Posts Tagged ‘taikai’

Hari cuti yang aku tunggu-tunggu selama ni dah tiba. GOLDEN WEEK!! Cuti dari hari sabtu hingga rabu ni..Sikit ja tapi jadi la kan, tak perlu aku mengadap mata-mata  sepet kat kelas yang tak best tu..YAhoo!

Ada Perlawanan Bola Sepak kat Hiroshima..

Hari Ahad 3 Mei pukul 6 pagi kami 3 ketul kereta bertolak dari Ube ke Hiroshima. Subaru Legacy Abg Wan, Altezza Hitam dan juga Integra Type-R Abg Puji Kakkui..Lepas isi minyak, singgah 7-eleven beli apa yang patut, mkn roti sardin along buat, pastu terus pecut naik Highway.

Tapi on the way tu aku terasa sangat la sakit nak kencing..serius sakit. haha. padahal kat 7-e tadi aku dah pancut sepam. dah tak tahan sangat, mesej Gorey bgtau nak kencing. Lega gila ar dapat kecing, dekat sejam kot aku pancut(tipu)..

Pastu teruskan ar perjalanan ke sana. pukul 9 lebih kot kami sampai sana.

Kat situ dapat jumpa Ani Beruang, Nije Jerawat Hitam, Basyir Kacak, Wan Kuyashi, Hana Tualang, Salleh Perut Aneh, Luk Perasan Hensem, Halim Othman, dan tak lupa juga senpai-senpai dan kohai-kohai.

Oh ya, aku pergi bukan untuk bermain bola. Pergi sekadar untuk tengok-tengok alam, jumpa memember. Tau la kan, aku ni bukannya pandai main bola sepak, tapi bola lain aku reti la kot. Ha mesti fikir benda lain. Maksud aku, main bola tampar ke, bola-bola api ka..

Oh ya kali kedua, aku pergi juga untuk mencari jodoh. Haha..Tapi sayang seribu kali sayang, tak jumpa pun jodoh kat situ..Mungkin jodoh aku bukan di situ. Aku pasrah ;-(

Oh ya kali ketiga, aku pergi juga untuk menangkap gambar. Macam-macam gambar aku tangkap. Antaranya seperti

a) Gambar orang main bola

b) Gambar kereta

c) aku ekceli nak tangkap gambar gadis-gadis lawa, tapi memandangkan takda seorang pun yang berjaya menawan hati aku, so aku batalkan hasrat.

d) tangkap gambar orang tgh dating. haha.. yang ni best..tapi aku tak publish la kat sini takut nanti aku kena saman. tak pasal-pasal aku kena cop nas ahmad terjah nanti.

e) ke semua di atas

Oh ya ntah kali ke berapa, aku baru beli lens aritu. tapi tak cukup panjang. Abg Poji kita bagi pinjam lens besar gedabak kat aku. bukan setakat besar, panjang, hitam plak tu..perghhh..aku pun dengan suka hati cucuk ar dalam lubang kamera aku tu..

Ha ni la hasil gambar-gambar aku tangkap aritu. aku ekceli bukan la pro, masih lagi dlm proses pembelajaran. Kalau salah tolong jolokkan..

kiri-zam zam ala kazam, kanan-nakamura bertopengkan zamani

kiri-zam zam ala kazam, kanan-nakamura bertopengkan zamani

aku nobatkan faiz sebagai "keeper terbaik minggu ini"

aku nobatkan faiz sebagai "keeper terbaik minggu ini"

lelaki-lelaki hot Oyama Kousen

lelaki-lelaki hot Oyama Kousen

lelaki-lelaki hot Kousen. danjuga perempuan-perempuan suam-suam hangat kousen

lelaki-lelaki hot Kousen. dan juga perempuan-perempuan suam-suam hangat kousen

aku rasa gambar ni sangat semat.apa kata anda?

aku rasa gambar ni sangat semat.apa kata anda?

fokus kat nije sebelah kanan..

fokus kat nije sebelah kanan..

jom buat pertandingan meneka di mana bola..takpun teka tarian ini berasal dari negeri mana

jom buat pertandingan meneka di mana bola..takpun teka tarian ini berasal dari negeri mana

saya sangat suka akan ini kereta

saya sangat suka akan ini kereta

cinta itu buta, i luv him!

cinta itu buta, i luv him!

yang kanan tu diminati ramai gadis yamaguchi..

yang kanan tu diminati ramai gadis yamaguchi..

Oh ya, perlawanan kali ni jatuh kepada~~~~~~(dengan muzik ala-ala cuak tu)…. SANA-SINI SYAKAIJIN !! (dengan diiringi sorakan orang dan tepukan yang gemuruh)

ni la team sana-sini syakaijin..yang belakang 3 dari kiri tu macam syamim..haha

ni la team sana-sini syakaijin..yang belakang 3 dari kiri tu macam syamim..haha

Dah abis tu kami pun bertolak ar balik. Sedih la plak nak berpisah ngan member-member. Bukan senang nak jumpa dah lepas ni. lepas ni komfem sibuk ngan anak-bini..

Walaupun aku tak main, tapi tersangat la penat untuk drive balik..Kalau la altezza tu leh auto-pilot kan best..

Ha pastu on the way balik tu aku sakit lagi nak pancut. tapi kali ni rasa macam boleh tahan lagi. malas nak bagitau gorey kat depan. tapi gorey macam memahami, dia masuk SA(service area)..yeay rasa macam nak jerit “lap u abg wan”..

Sekian

Renung-renungkan dan sehingga berjumpa lagi

Wassalam