Archive for December, 2010

Memuja Mu begitu indah

Posted: December 29, 2010 in Uncategorized

Aku tengah bersenang-lenang di rumah goyang kaki sebab cuti musim sejuk dah bermula. Tapi biasalah, manusia mana pernah puas hati. Orang bagi cuti, mula lah nak bosan bagai, bila sibuk mengeluh penat. Haishh apa nak jadi. Cuti pun tak tenang, dok fikir macam mana aku nak start tulis thesis yang bakal di submit 10hb Februari nanti. Gila, ada lagi sebulan lebih, tak cukup otak dah ni.

Hati, susah woo nak bagi dia duduk diam. Ada saja benda yang menyusahkan hati. Aku jenis manusia yang fikir macam-macam, aku suka bebankan kepala otak aku dengan perkara-perkara remeh, perkara yang orang lain boleh gelak ja bila dengar. Kadang-kadang tu takda apa sangat, risau nya lebih-lebih. Muka ja senyum, hati menangis siapa tahu beb! hek hek hek

Bila susah, mula lah cari sejadah. Baru nak selak helaian kitab suci tu. Baru nak menangis bagai minta tolong Dia. Sebab tu Allah uji kita, dengan hati yang macam tu baru kita ingat Dia. Allah uji tanda Dia sayang kita, kalau Dia bagi kita senang-lenang kita mudah lupa Dia. Kita akan tenang bila mengadap Dia, hati mudah dipujuk bila kita baca kitab suci Dia. Ada orang cari ketenangan di pantai, ada yang cari di atas bukit, jerit kuat-kuat sampai pecah anak tekak, tapi kita lupa, kita ada Dia, Dia yang tak pernah jemu dengar luahan hati kita.

Dengar baik-baik lagu di bawah

Advertisements

Ada yang bertanya aku, kenapa aku belajar lama sangat. Sangkut paper ke? Atau belajar sampai PHD? hek macam-macam la hampa ni

Lepas tamat ja SPM aku masuk Matrik kat utara sana, duduk 2 minggu tak sempat nak couple-couple tiba-tiba JPA call suruh lapor diri di Pusat Persediaan Kajian Teknikal ke Jepun UTM Jalan Semarak. Aku ingat lagi time tu aku demam. Seronok tak kepalang, tapi bila tengok Mak aku macam sedih, aku tak boleh la nak seronok lebih. hehe. JPA call last minit doh, suruh lapor diri minggu depannya, gelojoh den nak urus hal keluar matrik bagai.

Di pusat persediaan aku belajar sampai tungging terbalik selama 2 tahun. Di akhir tahun ke-2 tu ada exam Monbusho, kementerian pelajaran jepun yang buat soalan. Kalau tak lepas exam tu tak boleh fly. Rugi gila 2 tahun kalau tak lepas exam tu tapi alhamdulillah batch aku semua lepas.

Tahun 2006 bulan 3, masa tu umur aku 20 aku fly ke Jepun untuk buat diploma Mechanical Engineering di Oyama National College of Technology. 3 tahun di situ belajar sampai golek-golek bawah lantai akhirnya tamatlah Diploma aku. Time tu member-member yang belajar kat Malaysia semua dah nak habis degree kot, aku baru habis diploma. Takpa, pelan-pelan kayuh.

Tahun 2009 bulan 3, aku sambung pelajaran ke peringkat ijazah di Yamaguchi University. 2 tahun ja untuk degree, insyaAllah kalau takda aral melintang tahun depan bulan 3 grad lah aku. Kalau berjaya submit thesis dan present dengan jayanya.

Setengah orang cakap, rugi gila aku habiskan masa belajar lama-lama, orang lain dah kerja siap kahwin beranak cucu, aku masih lagi terhege-hege belajar.

Tapi bagi aku, pengalaman selama 5 tahun ni berharga gila, ada manis ada masam.

Semua itu mendewasakan aku. hek hek hek

Mimpi basah

Posted: December 14, 2010 in Uncategorized

Pejam celik pejam celik dah bulan 12. Sat ja lagi dah nak masuk 2011. Apa azam tahun baru? tak perlu kot azam, tiap-tiap hari pun boleh azam tak perlu pun tunggu tahun baru.

Aku tulis blog ni bukan sebab aku takda kerja, cuma aku rasa aku perlukan satu space untuk berbicara.

Semalam aku mimpi sangat dasyat. Aku menangis gila-gila dalam mimpi tu, tersedar dari tidur pun aku menangis tersedu-sedu. Aku bukan mimpi hantu, apatahkan lagi mimpi basah. Aku sangat sensitif kalau ia melibatkan keluarga. Kalau teringat balik mimpi tu pun dengan senangnya airmata mengalir. Perghh nama ja jantan, tereyak mengalahkan pompuan. Dalam hati ada taman beb.

Banyak sebenarnya aku nak share, tapi masa terlalu jealous dengan kita.

Kad bola jepun

Posted: December 8, 2010 in Uncategorized

Hari ni pegi lab senior bagi aku keropok. Dia beli banyak sebab nak kumpul kad pemain bola Jepun. beli satu keropok dapat 2 kad. Aku tengok keropok tu boleh makan so aku layan ja la.

 

Dulu zaman sekolah rendah aku rajin kumpul kad world cup 1998, time tu aku darjah 6. Pastu tak lupa juga kad dragon ball. Sekeping berapa kupang ntah, banyak gila aku beli, mesti apek tu kaya sebab aku, tengok-tengok sebelum UPSR kena rampas dengan Ustaz Ibrahim. Haa sampai sekarang aku ingat nama ustaz tu.

 

Susah hati ada ubatnya

Posted: December 6, 2010 in Uncategorized

1. Aku rindu family aku. Aku rindu semua. Aku rindu Malaysia. Aku nak balik. Aku homesick. Aku nak balik tidur bawah ketiak Mak aku. Aku nak suruh Mak aku suap aku makan. Ah persetankan apa orang nak cakap

2. Aku rindu orang itu. Tak boleh cakap nanti wartawan terjah.

3. Sekarang kat luar dah sejuk, tapi aku tak putih-putih pun lagi. Ok bagi aku sebulan, sebulan ja plis

4. Aku rasa nak beli baju winter baru tapi sayang duit. Duit kena simpan. Zaman sekarang nak kahwin pakai banyak duit. Kalau wang hantaran boleh bayar guna daun kering, esok jugak aku kahwin.

5. Komputer aku sekarang lembab nya mengalahkan kura-kura. Rasa macam nak format tapi takda masa. Tulis blog ada pulak masa. Keling btoi

Bye

Love from Ube, Yamaguchi

Wallawey hari sabtu memang best

Posted: December 4, 2010 in Uncategorized

Hari ni hari Sabtu. Wallawey aku suka gila hari Sabtu. Hari Sabtu adalah hari yang tak patut kita fikir bab-bab yang boleh menyerabutkan kepala seperti final year project. Kalau lah setiap hari pun hari Sabtu, mesti aku dah gemuk macam Kuman Kumin. Seperti yang dijanjikan, hari ini aku masakkan kari ayam untuk budak-budak lab aku. Ada la dalam 13 orang yang datang. Kalau ikutkan lab aku ada 30 orang, tapi 13 orang tu ja yang pergi marathon. Lega aku, kalau nak kena masak untuk 30 orang, baik aku bukak gerai kat sini. hek hek hek

Semua puji sedap. Ok mesti ang nak cakap orang Jepun berlakon ja tu, tak sedap pun cakap sedap. Tak kesah, lagi baik puji kan dari kutuk. Kalau kena kutuk mau aku guling-guling kat lantai lab aku tadi. Pastu aku buatkan sambal belacan gak tadi sebab ada yang request penah makan kat umah aku aritu.

Semalam kami budak laki dalam 11 orang pergi makan sushi. Aku suka gila ah, dah lama tak makan sushi, rasa macam kacang lupakan kulit pulak, dulu kecik-kecik itu lah makanan ruji aku. Hek hek hek. Kami makan, kami minum, kami gelak. Lepas tu kami balik berak. Ok tak perlu cerita.

Pastu malam tadi lepas bangun tidur aku masak nasi goreng bujang. Nasi jamuan kat lab tadi ada lebih, buat nasi goreng lah jalan paling mudah.

Hmmm kenapa blog aku ni banyak sangat gambar makanan.

 

Gulai Ayam Amir

Posted: December 3, 2010 in Uncategorized

Baru lepas abis meeting lab. Senior dok present kat depan, aku dok berangan kat belakang. Berangan macam-macam weh, tapi mana boleh bagitau kat sini, nama pun berangan, mesti yang pelik-pelik.

Esok tengahhari kena masak kari untuk 15 orang makan camtu la atas permintaan senior-senior lab. Ada yang request nak pedas, ada yang request takmau pedas. Ok untuk keadilan kita buat sedang-sedang pedas. Pastu aritu aku pernah bagi member-member aku rasa sambal belacan, so esok pun diorang nak lagi. Pastu ingat nak buat cucur ikan bilis cicah sos.

Acara makan-makan nya pukul 2:30 selepas habis marathon. Yang best nya, nama group marathon lab aku pun depa bubuh nama “curry party amir”. Ha malu aku satu kampus.

Arini angin kat luar kuat gila babeng. Nasib baik aku berat, kalau tak mesti dah terbang, sedar-sedar dah ada kat Malaysia. Eh best jugak kalau camtu.

Ok babai