Archive for January, 2011

Kencing hancing punya orang

Posted: January 26, 2011 in Uncategorized

Sekarang ada hati nak update serba sedikit tentang kehidupan sekarang. Jangan risau, aku masih hidup sihat walketupatliat. Dulu kalau tulis kad raya mesti aku tulis “sihat walketupatliat”. Kecik-kecik, biasa la.

1. Aku tengah sakit kepala buat eksperimen, semua nak kena siapkan cepat. Thesis pun nak kena tulis, belambak lagi tak siap. Eksperimen pun tak semua yang memuaskan hati, ada saja sangkut itu sangkut ini. Sebut pasal sangkut, buat masa sekarang aku tak sangkut lagi dengan mana-mana gadis.

2. Sekarang ni sejuk gila. Pagi-pagi aku mesti bangun sebab kaki sejuk, nak tidoq pun tak selesa. Last-last bangun mandi pastu pi lab awal buat kerja. Tapi kadang-kadang terlajak tidur tak brek-brek lagi dah. Maka jadilah subuh gajah. Kenapa orang sebut subuh gajah aa? Yang aku heran, kenapa pilih gajah dan bukannya kambing ka, ayam ka, syapiq ka.

3. Selera makan aku dah ok, sangat menjadi-jadi pulak sekarang ni. Keja nak melantak ja. Muka dah besar pinggan, perut dah macam tembikai. Tapi takla rajin sangat nak masak selalu. Aritu masak gulai ayam, sekali masak boleh makan 2,3 hari. Haha punya la malas. Actually nak upload gambar-gambar aku masak tapi iphone tak leh connect pulak ngan laptop ni.

4. Aku dah hantar borang ke embassy untuk tempahan tiket kapal terbang balik Malaysia. Tiket last JPA yang tanggung. Aku buat keputusan nak balik 27hb Mac dari Tokyo. Rasa macam nak jalan-jalan Tokyo sat sebelum balik Malaya. Lepas ni ntah bila pulak la nak jejak kaki ke Jepun.

5. Apa aku nak kencing dalam thesis ni hah. Kalau tulis bahasa melayu mesti 100 helai boleh pi. Tapi ini dalam japanese, ushar2 copy2 sikit yang senior punya, baru 35 helai. Nak kencing lebih-lebih pun, takut hancing pulak thesis aku nanti. hah merapu

Bye

Advertisements

Lagi 3 bulan weh!!

Posted: January 5, 2011 in Uncategorized

Selalunya sejuk-sejuk camni cepat lapar, tapi lain pulak dengan aku. Hari ni aku makan roti ngan sosej 2 batang saja. Malam nanti pun macam malas nak masak. Actually bukan malas, tapi takda mood (ngaku ja la malas). Rasa hilang selera, selera aku lari pi siam. Nak ligan malas.

Lagi 3 bulan nak tinggalkan Jepun, sedih ada seronok pun ada. Tapi lebih kepada sedih kot. Haha. dulu tak sabaq nak blah, la ni sedih pulok. Haish macam-macam la manusia ni. Biasa la hati manusia boleh berubah.

So dalam 3 bulan ni adalah sesi memujuk hati. Apa yang ditetapkan untuk aku tu adalah yang terbaik dari Allah. Kalau ditakdirkan aku tak perlu datang training kat Jepun, aku kena terima dengan hati terbuka. Ok ja kalau tak datang pun, duduk dekat dengan Mak aku, boleh aku jalankan tanggungjawab aku sebagai anak yang aku tak dapat tunaikan sebelum ni. Memang itu pun yang aku harapkan dulu.

Wassalam semua

 

Happy New Year

Posted: January 4, 2011 in Uncategorized
Dear Mohd Amiruddin,
Congratulations ! We are pleased to inform that you have been selected to work with our Company “?????????? Sdn. Bhd” for the position of an “Engineer“.
We would like you to report to work early April 2011 (4th April 2011). Please reply or contact me immediately for the confirmation status.
We are confident you will be able to make a significant contribution to the success of our company and look forward to hear and working with you.
Thank you.

 

 

Aku disahkan dapat keja kat company ni bulan 6 tahun lepas, tapi baru hari ini dapat emel officially from Malaysia. Sebelum-sebelum ni HR kat Jepun yang contact, tu pun dia tak tahu apa sangat. Nasib baik aku tak lari pi company lain. Pasal training kat Jepun pun diorang tak boleh nak confirm kan lagi. Haish