Archive for July, 2011

Sejak kebelakangan ni, blog “REALITI TAK SEGAMPANG ANGAN-ANGAN” ni macam muram semacam ja, tak lagi ceria macam dulu. Tuan empunya blog agak beremosi sekarang. Kadang-kadang manusia perlukan satu medium untuk berbicara, luahkan apa yang terbuku dalam hati, selagi ianya tidak mengganggu hak peribadi orang lain, aku rasa ianya tidak menjadi satu kesalahan.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Abah aku masuk wad dari Sabtu lepas, tu pun selepas aku tengok keadaan Abah nampak tenat. Hantar ke emergency, terus kena tahan wad. Sempat satu malam di Hospital Sultanah Bahiyah, keesokan hari doktor suruh pindah ke hospital lama sebab kat situ ada pakar dada.

Isnin dah start kerja, tapi hati rasa berat nak tinggalkan Mak dan Abah kat wad. So aku ambil keputusan untuk cuti Isnin, Selasa, dan Rabu. Biarlah kena tolak gaji sekalipun, apalah sangat nak dibandingkan dengan ganjaran yang kita dapat untuk berbakti kat ibubapa.

Kerja aku tak susah, sediakan apa jua makanan yang Abah aku request, tak kira la kedai tu jauh ka dekat, aku akan cuba tunaikan. Kedua, lap badan Abah aku. Ketiga, uruskan air kecil. Keempat, buat segala arahan yang Abah bagi. Mak aku stay sekali dalam wad, ikutkan hati aku nak ja hantar Mak balik rehat di rumah, tapi Mak takmau, sunyi katanya duduk rumah sorang-sorang. Mak pun bukannya sihat macam orang lain, Mak selalu mengadu sakit kepala sangat, sekarang pendengaran Mak macam tak berapa ok, Mak kata sebab sakit kepala buat jadi bengang telinga.

Khamis dan Jumaat aku pergi kerja. Berat hati nak tinggalkan mereka, pergi kerja dalam keadaan mood yang sangat teruk.

Khamis petang kereta buat hal tak boleh start. Dugaan, kita takkan tahu bila nak diduga. Telefon Honda kulim, workshop dah tutup. Semalaman aku tinggal kereta kat kilang, esok tu baru panggil MAA assist datang check.

Jumaat, lepas sembahyang, kak mesej cakap Abah penat teruk. Nadi rendah. Muka Abah pucat, berpeluh. Mask oksigen yang Abah pakai waktu tu tak boleh support pernafasan Abah. Kak panggil doktor tapi nurse cakap doktor tengah makan. Time tu kita tak boleh berfikir waras, kita tak sangka yang Abah akan jadi seteruk tu. Tapi Allah panjangkan usia Abah, doktor datang jugak dan tengok keadaan Abah teruk. Terus pasang alat bantuan, nadi Abah rendah.

Khamis tu Abah ada mengadu sakit kaki kiri. Doktor bawa pergi scan, ada darah beku rupanya.

Dan keadaan Abah bertambah teruk sebab darah beku tu dah naik sampai ke paru-paru. Doktor terus bawa naik ambulans ke hospital baru, kalau betul ada darah beku dalam paru-paru, Abah kena pindah ke wad sana untuk buat rawatan.

Pukul 4 petang, aku cakap kat Manager nak balik awal tengok Abah, mujur dia memahami. Aku terus pecut balik, pandangan aku kabur, sedar-sedar air panas dah membasahi pipi. Aku terus ke emergency, Abah ditempatkan di zon kritikal. Sayu sangat tengok keadaan Abah waktu tu, rasa lemah lutut, dugaan ini kadang-kadang terlalu berat untuk ditanggung. Aku genggam tangan Abah. Itu saja yang mampu aku buat, waktu tu.

Doktor tempatkan Abah di wad 4c, bukan lagi di dalam bilik 4 orang sebelum ni, tetapi di ruang terbuka dekat dengan nurse. Aku kena terima hakikat, Abah perlukan jagaan rapi.

Malam tu aku tidur di wad, badan terlalu letih, senang saja aku lelap. Tapi alhamdulillah, senang pula aku sedar bila Abah panggil nak buang air kecil. Sepanjang malam tu dalam 3 kali Abah kencing. Lepas urus Abah, senang saja aku lelap balik. Tapi pagi esok baru aku tahu, Abah tak boleh tidur semalaman.

Keadaan Abah tak macam dulu. Kami sekeluarga harus terima hakikat, Abah tak boleh bergerak aktif macam dulu. Abah sekarang perlukan bantuan kami, perlukan belaian dan perhatian dari kami.

Malam ni abang aku nombor 2 jaga di wad. Aku bawa Mak balik, bagi Mak rehat secukupnya, tidur puas-puas atas katil. Aku tak boleh biar Mak terus hanyut melayan perasaan sedih, so aku kena kuat. Aku kena ceriakan keadaan. Aku kena bagi semangat kat Mak, walaupun aku sendiri sangat lemah. Lemah sangat…

Advertisements

Bertabah!

Posted: July 24, 2011 in Uncategorized

1. Kehidupan di Hospital Sultanah Bahiyah (hospital baru) bermula lagi, buat kali ke 4 dalam tempoh 2 bulan ni. Jumaat lepas abah penat balik, aku hantar ke emergency, tengok keadaan Abah lagi teruk dari haritu, petang tu terus kena tahan wad. Sayu tengok Abah tercungap-cungap, lepas pakai mask oksigen baru ok.

2. Doktor kata air dalam paru-paru ada balik. Dalam masa seminggu ja, cepat dan sangat tak sangka. Tadi doktor bahagian dada mai check, dia suruh pindah ke hospital lama sebab situ ada pakar bahagian paru-paru. So malam ni, bermula la kehidupan sementara di hospital lama..

3. Selasa ni doktor tebuk, masukkan kamera buat pemerhatian, ambil isi untuk buat ujian, lepas tu keluarkan air dalam paru-paru. Doktor cakap ujian darah ada positif penyakit apa ntah aku tak ingat, tapi penyakit tu yang attack imune badan Abah. Lepas test isi yang akan ambil selasa ni baru boleh confirmkan. Esok aku nak ambil cuti, manager memang dah cakap kalau emergency jangan teragak-agak nak cuti.

4. Aku kena kuat, bila Abah menangis aku kena tahan. Ini ujian untuk kami sekeluarga. Ujian tanda Allah ingat kita.

Update

Posted: July 13, 2011 in Uncategorized

Assalamualaikum dan salam sejahtera bagi yang bukan Islam…

Aku nak update serba sedikit mengenai kehidupan sekarang..

1. Hati tak tenang. Sangat tak tenang. Abah masuk wad, doktor kata paru-paru jangkit kuman, dan juga berair. Sabtu lepas doktor buang air dalam paru-paru, 2 liter. 2 liter bersamaan dengan 4 botol kecil air mineral..Bila sakit melibatkan paru-paru, pesakit cepat merasa penat, sukar nak bernafas, kena ada bantuan oksigen. Tapi lepas dah buang air pon, Abah aku still penat. Jalan beberapa tapak dah penat. Penat yang aku maksudkan bukannya seperti penat kita orang muda, penat ini lebih kepada sesak nafas. Abah, dahulunya seorang yang sangat aktif, berjalan ke hulu hilir tanpa sebarang bantuan, tapi sekarang terlantar kat hospital. Mak pun tak sihat, mengadu sakit kepala yang sangat sakit, aku risau penyakit mak serang balik.

2. Kami anak-anak semua kerja, nak ambil cuti pun susah. Annual leave aku tahun ni ada 3 hari ja lepas confirmation. Sikit gila tapi apa boleh buat, kerja dengan orang, kena banyak bersabar. Semalam lepas kerja aku decide nak pergi hospital alor star, lebih kurang 1jam 30 minit dari kulim. Bermalam kat sana, sekurang-kurangnya boleh bagi sedikit “semangat” kat Mak dan Abah.

3. Sebelum tidur semalam, Mak aku cerita Abah aku mengalir air mata sebab tak dapat jumpa cucunya kelmarin. Rindu katanya. Masa Mak cerita Mak menangis.

4. Pagi ni seawal 5:30 pagi aku bangun mandi siap-siap nak pergi kerja. Masa aku tengah mandi, nurse datang check tekanan darah. Nurse kata tekanan darah rendah. Aku tengok kedua-dua mereka menangis. Aku tak tahu apa patut aku buat masa tu. Mungkin bagi sesetengah orang, itu perkara kecil, tapi bagi mereka mungkin itu sangat membimbangkan..Hati orang tua, sangat sensitif. Sepanjang aku hidup 25 tahun ni, ini kali pertama aku tengok air mata Abah..Aku diam, tak tahu nak cakap apa…

5. Aku salam, cium pipi Mak dan Abah, aku gerak keluar dari hospital.. Aku rasa pemanduan aku macam tak berapa lancar. Tapi aku nafikan ja, tak mungkin lah nak jadi benda pelik-pelik, semalam aku drive ok ja. Dalam 15 minit atas highway, aku rasa stereng berat ke kanan. Mungkin alighment tayar tak ok,aku teruskan ja drive tapi bawa slow skit. Tapi kali ni tayar belakang rasa bergegar, aku terus masuk lorong kecemasan, keluar tengok tayar dah pecah. Bukannya pancit lagi dah, pecah terus, nasib baik tak jadi apa-apa. Time tu aku takut gila, gelap-gelap tepi highway, kot-kot ada orang berhenti rompak ka apa, aku terus call abang aku. Kesian dia pukul 6:30 dah kena mai. Aku call PLUS, tapi tadak orang jawab. Tidur kot. Aku call Assistant Manager kilang aku bagitau aku lewat, takpon halfday terus.

6. Sekarang aku kat rumah, lepas tukar tayar spare terus keluar tol pendang, awal lagi kedai tak buka. So aku tengah fikir, nak pegi kerja halfday atau terus cuti full day. kalau cuti harini, boleh aku jaga Abah aku kat hospital sampai malam ni. Bagi Mak aku berehat secukupnya kat rumah. Aku pun tak bagitau lagi kat Mak, takut Mak risau. Tapi alhamdulillah, takda benda buruk berlaku.