanbul.

Huh penat btoi upload gambar. jangan juling mata ya

keseluruhan trip kali ni memang best. pergi jalan memang best, semua orang suka. tapi duit keluar macam flush jamban.

Dubai ni memang kaya, kaya sampai tak nampak sangat tok arab jalan-jalan kat jalan. bangla, keling dan seangkatan dengannya banyak la. tok arab ni dok goyang kaki dalam bank ja kot. dok tunggu minyak masuk. paling lekeh kerja depa pun yang jadi pegawai imegresen kat airport, yang tu takkan nak suruh bangla jadi kot kan, itu dah lebih.

Dubai memang tengah membangun. banyak lagi bangunan tak siap. sistem lrt pun baru siap. stesen tak semua lengkap lagi. bangunan tertinggi di dunia bulj khalifa tu dah siap tapi nak naik mahal tak sangga. dapat tengok dari bawah pun jadi la labu.

K selamat beramal dan jumpa lagi

Selamat Hari Emak

Posted: May 13, 2010 in Uncategorized

1. Tak terlambat lagi rasanya untuk aku ucapkan selamat Hari Ibu buat semua kaum Ibu. Teristimewa buat Emak tersayang, Latipah Binti Ahmad, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu di samping suami dan anak cucu tersayang. 15hb Mei juga birthday Mak. double tahniah la. Ceq mungkin tak dapat nak janji kemewahan dunia, tapi insyaAllah ceq janji boleh hadiahkan kejayaan dan doa yang tak putus untuk Mak.

2. Oh ya, tadi pakcik gas mai check gas. Bil gas aku bulan lepas 11000yen lebih kurang. Kalau convert dalam RM dalam RM400 gak la. Duduk sorang, guna gas untuk mandi air panas ja, memasak lak guna dapur yang beli tin gas tu. Rasa tak logik aa sangat-sangat bila bil gas mahal cmtu. lagipun sekarang bukan musim sejuk. Rupa-rupanya ada salah pengiraan. Kat bil dia tulis aku guna 16.8 meter padu, tapi sebenarnya 6.9 meter padu  ja. huhu nasib baik aku pi komplen.

3. Lab aku sekarang boleh dikategorikan sebagai lab paling bersenang lenang. Pergi lab goyang kaki pastu balik. Waktu balik pun bebas. Bulan 4 dulu pukul 9 pagi dah kena berkumpul, tapi sekarang budak-budak ni pukul 10 pun tak nampak muka lagi. Masuk lab main kad, pingpong, tengok anime guna projektor, main bola, main badminton. Suma tu main dalam lab. Mesti tension orang floor bawah.

4. Minggu depan hari selasa ada interview kerja kat Tokyo. doa-doakan la aku dapat keja. Dah malas ni nak belajar. hehe

5. K la nak masak bihun goreng. lapar