Kenapa ada hitam kalau putih itu menyenangkan?

Posted: July 30, 2011 in Uncategorized

Sejak kebelakangan ni, blog “REALITI TAK SEGAMPANG ANGAN-ANGAN” ni macam muram semacam ja, tak lagi ceria macam dulu. Tuan empunya blog agak beremosi sekarang. Kadang-kadang manusia perlukan satu medium untuk berbicara, luahkan apa yang terbuku dalam hati, selagi ianya tidak mengganggu hak peribadi orang lain, aku rasa ianya tidak menjadi satu kesalahan.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Abah aku masuk wad dari Sabtu lepas, tu pun selepas aku tengok keadaan Abah nampak tenat. Hantar ke emergency, terus kena tahan wad. Sempat satu malam di Hospital Sultanah Bahiyah, keesokan hari doktor suruh pindah ke hospital lama sebab kat situ ada pakar dada.

Isnin dah start kerja, tapi hati rasa berat nak tinggalkan Mak dan Abah kat wad. So aku ambil keputusan untuk cuti Isnin, Selasa, dan Rabu. Biarlah kena tolak gaji sekalipun, apalah sangat nak dibandingkan dengan ganjaran yang kita dapat untuk berbakti kat ibubapa.

Kerja aku tak susah, sediakan apa jua makanan yang Abah aku request, tak kira la kedai tu jauh ka dekat, aku akan cuba tunaikan. Kedua, lap badan Abah aku. Ketiga, uruskan air kecil. Keempat, buat segala arahan yang Abah bagi. Mak aku stay sekali dalam wad, ikutkan hati aku nak ja hantar Mak balik rehat di rumah, tapi Mak takmau, sunyi katanya duduk rumah sorang-sorang. Mak pun bukannya sihat macam orang lain, Mak selalu mengadu sakit kepala sangat, sekarang pendengaran Mak macam tak berapa ok, Mak kata sebab sakit kepala buat jadi bengang telinga.

Khamis dan Jumaat aku pergi kerja. Berat hati nak tinggalkan mereka, pergi kerja dalam keadaan mood yang sangat teruk.

Khamis petang kereta buat hal tak boleh start. Dugaan, kita takkan tahu bila nak diduga. Telefon Honda kulim, workshop dah tutup. Semalaman aku tinggal kereta kat kilang, esok tu baru panggil MAA assist datang check.

Jumaat, lepas sembahyang, kak mesej cakap Abah penat teruk. Nadi rendah. Muka Abah pucat, berpeluh. Mask oksigen yang Abah pakai waktu tu tak boleh support pernafasan Abah. Kak panggil doktor tapi nurse cakap doktor tengah makan. Time tu kita tak boleh berfikir waras, kita tak sangka yang Abah akan jadi seteruk tu. Tapi Allah panjangkan usia Abah, doktor datang jugak dan tengok keadaan Abah teruk. Terus pasang alat bantuan, nadi Abah rendah.

Khamis tu Abah ada mengadu sakit kaki kiri. Doktor bawa pergi scan, ada darah beku rupanya.

Dan keadaan Abah bertambah teruk sebab darah beku tu dah naik sampai ke paru-paru. Doktor terus bawa naik ambulans ke hospital baru, kalau betul ada darah beku dalam paru-paru, Abah kena pindah ke wad sana untuk buat rawatan.

Pukul 4 petang, aku cakap kat Manager nak balik awal tengok Abah, mujur dia memahami. Aku terus pecut balik, pandangan aku kabur, sedar-sedar air panas dah membasahi pipi. Aku terus ke emergency, Abah ditempatkan di zon kritikal. Sayu sangat tengok keadaan Abah waktu tu, rasa lemah lutut, dugaan ini kadang-kadang terlalu berat untuk ditanggung. Aku genggam tangan Abah. Itu saja yang mampu aku buat, waktu tu.

Doktor tempatkan Abah di wad 4c, bukan lagi di dalam bilik 4 orang sebelum ni, tetapi di ruang terbuka dekat dengan nurse. Aku kena terima hakikat, Abah perlukan jagaan rapi.

Malam tu aku tidur di wad, badan terlalu letih, senang saja aku lelap. Tapi alhamdulillah, senang pula aku sedar bila Abah panggil nak buang air kecil. Sepanjang malam tu dalam 3 kali Abah kencing. Lepas urus Abah, senang saja aku lelap balik. Tapi pagi esok baru aku tahu, Abah tak boleh tidur semalaman.

Keadaan Abah tak macam dulu. Kami sekeluarga harus terima hakikat, Abah tak boleh bergerak aktif macam dulu. Abah sekarang perlukan bantuan kami, perlukan belaian dan perhatian dari kami.

Malam ni abang aku nombor 2 jaga di wad. Aku bawa Mak balik, bagi Mak rehat secukupnya, tidur puas-puas atas katil. Aku tak boleh biar Mak terus hanyut melayan perasaan sedih, so aku kena kuat. Aku kena ceriakan keadaan. Aku kena bagi semangat kat Mak, walaupun aku sendiri sangat lemah. Lemah sangat…

Advertisements
Comments
  1. sue says:

    salam…ujian setiap orang berbeza kan..mungkin ini penghapus dosa-dosa kita..
    semoga ayah en amir cepat sembuh dan ceria seperti hari-hari sebelumnya..

    saya pun ada pengalaman mcm en amir..menjaga atok yang diserang sakit jantung..semuanya di hospital..mandi, makan, solat, tdor..bersihkan badan atok..smpai sy pun demam sekali bila seminggu dok hospital…

    Semoga en Amir terus kuat!

    Salam ramadhan..
    Ganjaran syurga tuk anak soleh 🙂

  2. salam wbt..

    amir..moga terus tabah dan kuat insyaAllah!
    moga dimudahkan urusan2nya..

  3. SNHY says:

    Amir, guess it’s going to be very difficult utk org lain rasa apa yang you rasa so nak komen pun sukar juga. Cuma, please be strong ok. Like you always do.Insya Allah. Ramadhan pun sekarang. Bila bukan calang2 cabaran yang Allah turunkan maka mestinya bukan calang2 ganjaran yg you akan perolehi nanti. Insya Allah. Kami all the friends juniors seniors doakan yang terbaik utk u.

  4. ttm says:

    Salam Amir..Lama tak menjenguk ang kat sini..Rindu kat ang,tetibe senyap ja..
    Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul..
    Buatlah yang terbaik untuk mak dan ayah ang keh.
    Semua orang mahu yang baik-baik,tapi Allah tahu apa yang terbaik..
    Moga diberi kekuatan,ketabahan dan ketenangan hati selalu..
    Mintalah banyak-banyak pada Yang Di Atas,kalau tak dapat segera,InsyaAllah ada yang lebih hebat menunggu kemudian.Kita minta apa yang kita mahu,InsyaAllah Dia tahu dan pasti akan beri apa yang kita perlu..
    InsyaAllah,aku doakan ang selau…
    -ttm-

  5. kerolizwan says:

    Amir.

    This is hard. This is difficult. Aku pernah go through same situation when my grammy got admitted in the hospital. Aku tahu perasaan kau. Aku tahu macam mana rasa sedih yang kau rasa. Aku tahu macam mana rasa the person the we love terlantar sakit. Luluh hati. Be strong. Tabahkan hati. Kau kuat. Jangan lupa doa. You’re a good son. You really are. Aku doakan keselamatan dan kesejahteraan parent kau. Moga semua selamat.

    Kau pun jaga kesihatan. Selamat berpuasa.

  6. emerald says:

    Assalammualaikum..lama sgt xjenguk blog nih.
    akak xdpt nk ckp byk.cuma sabar dan tabahkan hati.
    kuatkan semangat.
    InsyaAllah Amir blh menghadapi smua nih..Allah turunkan ujian sesuai dgn keupayaan kita menanganinya.
    Akak doakan smoga smuanya baik2 shj INsyaAllah.

    jaga diri baik2 jg.

  7. mukaburuk90 says:

    corak hidup…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s