Archive for August, 2010

David Beckham

Posted: August 22, 2010 in Uncategorized

Alhamdulillah penyakit bersin-bersin aku dah semakin kurang. Aritu jumpa doktor dia cakap simptom resdung. Dia bagi ubat makan. Tapi yang aku tau, penyakit resdung ni ada cara berubat lain, guna lilin panas nyalakan kat hidung, tapi bukan buat sendiri la nanti tak pasal aku raya tanpa hidung. Kena pi jumpa orang berubat cara kampung, tapi aku takuit la, panas semacam ja.

Sejak balik Malaysia ni, aku memang tadak kerja lain, melantak ja aku tau. Kadang-kadang tu takla lapar mana pun, nak gak sumbat makanan masuk. Kira kalau tak makan aku rasa rugi la. Aku kena habiskan setiap saat aku kat Malaysia ni dengan makan. Berat badan toksah cakap la, kalah tong drum belakang umah rasanya. Perut? masih lagi flat macam tv, jangan risau. hehe

Sejak balik ni jugak aku tak berapa ambil kisah pasal janggut dan jambang. Rasa malas betul nak cukur, biar muka macam orang utan, janji hati mulia. Aiseh sempat lagi. Sideburn aku sekarang terus bersambung dengan janggut. 

Aiseh, jangan tergoda. Haa mesti semua terbayang muka aku macam david beckham kan? Lupakan ja la, macam david arumugam ada la. 

Eh dah lewat, esok nak bangun sahur lak.

Selamat berpuasa semua!

Amacam dengan puasa korang? Mestilah ok kan. Aku kat sini lagi lah ok, nak nak lagi dekat Malaysia ni ha,memang heaven tak sangga lah pergi bazar, sampai juling dah mata ni.

Hari ni dah pun hari ke-6 kita berpuasa. Sayangnya baru sempat puasa ke 4, baru start enjin nak memecut tiba2 kena brek mengejut, adehhh tsk tsk, terkilanlah jugak tapi takpa, think positive, pasti ada hikmahnya Allah bagi sakit ni kan?? hehe sori tiru ayat kakFith

Camni ceritanya, semalam aku tak boleh berpuasa la. Semalaman tak tidur sebab sakit hulu hati. tau ka sakit hulu hati ni camna? hadoi, sakit tak sangga weh, macam ada orang dok hiris-hiris dengan pisau dalam perut ni ha. Pisau tu pulak kan, tajam dia ya amat, sekali dia hiris, sepuluh kali dia asah. ah mengarut. Lepas sahur pun sakit lagi, esok pagi terus ke klinik manusia, takkan klinik haiwan kot, ambil ubat pastu terus buka posa. hehe..pergi petronas beli chipsmore akak cashier senyum-senyum aja. chet! oh ya, aku beli chipsmore tu pun sebab nak buat alas perut sebelum makan ubat, takkan nak alas dengan kasut size 7 kot kan. ok tak lawak. hahaha nak gelak jugak.

Kebelakangan ni, Abah aku dok kalut tentang jodoh aku. sibuk nak kenal-kenalkan aku dengan perempuan-perempuan di luar sana. oh, aku lelaki, aku tahu kot nak cari jodoh sendiri. Baru-baru ni, ada sorang doktor datang kedai abah aku, then abah aku bagitau la hal aku kat dia, suruh dia cari-cari doktor mana yang free kot-kot boleh perkenalkan kat aku, sekali dia balik cerita kat housemate dia, kena pulak housemate dia tuh kawan sekelas aku masa MRSM dulu. haa kan dah malu seinci. Kawan aku ni pulak terus sms aku ajak berbuka puasa sekali. hahahaha. So esok, saya dan 3 rakan-rakannya akan berbuka di Regency Hotel. Aku sorang ja laki, mahu kecut aku kat situ, makan pun mesti sekali suap 44 kali kunyah. wakaka

Minggu pertama aku balik Malaya, aku bawak seluruh kaum kerabat aku ke Bukit Merah Laketown Resort, tidur sana satu malam, pastu esok tu barulah masuk mandi kat laketown. Best sangat lah weh dapat mandi mandon dengan famili. 

 

aku main slide ni 2 kali, best macam gampang

 

Dengan abang aku

 

on the way nak masuk mandi, tinggi jugak aku rupanya dalam famili aku ni
pondok yang disewa 3 jam rm60. mahal ah

 

abang ku dengan anak-anaknya dan anak buah

 

Nur Aliya Irdina
abang aku nombor 2 dengan anaknya. Perut dia besar woo, kalah tembikai.haha

 

dikya yang dah tak sabaq nak mandi
danial yang super duper mulat

Pastu bila ntah, aku ke tadika kak aku. tengok telatah budak-budak, aku kan suka budak-budak. haha konon-konon penyayang la kan.

 

anak ikan

Hari tuh pergi Penang, jumpa Ah Pai. Ala, pai yang suka kentut busuk dalam bilik tu. Kentut dia naaaalaa punya bau. buka-buka pintu bilik dia boleh pengsan woo.. haha tak baik mengumpat. 

 

dah lama tak naik feri
seoul garden
siam express

Tengahhari makan kat Seoul Garden, malam makan kat Siam Express. Kat seoul garden tu pelayan dia mula-mula aku ingat ka orang Korea sebab cakap english semacam ja bunyi, tapi rupa-rupanya orang vietnam takpon laos, area-area tu la. nak angkat pinggan pun dia hentam cakap bahasa dia, hapa pon tak paham. haha

Siam express tu takla sedap mana pon, aku makan nasi goreng belacan. tapi tomyam dia kaw-kaw, pedas pun boleh tahan. 

K la, selamat bersahur dan puasa semua!

 

 

 

Selalunya kan, aku akan tulis entry dulu lepas tu baru aku pikir nak letak tajuk apa untuk entry tersebut. okey, cukup untuk intro entry kali ni.

Alhamdulillah aku dah pun sampai Malaysia. Oh indah betul Malaysia, hari-hari pun makan sampai pecah perut jangan pecah di mulut. Oh ya, sejak balik ni aku asyik bersin ja. Selalu sangat, dahla kuat pulak tuh. Kadang-kadang terpaksa tahan malu kalau terbersin kat bank ka, tempat-tempat awam yang ramai manusia. Kadang-kadang tu terbersin sampai hingus pelanting kat orang sebelah. haha tipu kot. Boleh dikatakan setiap kali balik aku akan bersin teruk awal-awal tu. Mungkin aku sorang ja kot alami sindrom lembu gila ni.

Biasa lah, bila orang-orang berlagak yang duduk oversea macam aku nih balik Malaysia mesti ada saja benda yang nak merungut. Itu tak kena, ini tak kena, mesti ramai dah meleleh tahik telinga dengar.

Tapi memang betul, sikap orang Malaysia ni banyak yang perlu diubah.  Ok yang paling ketara, mesti la customer service. hamboiiiii mak ngah, garang nya layan customer. takut ceq tau… di Malaysia, pelanggan takut dengan peniaga. Pelanggan yang akan tanya peniaga lembut-lembut supaya tak mengganggu mood peniaga-peniaga tersebut. Muka peniaga-peniaga tersebut toksah dok habaq mai lah, macam lapaq kasut size tu wa cakap lu. ketat gila muka beb..wakaka…

Tapi tak semua macam tu. aku tahu, ada ja peniaga yang bagus-bagus, yang layan customer baekkk punya, senyum tak lekang di bibir, aku tahu aku tahu. untuk mereka-mereka itu, teruskan usaha anda. bukan apa weh, bila kena layan bagus-bagus, kita akan rasa gilakkk aa dihargai abes, pastu kita akan bagitau kat member-member sanak sedara, pastu dengan senang hati kita akan berurusan lagi dengan kedai-kedai camtu. tak ke untung weh? 

Ha lagi satu aku nak merungut pasal orang kita. Hamboi bawak keta, macam dia sorang ja ada lesen. terkejut ceq oi tetiba menyelit kiri kanan, dah tu signal malas nak bagi, apatah lagi lah nak goyang-goyang tangan macam masuk pertandingan lalulintas dulu tu. apa ang ingat semua orang tau baca pikiran ang? lepas ni ang kona kiri, lepas ni kanan, lepas tu ang kona kiri balik pastu masuk longkang. kekeke… dah tu kan, suka betul cucuk pungkok orang. kalau tetiba keta depan brek, tak ke free-free ang cium pungkok orang depan tu? kadang-kadang tu sedih la tengok, bini kat sebelah dukung anak kecik, si bapak bawak keta macam bawak ferrari, kalau tetiba brek mengejut tak ke pelanting anak tu masuk parit?? pastu mula la nak nangis-nangis dalam berita menyesal bagai.

orang kita kan, bawak keta selalu laju, tapi kenapa kalau janji tak pernah awal eh? haha..banyak gila aku merungut ni. 

akhir kata, ini video untuk semua.