Malaysia-Jepun

Posted: July 26, 2010 in Uncategorized

Orang selalu kata,

” Best aa ang dapat study kat Jepun “

” Weh jom kita tukaq, ang study kat Malaysia, aku study kat Jepun. Amacam? “

” Jangan lupa kirim salam kat Ma*ia Oza*a, aku nak sangat jumpa dia”

Selalu sangat dah aku dengar ayat-ayat camni sejak aku mai Jepun 5 tahun lepas. Terus terang, bagi aku belajar di Jepun sangatlah tak heaven. Susah jugak nak terangkan macam mana yang dimaksudkan dengan tak heaven tu, kena mai belaja sini sendiri baru paham kot.

Tak dinafikan, Jepun maju. Jepun memang convenience untuk penduduk-penduduknya. Nak apa, semuanya boleh check kat internet, nak apa banyak boleh dapat kat 7-eleven, segala tiket kapal terbang tiket bas semua boleh didapati dengan mudah dan cepat. Tak macam kat Malaysia, nak beli tiket bas nak kena pergi stesen bas, mana boleh beli dekat warung Mak Gayah. Dah pergi stesen bas, layanan pun macam harom. Mau takmau ja layan customers, rasa macam nak sepak ja laju-laju muka akak kaunter tu. eh terkeluar tajuk

Ok berbalik kepada kenapa aku cakap belajar kat Jepun ni tak best. Sebenarnya lebih kepada penat, penat untuk memahami sesuatu. Standard la kan, dulu belajar dalam Bahasa Melayu pun kalau bab-bab yang susah memang ambil masa sikit untuk faham, ini pulak semuanya dalam Bahasa Jepun, lagi lah ambil masa. lepas tu agak susah untuk faham dan tangkap apa yang orang Jepun cakap. Kalau setakat cakap sembang kosong perbualan harian memang takda masalah, tapi bila melibatkan perkataan-perkataan engineering dan sebagainya, memang parah. Tapi takpa, tak baik mengeluh, orang bagi gaji untuk aku belajar kat sini, penat sikit jangan mengeluh, tak baik.

Jepun memang best untuk datang melancong, banyak tempat menarik, awek-awek nya pun manarik kau memang the boom. Tapi seperti semua orang tahu, Jepun ni mahal. Mahal nya 3 kali ganda dengan Malaysia. Biasiswa yang dapat tiap-tiap bulan maybe cukup, tapi untuk family yang nak datang melancong sini kalau setakat ada duit seringgit dua, baik lupakan ja la hasrat tu. Tapi kalau dah kaya sampai duit berkepuk, boleh la mai, sangat-sangat dialukan. Lagi satu, kalau mai sini takda orang guide, memang susah. So kalau nak mai jugak, cari la family or member-member yang ada kat sini.

Lepas tu, pandai-pandai la pilih nak mai time musim apa. kalau suka panas, baik duduk Malaysia ja. Haha. Tapi kalau suka sejuk tahap gaban, mai la time winter. Kalau tak tahan sejuk tapi takmau pula panas, sejuk suam-suam kuku gitu, mai la time autumn or spring. Kalau nak tengok sangat bunga sakura, mai bulan 3 atau 4. Kalau rasa nak tengok daun kuning macam daun Canada tu, boleh mai bulan 10 ka 11. Tapi kena tengok jugak lah cuti orang yang akan guide tu, kalau dia ada kelas, takkan dia nak kerat badan dia jadi dua, satu pi kelas, satu lagi guide korang.

Aku rasa aku dah banyak merepek ni. Bye

Comments
  1. sakurada says:

    hmmm..betul gak tu, member pon ad gak mengadu smpi menangis tak tahan duk kt sana,ialah dah la mahal..stdy pon xpham..spe tak presure kalu cmtu..but juz keek going, make it ur suffering become a good memory…hahahaha..

  2. amir5656 says:

    haha..thanks ya
    lain orang maybe lain cara.ada yang rilek,ada yang gelabah.yg jenis gelabah camni lah yg byk merungut.hehe..hope semuanya berjalan lancar

  3. cechak says:

    tp jepun byk manga @ anime.. hahahaha +P
    out of topic ok ahsk =P

  4. alanbest says:

    ada satu lagi yg ang lupa, orang slalu cakap kat budak2 yg belajar jepun ni.. balik nanti jangan bawak balik bini jepun dah la.. kahkahkah..

  5. amir5656 says:

    cechak
    best ka manga n anime tu?tak minat lah,baik baca buku ilmiah.haha skema

    alan
    haha..yg tu ayat glemer abis.tapi ang bawak balik awek yg study kat jpn.tahniah alan.hak2

  6. alanbest says:

    haha..alhamdulillah.. ada jodoh insyaAllah.. ang bila plak mat.. tu la aku kata cukur yg mana kuru2, mudah2 an ada jodoh mendatang..

  7. amir5656 says:

    hahaha..kankei nai yan?bulu dgn jodoh.
    weh bila nak kenduri?takkan nak peram sampai jadi pekasam
    ok2,tak cukup duit lagi kan
    buat la loan kat along.ha ha ha

  8. alanbest says:

    cakap senang la matblagak.. nak kawin ni bnyak benda nak pk.. nak uruskan.. haa.. bukan semudah menggunting rambut..

  9. amir5656 says:

    eh mudah ka gunting rambut?tudiaa belagak gila..
    mat,kalau kawin buatla time kami cuti..teringin doh nak pi kenduri kawen member sndiri..

  10. cechak says:

    dikala derita stress meroyan assgnmnt byk, mrk lah pengoBat liver.. hahaha =P

  11. Hazu says:

    aku rasa exam jepun lagi senang dari malaysia punya ..tak gitu ? so heaven apa ? hehe

  12. amir5656 says:

    cechak
    oo bagus la ada pengubat stress cmtu..

    hazuwan
    hmm btoi gak.tp tak suma senang,lebih byk susah kot dari senang.tatau la kat toyohashi cmtu ka.tp sini jikkken nya discussion mcm nak mati ja susah.huhu

  13. fara says:

    bersyukurlah!! =)

  14. amir5656 says:

    tgh bersyukurlah ni :p

  15. fndrocka says:

    kata kunci nya sekarnag “mahai” lah kan kan

  16. amir5656 says:

    dari segi belajar,mahai tak menjadi masalah utk student2 sini..sumanya ditaja kerajaan..

  17. cechak says:

    hmmm lme x nk blaja ckp/tulis jpn?

  18. amir5656 says:

    ambil masa.agak lama untuk fasih.tp sabar itu penting

  19. cechak says:

    baik sensei~

  20. asuhara says:

    kalau ikut pengalaman saya, tak susah pun nak jalan kat sana. tourist information center besepah dan bagus. staff2 sangat berusaha nak tolong gaijin yg datang visit. 1 jam jek pening nak paham route JR…lepas tu, hambikk, shopping tak hingat!(mcm banyak sangat duit) hehehehe

  21. amir5656 says:

    ooo bagus la kalau camtu.

    bukan nak kata susah gila babas kan,just rasa susah la utk sapa2 yang takle ckp jpn.mmg depa buleh skit2 english,tp ikut nasib la kot.

    kalau dah pergi tokyo dan berjaya harunginya syabas sy ucapkan.hehe..

  22. dioz says:

    jepun sangat memenatkan>>setuju!

    bagi aku,jepun ni bittersweet.
    i like.

    =P

  23. Husna says:

    best sgt ker duk Jepun…ati mmg nk gi tpi tak ckp duit klu ada rezeki mesti gi…..

  24. amir5656 says:

    dioz
    wah thanks sudi lawat blog aku..haha
    aah,jepun ni memenatkan..
    tapi rasanya bln 3 ni nangis gak aa nak tinggalkan bumi sakura ni..huhu

    husna
    best kot time takda masalah belajar..time cuti memang best gila..haha

Leave a comment