Archive for November, 2010

Sehari di Miyajima

Posted: November 30, 2010 in Uncategorized

Esok aku plan nak bangun lambat, nak pi lab lewat. Arini aku pi lab awal sekor manusia pun tak mai lagi. Last-last aku balik tidur tghhari sambil layan perasaan lagi bagus. Tapi lepas makan dan solat aku pergi balik la, aku kan rajennn

Seperti yang dijanjikan, aku nak update cerita pasal lawatan kitorang ke Miyajima. Aku dah ajak semua orang kat yamaguchi ni tapi tak mendapat perhatian manusia sekalian alam, last-last pegi 6 orang ja dengan cik Estima kesayangan.

Miyajima ni kat Hiroshima, 2 jam lebih jugak la perjalanan naik kereta. Kalau jalan kaki tahun depan lepas grad sampai la kot. Aku nak grad sebab tu aku pergi naik keta, eh merepek

Aku suka drive kat highway Jepun, sikit pun tak stress. Kalau siang paling laju pun 120 aku pecut. Sikit pun tak rasa nak pecut sampai 160km/h. Kalau kat malaysia, kancil pun bawak mengalahkan Ferrari, siapa tak tercabar bukan?

Highway kat Jepun ni senang ja nak kesan speedtrap nya. Terpampang jelas kamera depan mata ang. Tapi yang aku takut ialah kereta ronda polis yang menyamar naik kereta biasa. Nak kata kereta biasa pun tak jugak, orang kata senang ja nak kesannya, kereta kaler putih pastu ada antena banyak-banyak atas bumbung. tapi takut gak aa kalau dia muncul belakang ang time ang tengah buat drift.

Ok tujuan aku tulis entry ni ialah untuk cerita pasal miyajima bukannya highway jepun.

Kami bertolak dari Ube pukul 11:30 then sampai Miyajima dalam pukul 1:30. Dah selesai parking kereta, ya la takkan parking adik kot kan, kami pun menuju ke terminal Feri. Nak ke pulau Miyajima tu kena naik Feri, pergi balik dalam 360 yen kalau tak silap, aku dah lupa, maklumla dah tua uhuk uhuk

Tak jauh pun naik feri, 10 minit ja, tak sempat pun nak kentut tengok-tengok dah sampai.

K layan gambar ja la, aku dah penat taip

 

 

Tuuuudia banyak gila gambaq. tengok la sampai muntah.

Kami sampai umah pukul 10 malam. Agak letih tapi apa la sangat 12 jam keluar berhibur bagi darah muda macam kami ni ahaks!

Advertisements

Miyajima

Posted: November 26, 2010 in Uncategorized

Uish dah lama aku tak update blog. Rasa rindu pulak dengan diri sendiri. Aiseh boleh pulak camtu

Busy la kedewasaan ini. Eksperimen, Presentation, Facebook, Masak, Makan, Main, Main dan main lagi. Haa macam mana tak busy. Alhamdulillah busy-busy pun sempat ja aku makan, sempat ja aku tunaikan kewajipan sebagai hamba-Nya.

Aku takda cerita best nak share. Cerita best aku semua tersemat abadi dalam hati. Nak diluah malas sebenarnya. Nak upload gambar lagi la malas. Aku hairan sebenarnya tengok blogger-blogger lain yang update blog sehari berkali-kali. Aku ni nak update sehari sekali pun liat. Ka orang dok ligan duit Nuffnang? ha ha

Oh ya esok aku nak ke Miyajima. lawa tempat tu. nanti kalau rajin aku cerita kat semua. kalau rajin la.

Takoyaki ikagadesuka?

Posted: November 4, 2010 in Uncategorized

Hari ni sampai pukul 10 malam aku stay kat lab. Bukannya buat keja tapi buat party. Jangan risau bukan party buih, cuma party makan-makan takoyaki dan okonomiyaki. Gambar yilek sebab tadak mood nak bergambar. Makan sampai boroi, balik senang hati tak payah masak malam. Walaupun sakit tekak n kepala ni tak surut-surut lagi, aku enjoy arini.

Tapi tadi aku dilimpahi dengan bertubi-tubi soalan. Bagi aku, soalan-soalan yang sangat menarik untuk kita sama-sama hayati. Soalan dari orang kafir yang takda agama, takda kepercayaan, sangat menarik !

Soalan pertama : Siapa yang cipta kita semua? Siapa yang buat bumi langit semua ni?

Soalan kedua : Allah tu hidup? Bila Allah lahir? Allah tu sapa? orang?

Soalan ketiga : Macam mana Allah cipta bumi dan langit?

Soalan keempat : Lepas mati kita semua ke mana? Ada ka syurga neraka?

Soalan kelima : Kalau aku mati masa umur 80, adakah aku akan hidup dalam keadaan jasad berumur 80 di syurga/neraka? Abis tu kat syurga/neraka, aku akan hidup sampai bila pulak?

Soalan keenam : Macam mana nak tentukan untuk masuk syurga atau neraka?

Soalan ketujuh : Kalau ramai manusia masuk syurga, tak sesak ka syurga tu dengan manusia?

Banyak lagi soalan yang dihempap kat aku. Susah aku nak explain kat depa, kena fikir betul-batul baru jawab, kalau salah jawab aku dah dikira memfitnah agama sendiri. InsyaAllah, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk Nya.

K la tidur dulu, esok ada meeting yang tak best. Ah meeting apa yang best kan.

Wassalam