Kencing hancing punya orang

Posted: January 26, 2011 in Uncategorized

Sekarang ada hati nak update serba sedikit tentang kehidupan sekarang. Jangan risau, aku masih hidup sihat walketupatliat. Dulu kalau tulis kad raya mesti aku tulis “sihat walketupatliat”. Kecik-kecik, biasa la.

1. Aku tengah sakit kepala buat eksperimen, semua nak kena siapkan cepat. Thesis pun nak kena tulis, belambak lagi tak siap. Eksperimen pun tak semua yang memuaskan hati, ada saja sangkut itu sangkut ini. Sebut pasal sangkut, buat masa sekarang aku tak sangkut lagi dengan mana-mana gadis.

2. Sekarang ni sejuk gila. Pagi-pagi aku mesti bangun sebab kaki sejuk, nak tidoq pun tak selesa. Last-last bangun mandi pastu pi lab awal buat kerja. Tapi kadang-kadang terlajak tidur tak brek-brek lagi dah. Maka jadilah subuh gajah. Kenapa orang sebut subuh gajah aa? Yang aku heran, kenapa pilih gajah dan bukannya kambing ka, ayam ka, syapiq ka.

3. Selera makan aku dah ok, sangat menjadi-jadi pulak sekarang ni. Keja nak melantak ja. Muka dah besar pinggan, perut dah macam tembikai. Tapi takla rajin sangat nak masak selalu. Aritu masak gulai ayam, sekali masak boleh makan 2,3 hari. Haha punya la malas. Actually nak upload gambar-gambar aku masak tapi iphone tak leh connect pulak ngan laptop ni.

4. Aku dah hantar borang ke embassy untuk tempahan tiket kapal terbang balik Malaysia. Tiket last JPA yang tanggung. Aku buat keputusan nak balik 27hb Mac dari Tokyo. Rasa macam nak jalan-jalan Tokyo sat sebelum balik Malaya. Lepas ni ntah bila pulak la nak jejak kaki ke Jepun.

5. Apa aku nak kencing dalam thesis ni hah. Kalau tulis bahasa melayu mesti 100 helai boleh pi. Tapi ini dalam japanese, ushar2 copy2 sikit yang senior punya, baru 35 helai. Nak kencing lebih-lebih pun, takut hancing pulak thesis aku nanti. hah merapu

Bye

Advertisements
Comments
  1. afizan says:

    senang je, buat mcm i…supervisor tanya apa u dah achieved…i jawab:- “sy belajar buat sambal ikan bilis, nasi lemak, curry ayam, kuih seri muka…and my best achievement is i dah reti buat carrot cake. nanti i bagi u sikit k”.

    trylah…itulah gunanya amik gambar2 masakan save kat iphone. mcm i buat…hohoho

    (i tgh biolll skrg nie)

  2. ttm says:

    alhamdulillah hidup lagi rupanya abang fahrin ..haha ;p
    datang tokyo roger la..haha…boleh makan kedai mak angkat ang tapi ang yang belanja..hehe..

    p/s:ganbarou kenkyuu..

  3. amir5656 says:

    afizan
    haha..nice idea..akan cuba untuk selitkan dalam my thesis

    ttm
    ang la belanja aku weh.tak pun buatkan aku nasi ayam ang yg sedap gila meletop tu

  4. emerald says:

    Salam Amir..
    lm xbc blog amir..berbz hihi..sb bila bc je nk tgelak..hr nih tergerak nk buka..
    kt opis…personal emel smua kena blok..tp blog amir blh buka plak =)…
    semoga bjaya dgn cemerlang ya dlm tesis…dn slmt smpi kt bumi Malaysia nih.=)..k la..xtau nk tulis apa sbrnya…dhla xpnh buka page camni kt opis..sat g diorg check hihi..bahaya…
    ganbate amir!!.. =).tc

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s