Archive for July, 2010

Balik kampung

Posted: July 30, 2010 in Uncategorized

Lagi 2 hari untuk aku pulang ke Malaysia. Perasaan aku sekarang ni memang tak sangga punya hepi. Buat apa pun suma nampak rumah. Basuh baju pun nampak rumah, drive keta pun nampak rumah, sampai ke mimpi terbawak-bawak nampak rumah. Ok tipu

Flight aku ahad ni, tapi esok malam dah naik bas pergi Osaka. Sampai Kuala Lumpur pkol 4 petang, transit sat tak sempat panas punggong then naik flight balik Penang. Kenapa tak terus ke Aloq Star? Sebab kalau beli yang ke Alor Star harga tiket jadi mahal tak logik, mungkin sebab Aloq star airport bukan international. Kalau turun Penang just tambah cukai airport ja. Selama ni aku balik pun tak pernah turun alor star.

Alhamdulillah balik kali ni dapat puasa full kat rumah plus raya beberapa hari. syukur-syukur…Kalau tengok kawan-kawan lain yang tak boleh balik lagi la kesian kan.

Oh ya, kali ni aku bawak balik Wii. Kalau ada sapa-sapa teringin nak main, mai la umah aku kita main sampai lebam.

Advertisements

Malaysia-Jepun

Posted: July 26, 2010 in Uncategorized

Orang selalu kata,

” Best aa ang dapat study kat Jepun “

” Weh jom kita tukaq, ang study kat Malaysia, aku study kat Jepun. Amacam? “

” Jangan lupa kirim salam kat Ma*ia Oza*a, aku nak sangat jumpa dia”

Selalu sangat dah aku dengar ayat-ayat camni sejak aku mai Jepun 5 tahun lepas. Terus terang, bagi aku belajar di Jepun sangatlah tak heaven. Susah jugak nak terangkan macam mana yang dimaksudkan dengan tak heaven tu, kena mai belaja sini sendiri baru paham kot.

Tak dinafikan, Jepun maju. Jepun memang convenience untuk penduduk-penduduknya. Nak apa, semuanya boleh check kat internet, nak apa banyak boleh dapat kat 7-eleven, segala tiket kapal terbang tiket bas semua boleh didapati dengan mudah dan cepat. Tak macam kat Malaysia, nak beli tiket bas nak kena pergi stesen bas, mana boleh beli dekat warung Mak Gayah. Dah pergi stesen bas, layanan pun macam harom. Mau takmau ja layan customers, rasa macam nak sepak ja laju-laju muka akak kaunter tu. eh terkeluar tajuk

Ok berbalik kepada kenapa aku cakap belajar kat Jepun ni tak best. Sebenarnya lebih kepada penat, penat untuk memahami sesuatu. Standard la kan, dulu belajar dalam Bahasa Melayu pun kalau bab-bab yang susah memang ambil masa sikit untuk faham, ini pulak semuanya dalam Bahasa Jepun, lagi lah ambil masa. lepas tu agak susah untuk faham dan tangkap apa yang orang Jepun cakap. Kalau setakat cakap sembang kosong perbualan harian memang takda masalah, tapi bila melibatkan perkataan-perkataan engineering dan sebagainya, memang parah. Tapi takpa, tak baik mengeluh, orang bagi gaji untuk aku belajar kat sini, penat sikit jangan mengeluh, tak baik.

Jepun memang best untuk datang melancong, banyak tempat menarik, awek-awek nya pun manarik kau memang the boom. Tapi seperti semua orang tahu, Jepun ni mahal. Mahal nya 3 kali ganda dengan Malaysia. Biasiswa yang dapat tiap-tiap bulan maybe cukup, tapi untuk family yang nak datang melancong sini kalau setakat ada duit seringgit dua, baik lupakan ja la hasrat tu. Tapi kalau dah kaya sampai duit berkepuk, boleh la mai, sangat-sangat dialukan. Lagi satu, kalau mai sini takda orang guide, memang susah. So kalau nak mai jugak, cari la family or member-member yang ada kat sini.

Lepas tu, pandai-pandai la pilih nak mai time musim apa. kalau suka panas, baik duduk Malaysia ja. Haha. Tapi kalau suka sejuk tahap gaban, mai la time winter. Kalau tak tahan sejuk tapi takmau pula panas, sejuk suam-suam kuku gitu, mai la time autumn or spring. Kalau nak tengok sangat bunga sakura, mai bulan 3 atau 4. Kalau rasa nak tengok daun kuning macam daun Canada tu, boleh mai bulan 10 ka 11. Tapi kena tengok jugak lah cuti orang yang akan guide tu, kalau dia ada kelas, takkan dia nak kerat badan dia jadi dua, satu pi kelas, satu lagi guide korang.

Aku rasa aku dah banyak merepek ni. Bye

Kereta dan Outlet

Posted: July 25, 2010 in Uncategorized

1. Hari ini aku tengok banyak betul orang view blog aku. Tiba-tiba rasa glemer macam artis. Oh sebelum semua terlajak membuat persepsi, ingin aku bagitau awal-awal bahawa aku bukan lah Fahrin Ahmad. Wakaka

2. Sekarang kat Jepun panas memang dasyat, orang panggil panas lit-lit. Panas nya susah nak digambarkan dengan kata-kata, tak dapat jua ku ungkapkan dengan bahasa hati. Perghh jiwang. Duduk dalam bilik pun panas, keluar bilik lagi lah panas. Bila aku pasang aircond dalam bilik, aku rasa macam ada dalam hotel. Bilik aku pun takla semak macam samun, kira setaraf dengan hotel jugak lah.

3. Hari Sabtu, lepas selesai urusan di klinik gigi, aku dan Anas pergi ke Tosu Premium Outlet. Tujuan sebenar ke sana mestilah untuk shopping, takkan pi basuh baju. Kalau nak basuh baju boleh basuh di mesin basuh Sunshine Apartment yang busuk ni. Bau mesin basuh dah macam bau pasar ikan. eh melalut lak, kat mana kita tadi? Oh ya, di Tosu Outlet. 3 jam jugakla perjalanan dari tempat aku ke Tosu ni. Kami saja-saja sewa Toyota Prius, nak try rasa apa yang best sangat dengan kereta hybrid ni. Best la jugak, bunyi enjin tak kuat langsung, stabil dan yang paling penting jimat minyak. Perjalanan beratus-ratus kilometer pun hanya habis separuh tank ja. Hybrid ni boleh cecah 40km per liter minyak. Gila ok.

4. Dari segi bentuk memang tak lawa, tapi ini lah namanya Eco car. Kat Jepun sekarang dah ramai beli Toyota Prius dan Honda Insight. Bagi aku dua-dua kereta ni tak lawa.

Ini pulak Honda Hybrid

Tapi, kalau versi mekap Mugen, boleh goyah jugakla hati yang memandang.

Amacam? Terpikat?

Ini pula hasil pergi Outlet hari tu. hehehe

Bukan untuk aku, orang laki tak elok pakai coach.

Hidup

Posted: July 22, 2010 in Uncategorized

Semalam kak mesej, dia kata mak bekas anak murid dia meninggal sebab accident. Ayah budak tu pula meninggal tahun lepas kot sebab sakit buah pinggang. Kesian sangat, kecil-kecil dah yatim piatu. Comel dan manja budak tu, suka suruh orang dukung dia. Dulu masa aku saja-saja pergi tadika kak aku pun, dia manja dengan aku.

Dugaan untuk dia, pengajaran untuk kita semua. Hargailah IbuBapa kita.

lelaki kacak masuk majalah

Posted: July 21, 2010 in Uncategorized

Ok, tajuk takda kaitan.

Aku selalu puji cara orang jepun layan customers, serius menyenangkan hati. Memang jauh nak dibandingkan dengan Malaysia yang jauh ketinggalan 8 tiang di belakang, Malaysia hanya berpegang pada slogan “budi bahasa budaya kita” tapi hakikatnya hampeh. Ok minta maaf.

Tapi jepun pun tak semuanya baik belaka. ada juga cacat celanya

Aku sebenarnya emo petang tadi. Buka ja pintu rumah terus nampak surat bawah lantai. Alangkah terkejut nya pabila syarikat gas bagitau aku tak bayar bil 4 bulan !  Aku yang panas hati habis hangin satu badan terus call company tu. Ok macam ni cerita nya, aku baru masuk rumah ni bulan 3 haritu. So gas aku start pasang bulan 3. dan bulan 3 tu juga aku dah hantar borang untuk dia tarik bil bulan-bulan dari akaun bank aku. So aku pun ingat dia dah selamat tarik duit aku tiap-tiap bulan dalam bank tapi nampaknya sangkaan aku meleset. Bila aku tanya dia betul-betul tadi, dia kata bil untuk bulan 3 memang dia tak sempat tarik sebab proses uruskan borang aku hantar tu agak lama. Ok aku maafkan. Lepas tu dia kata bil bulan 4 pula dia tak leh tarik sebab dia salah salin nombor akaun aku. Ok yang ni aku tak maafkan. Memang salah pihak dia. Lepas tu bila sampai bulan 7, dia nak tarik bil bulan 3,4,5,6 tapi takleh sebab tak cukup balance dalam akuan aku. The problem is, kenapa engkau tak bagitau aku awal-awal dari bulan 4 aritu yang engkau tak boleh tarik duit dari akaun aku?????????

Bulan lepas gas umah aku tiba-tiba buat hal. Aku ingat ka kena potong, aku terus call company tu, dia kata aku bayar ja tiap-tiap bulan. Rupa-rupanya heater kat luar rosak. Tapi yang aku herannya, time tu dia bagitau aku bahawa takda masalah dengan bil aku, tapi sekarang kenapa ada masalah pulak????

Kalau bil untuk 4 bulan setakat sekupang dua aku tak kesah, ini sampai cecah angka ribu, penat aa weh.

Ah, orang jepun pun kadang kala cakap macam k*ling ja.

Tapi yang aku peliknya, kenapa dia tak stop ja penggunaan gas umah aku kalau aku tak bayar?

Company ni memang banyak buat masalah dengan umah aku. Bil bulan berapa ntah aritu, tetiba dia caj aku rm400 weh. Duduk umah sorang, guna gas untuk mandi air panas ja pun takkan sampai rm400 kan. Masak lak guna gas tin beli kat kedai ja. Mula-mula aku redha ja aa, tapi naluri aku kuat mengatakan ada something pelik di situ. serius tak logik. Aku pun terus contact company tu suruh check apa yang tak kena. Rupa-rupanya dia salah kira. Siot kan? Boleh pulak salah kira. Dia kira-kira balik rupanya kena rm180 ja.

Haa ni pulak pasal bil elektrik. Bil elektrik aku tak buat tarik dari akaun bank, aku just minta dia hantar surat then pergi bayar di seven-eleven. Tapi kan, baru bulan lepas aku sedar surat tu sekali pun tak pernah sampai kat umah aku.Ok ni salah aku sebab tak sedar. Aku pun call la terus company elektrik tu, dia kata nama aku takda pun dalam senarai pelanggan dia. hadoi la.

Aku pun pergi lah tanya Fudosan(agen rumah) yang urus hal umah aku ni dulu. Dia kata kalau elektrik kena daftar sendiri. Tapi masa aku masuk bulan 3 aritu dia cakap elektrik dah sedia terpasang, anda boleh pindah masuk dengan senyuman ketat. Dia tak cakap pun kena daftar bagai. Member aku umah sebelah tak perlu pun daftar sendiri. Ah ini semua tak adil.

Dan yang aku pelik lagi, kenapa tak potong ja elektrik umah aku kalau tak bayar 3,4 bulan?

Ah aku pening

Bila hati berbicara

Posted: July 17, 2010 in Uncategorized

Hari ni aku nak cerita apa yang terbuku dalam hati aku. Orang kata kalau tak luah, sakit. Sakit dia susah nak gambarkan, sakit dia pelik sikit, pergi klinik pun doktor taktau nak buat camna.

Aku, susah sikit nak suka orang. Bukan bermaksud aku senang membenci orang. Dalam kes ni, aku nak cakap yang aku susah sikit nak jatuh hati.

Sampai sekarang aku single. Bukan aku tak suka siapa-siapa, cuma orang yang aku suka tu, bukan untuk aku. Senang cakap, dia dah ada orang lain, mungkin jauh lagi baik dari aku.

Aku dah kenal dia lama, sejak dari sekolah rendah lagi. Dan kami mula rapat balik masa aku baru datang ke jepun dulu. Aku memang berusaha ke arah itu, tapi aku akur, langkah aku silap. Aku yang beranggapan “couple itu melalaikan”, “couple itu banyak buruk dari baiknya”, terus menetapkan hati untuk hanya terus berkawan dengan dia. Konon-kononnya yakin dengan kata hati bahawa “kami akan terus kahwin nanti”.

Aku dapat tahu dia dah berpunya sejak tahun lepas lagi, masa tu aku macam tak tentu arah, buat semua benda tak kena. Dan  sampai sekarang aku susah nak lupa dia. Bila aku dengar ja nama dia, aku rasa sakit sangat hati. Bukan sebab aku membenci dia, tapi sebab jauh di sudut hati aku aku masih meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk memiliki dia.

Aku tak salahkan dia. Sikit pun tidak. Sebab yang terjadi ni mungkin kelalaian aku sendiri. Aku memang dah dekat dengan hati dia dulu, tapi satu aku lupa, aku tak bagi dia satu kepastian bahawa aku dapat jadi yang terbaik untuk dia.

Dia pun dah jadi doktor sekarang. Laki tu pula study kat UK, nanti-nanti kahwin lah tu.

Dahla, cakap banyak-banyak pun nanti ada yang geli geleman plak.

Fukui

Posted: July 15, 2010 in Uncategorized

lama tak bersua kan. aku bosan sebenarnya, last-last aku cari balik blog aku ni. tiap-tiap hari aku buka blog orang, tapi aku bukan stalker, aku suka tengok perkembangan orang sekeliling, macam-macam boleh belajar.

kali ni rasa macam nak story percutian kami ke Fukui la. tujuan ke Fukui ni nak jumpa kawan-kawan sebab time tu ada perlawanan bola antara universiti bahagian Hokuriku. jauh la jugak Fukui ni, ada la dalam 700km dari yamaguchi. kami 6 orang sewa mpv Honda Stepwagon. Driver lak ada 3 orang, so sangat takda masalah.

Haa macam ni lah rupa Honda Stepwagon. Sewa 2 hari kena dalam 27000yen (rm900). Nak kata sedap bawak, tak la sangat, tapi boleh la. Kalau nak dibandingkan dengan Estima or Alphard maybe lain.

Ada Navi, so jangan risau tak sesat.

Perjalanan mula pukul 11 malam, sampai Fukui dalam pukul 10 pagi lebih. Lama gak perjalanan sebab hujan lebat, takleh nak pecut sangat. Sampai Fukui jumpa member-member, seronok tak sangga. Dengan tak mandi tak gosok gigi, ah apa aku kesah, janji k*cak.

Nama di Shobri tapi orang panggil Abui, jangan panggil Boei nanti dia marah.

Sebahagian kecil member-member di situ, yang lain sedang bermain bola agaknya.

Set-set geli yang tak main bole tapi tau buat bising ja.

Kemudian kami ke Toujinbo, saalah satu tempat menarik di Fukui. Tapi masa kami pi hujan, orang pun tak ramai, kedai pun banyak tutup. harem btoi, padahal ari sabtu. Tempat ni macam menakutkan, dengar cerita ramai orang bunuh diri kat sini. Kat sini siap ada pondok telefon khas untuk orang yang nak bunuh diri. mungkin sebelum bunuh diri boleh berbincang something.

Ok la, itu saja laporan dari bilik kenkyu saya. Bye wassalam