Archive for June, 2010

bukan kacip fatimah

Posted: June 23, 2010 in Uncategorized

Semalam tidur agak awal.. tapi takla terlalu awal, kira-kira pukul 2 pagi begitu aku sudah enak diulit mimpi.

Pagi-pagi bangun hantar member ke stesen keretapi, balik bilik TER tidur seketika then bangun dengan rasa yang sangat malas terus capai tuala dan masuk ke bilik air. Lepas mandi pun rasa macam malas-malas lagi, aku mengambil keputusan untuk bancuh secawan kopi tongkat ali.

Kayuhan aku pagi ini tidaklah terlalu bersemangat. Terasa mahu saja aku patah balik dan terus tidur. Tapi aku harus kuat, aku tak lemah tenaga zahir mahupun batin.

Selesai sudah kelas bahasa Jepun, aku terus bergegas ke Lab. Sudah tengahhari, pasti semua sudah berkumpul, fikirku. Tetapi nampaknya dugaanku meleset sama sekali.

Setelah mengucapkan ucapan “Ohayo!”, aku pun terus ‘on’ kan laptopku yang sudah sedia menunggu untuk berkhidmat.

Perkara pertama yang aku buat ialah buka Facebook, kemudian check email, dan buka YM.

Alangkah terkejutnya aku mendapat ‘offline message’ dari seseorang. Seseorang yang aku rindu sangat, sungguh aku susah nak lupakan sampai sekarang. Dengan ucapan pendek ” ai amer”, sudah cukup membuatkan aku tersenyum keseorangan. Tertanya aku sendiriran mengapa tiba-tiba dia mesej aku. Aku berfikir kira-kira 5 minit samada mahu membalas mesej nya atau tidak.

Akhirnya aku ke tandas kerana tak tahan nak kencing, aku dapati kesan tongkat ali tadi begitu kuat sehingga bau semerbak satu tandas. Harap-harap budak-budak jepun tak tahu apa itu kopi tongkat ali.

Advertisements

Tag dari makcik Nas

Posted: June 21, 2010 in Uncategorized

Nama tag ni Mr Happy. bila rasa gembira tepuk dahi

Adakah anda HAPPY sekarang?

Tidak. ya sangat yakin dengan jawapan itu

Kenapa anda happy?

Haish, dah aku jawab tidak, mau lagi tanya kenapa happy? mau kena pelangkung ni makcik Nas. kekeke..

hmm tak happy sebab tadi time presentation lab kena bertubi-tubi, rasa malu skit, rasa down skit, pastu rasa pahit kelat.

Apa benda yg boleh membuatkan anda happy?

Aku akan rasa happy tak sangga bila kerja dah setel. Pastu kalau study satu benda tu, kalau tak paham pastu pulun baekk punya, tetiba jadi paham, haa time tu rasa puas gila.

Lagi, aku rasa happy kalau aku berjaya buatkan Mak n Abah aku bangga dengan pencapaian aku.

Lagi-lagi, bila scholarship masuk tiap-tiap bulan. hehehe.

Pernah menerima TAG?

Penah. tapi berapa kali ja. dulu aku taktau sangat apa tag2 ni, ingat ka smart tag ka.

Nyatakan warna yg anda sukai

Biru. percaya atau tidak, aku start suka warna biru masa sekolah rendah dulu, sebab time tu Abah aku pasang wiper kereta kaler biru, pastu aku tanya kenapa biru? Abah jawab sebab Abah suka biru. dan oleh sebab tu sampai sekarang aku minat biru.

Beritahu 9 org yg akan anda tag. Tuliskan sesuatu ttg org yg anda tag, nak tulis berjela pon takpe.

Alan Geli –> alan ni member aku dari ppktj, sangat geli dan gemuk berboroi tapi perasan macho.haha…

Hazwan Ali–> wan pon member dari ppktj, walaupun alam nyata dia seorang yang pendiam, tetapi dalam alam maya dialah raja.

hmm sapa-sapa lagi la yang rasa teringin nak buat. tapi aku rasa takda la teringin sangat pon nak buat. haha

nak letak tajuk apa eh??

Posted: June 16, 2010 in Uncategorized

Okey hari ni kita cool, walaupun cuaca kat Jepun sekarang dah mula panas habaq ang, tapi aku masih lagi mampu tersenyum melangkah setapak demi setapak ke Lab untuk menyiapkan persiapan untuk presentation hari Isnin ni. Cuba bagitau aku, manusia mana yang suka berdiri kat depan sorang-sorang, bercakap sorang-sorang tanpa orang lain menyahut sepatah kata, lepas tu tiba-tiba pakat-pakat menyampuk tanya soalan itu ini konon-kononnya tak faham apa yang kita bentangkan.

___________________________________________________________________________________________

Aku mengaku, masa aku sekolah menengah dulu aku agak berkemampuan berkomunikasi, menulis mahupun mendengar dengan baik dalam bahasa Inggeris. Kalau tidak, masakan SPM aku dapat A1 untuk english..ok tak baik berlagak. Walaupun masa zaman muda (comel-comel) dulu hampir 90% aku berkomunikasi dalam bahasa ibunda, tetapi tidak menjadi masalah bagi aku untuk tiba-tiba bertutur dalam English dengan member mahupun cikgu.

.

Aku betul-betul menanam minat untuk datang belajar di Jepun sejak aku di tingkatan 5 aku rasa. Time tu ada latihan menulis resume dan juga mock interview yang dianjurkan oleh sekolah, time tu aku dah mula berangan yang aku nak belajar di Jepun dengan menulis di resume bahawa aku ni adalah graduan dari Jepun dan memiliki Ijazah Kejuruteraan, so tolong lah ambil saya bekerja.

.

Nampaknya angan-angan aku tak kosong, aku berjaya juga melanjutkan pelajaran ke Jepun. Semasa di pusat persediaan di Kuala Lumpur, aku dah mula berjinak-jinak mengenali bahasa baru iaitu bahasa Jepun. Oh indahnya belajar bahasa baru dengan lecturer-lecturer yang diimport khas dari Jepun yang comel-comel bagaikan dalam televisyen. Semangat nak belajar bahasa baru itu berkobar-kobar mengalahkan semangat menonton Piala Dunia.

.

Aku mula melupakan bahasa kedua yang aku belajar dalam hidup aku iaitu bahasa Inggeris. Dengan beranggapan tak tere English pun takpa bila hidup kat jepun, hari demi hari tanpa aku sedar aku mula buang bahasa itu. Ya aku tak sedar jadi jangan salahkan aku 100%. Bila aku mula menjalani kehidupan sebenar di Jepun, ya memang tepat firasatku, bahasa Inggeris langsung tak penting, jadi tanpa perlu teragak-agak aku terus melupakan bahasa itu.

.

Kehidupan aku sehari-hari amat gembira bila dapat bertutur dengan lancar dengan kawan-kawan berbangsa mata sepet. dapat bergurau senda, dapat kutuk mengutuk sudah cukup buat aku rasa hepi hidup di Jepun. walaupun tak semua benda aku tahu, tapi cukuplah sekadar aku meneruskan kehidupan dengan aman dan tenang di sini.

.

Tetapi..

.

Aku mula rasa sedikit menyesal kerana mengabaikan bahasa Inggeris apabila aku menghadiri Career Fair di Tokyo bulan 5 baru-baru ini. kebanyakan temuduga yang dijalankan adalah dalam bahasa Inggeris. Aku rasa sangat sengal pada hari tersebut kerana aku tak dapat bercakap dengan lancar dan kebanyakan soalan yang diajukan aku hanya dapat menjawab dengan english yang berselerak tanpa grammar yang betul dan tergagap-gagap bagaikan budak kecil baru belajar cakap ABC. Aku rasa malu dengan kawan-kawan yang dengar dan juga rasa macam nak kerat kepala letak dalam tong sampah.

.

Dan sekarang, aku perlu membaca thesis dari luar negara yang berkaitan dengan final year project aku dan semestinya thesis-thesis tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris. Aku rasa macam baca bahasa tamil, perlukan masa yang sangat panjang untuk faham dan baca berulang kali pun masih lagi tak faham-faham. Sedangkan budak-budak lab aku beranggapan bahawa aku ni memang power habis English, pejam mata dah boleh faham. Apa-apa hal mereka akan rujuk dengan aku, kalau aku faham aku cuba la terangkan tapi kebanyakan aku tak dapat membantu.

.

Dan aku rasa masalah begini aku berterusan bila aku masuk alam pekerjaan nanti. Tak dapat aku nafikan di Malaysia, bahasa Inggeris amat penting. Walaupun aku memilih untuk bekerja di kilang Jepun, tetapi tak semuanya akan berjalan lancar dengan hanya berbekalkan ilmu bahasa Jepun 100%.

.

Okey, sekarang aku sudah sedar diri.

.

Terima kasih sudi membaca.

.

Wassalam

i Heart u

Posted: June 15, 2010 in Uncategorized

1. Betul kata orang, hidup ni macam hukum karma. what you give, you get back. tak perlu aku hurai panjang lebar, semua orang besar sudah boleh faham.

2. Baru-baru ini, ada seseorang kakak tanya aku, apa matlamat hidup aku. Aku pun jawab la dengan panjang lebar. Bla..bla..bla..sampai lebam jari aku taip. Dia pulak jawab matlamat hidup nya dengan ringkas, iaitu `syurga`.

3. Manusia, bila susah mula lah kalut cari sejadah. Baru nak menangis teresak-esak minta ampun dari-Nya. Bila senang, nak pandang sejadah pun belum tentu, apatahkan lagi nak ambil wudhu`.

4. Aku ada dua insan paling berharga dalam hidup aku. Aku takut kehilangan mereka, aku lemah tanpa mereka. Kalau bukan kerana doa dan tunjuk ajar mereka, aku takkan ada di sini. Aku sayang mereka. Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil.

5. Aku perlukan seorang yang dapat tenangkan aku, yang dapat bersama aku walaupun aku selemah-lemah insan ciptaanNya. Aku perlukan seorang yang dapat terima semua baik buruk aku, bukan seorang yang akan berjauh diri bila tahu kelemahanku. Aku tak perlu seorang yang tahu memandang rupa parasku, yang ghairah dengan pangkat dan hartaku.

6. Kepada kamu, sampai sekarang aku masih tak boleh nak lupakanmu. tapi aku sedar aku bukan untukmu, bahagialah kamu di sisinya, aku gembira melihat kebahagiaanmu.

7. Dan kepada kamu yang lain, aku bukan mainan boleh di tarik tolak sesuka hati. aku pun manusia ada hati perasaan. Jangan kau main dengan hati dan perasaan, kelak kau tahu bagaimana sakitnya dipermainkan.

Ya, aku serius

Mesti hampa semua nak tengok kan suasana university aku. University ni takle terlalu pekan, tak juga terlalu kampung. Senang cerita, suam-suam pekan la. Tapi bosan la duduk Ube ni, hapa pun tadak sangat, malam-malam tak banyak tempat lepak, kalau tak Joyful, Fracaso. Sebulan sekali camtu pergi la karaoke, maklumla suara sedap macam Amir Ukays.

Nama university ni ialah Yamaguchi University. Kat sini ada 3 kampus, satu kampus induk, satu kampus engineering dan lagi satu kampus perubatan. Kampus engineering tak best sebab awek ada la sekangkang kera. Kalau pergi kampus perubatan, perghh jakun wa dibuatnya. Awek-awek banyak tak sangga. Actually baru pernah pi sekali ja pun.

Gambar-gambar ni diambil beberapa hari sebelum PM kita Dato Najib melawat jepun dulu. Katanya gambar-gambar ni nak dibuat slide masa Dinner ngan PM, tapi sebab kesuntukan masa, tak jadi lak tayang slide tu. Eeee ngulattt btoi.

Ok kita layan gambar brader ni dulu

Amacam? Dah cuci muntah anda di lantai? Wakaka

Sebahagian kecil budak Yamadai yang dapat join. Yang lain sibuk agaknya, takpun malas nak pakai suit. Aku suka pakai suit sebab terasa macho. boleh?

Oh sangat tak boleh belahh…

Papan tanda, bagitau bahawa di sini adalah Kampus Engineering bukan Restoran Cik Kiah

Depan bangunan pejabat. Kampus Engineering tak besar mana pun, tak macam Universiti kat Malaysia yang besar gedabak sampai bas pun masuk.

Depan bangunan Mechanical Engineering. Tempat di mana lab saya berada dan menghabiskan masa setiap hari di dalam lab sambil tak tahu nak buat apa-apa.

Pintu masuk utama kampus engineering. Tak da pintu gerbang bagai. Cukuplah sekadar tembok seketul dua.

Seorang B*ngla menaiki basikal.

Wassalam

Semoga berjumpa lagi di lain hari. InsyaAllah

Salah silap harap diampunkan.

Bye



p/s: kredit to zam gambar-gambar lawa ni.

Guide me, ya Allah

Posted: June 1, 2010 in Uncategorized

Ok tarik nafas panjang-panjang

Lepas ikut punggong

_______________________________________________________________________________________________

Assalamualaikum semua

Aku baru dapat call dari company bernama Toyo Kohan. Dia ada anak syarikat nama Toyo Memory Technology di Kulim, Kedah. Dia call bukan untuk bertanya habaq ang sehat ka tidak, dia call untuk bagitau aku dapat kerja.

Alhamdulillah. Siapa tak gembira weh, tak kepalang punya gembira sampai aku lompat pastu terguling-guling jatuh tangga. Ok aku tipu

Sebelum ni aku apply company ni atas dasar aku memang nak sangat bekerja dekat dengan rumah aku yakni Bandaraya Pendang. Siapa tak kenal Pendang, gah di mata dunia. Aku dah berangan-angan nak ulang-alik dari rumah naik kereta, keluar rumah pukul 7 pagi, salam dan cium pipi Mak n Abah aku, pastu masuk highway Pendang terus ke Kulim. Dalam kereta dengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat yang padu agar hari tersebut dapat dilalui dengan jayanya. Kira-kira 45 minit selepas itu sampai lah aku di Kulim dan turun dari kereta lantas memberi salam kepada pakcik tukang kebun.

Aku :

Assalamualaikum Pak Abu!

Pak Abu :

Waalaikumussalam Fahrin!

Aku :

Eh,nama saya Amir la Pak Abu. Lawok la pok Abu ni

Pak Abu :

Oh ya ka. ala biasala pak abu kan dah tua, nyanyuk sikit. Haa ang bila nak mai umah? Aku                                  tak sabaq ni nak  perkenalkan  dengan anak aku nama Joyah

Perbualan tamat di situ dan aku terus berlalu masuk ke pejabat.

_________________________________________________________________________________________________

Okey, berbalik kepada cerita tadi. Masa aku dapat call dari encik apa ntah nama, Doremon kot, dia kata aku kena training atau dengan kata lainnya aku kena kerja di kilang induknya di Jepun selama 1 hingga 3 tahun dan selepas itu baru boleh balik dan berbakti di Kulim.

Hancur angan-angan aku, tahun depan kena duduk lagi di jepun yang tak se heaven Malaysia. Ok aku faham, mesti korang nak kata aku tak bersyukur. silap silap, aku bersyukur sangat-sangat sambil menadah tangan, tapi aku tengah serba salah. Macam-macam aku fikir, terutamanya Mak aku. Aku dah 5 tahun di Jepun, kalau kerja di sini 3 tahun, means dah 8 tahun. kalau tak kerja kat sini 3 tahun pun, let say 2 tahun, total semua dah 7 tahun. Kalau budak kecil dah boleh masuk darjah 1 bilang satu sampai sepuluh kalau salah cikgu cubit perut. Ok nak kata aku manja kan? ya la ya la aku memang manja sikit, aku anak bongsu, aku memang anak Mak aku, aku kalau balik Malaysia memang suka suruh Mak aku suap aku time makan.

Aku start tak duduk rumah dari Form 1. Dan sampai la sekarang kalau aku di rumah pun hanyalah untuk cuti-cuti yang sejemput, bak orang tua-tua kata, tak sempat nak kentut dah nak kena balik asrama.

Ok la aku dah banyak merepek, aku pi makan kerepek dulu lah

Bye