I miss him…

Posted: November 23, 2011 in Uncategorized

7 November 2011, 7:55 am, Abah pergi tinggalkan kami.. Tiada lagi suara itu, tiada lagi jasad itu. Yang tinggal hanyalah kenangan. Kami rindu sangat kat Abah..Kami sayang sangat kat Abah..

Abah, tenang lah di sana..

Al-Fatihah

 

My Super Hero

Posted: November 5, 2011 in Uncategorized

i

Ini gambar masa Raya Aidilfitri lepas. Masa ni Abah masih boleh bangun duduk, berak pun atas kerusi khas.

Pejam celik, dah 3 bulan lebih Abah dalam wad. 3 bulan itu satu tempoh yang sangat lama.. Sekarang Abah dah tak boleh bangun, terlantar atas katil, nak gerakkan badan pun tak berupaya. Makan pun takmau, berak pun tak sedar, tengok-tengok dah penuh katil.

 

Abah, kami anak-anak sayang sangat kat Abah. Walau macam mana pun keadaan Abah, kami tetap ada dengan Abah. Kami tak mampu nak balas jasa Abah. Maafkan kami Abah, kami banyak buat salah dengan Abah. Kami banyak lawan cakap Abah.  Terima kasih Abah, terima kasih sangat-sangat kerana membesarkan kami. Kami tak mampu buat apa sekarang, hanya doa dari kami sentiasa bersama Abah.

 

Abah, semoga cepat sembuh.

 

Semuanya akan baik-baik sahaja

Posted: October 7, 2011 in Uncategorized

1. Cuba korang teka, kat mana aku sekarang? Soalan kuiz ntah hapa-hapa, nak jawab pon takda mood. Aku kat hospital, macam ni lah rutin aku setiap hari jumaat. Rumah kat pendang tu dah berapa minggu tak balik jenguk.

2. Abah kat wad ni dah 2 bulan lebih. Aku pun dah tak terkira berapa hari sekarang, tapi ada la dalam 70 hari lebih. Keadaan Abah sekarang, susah nak cakap. Kesian tengok Abah, kesian tengok Mak. Hari ni Mak demam, seharian terlantar kat atas tilam sebelah katil Abah ni. Kak ada sekali, tapi nak bawak balik pon, nanti siapa pula nak tengokkan Abah. Kitorang tak boleh tinggal Abah, kena sentiasa ada tepi katil. Kalau setakat nak pi tandas ka, turun cafe bawah beli makanan ka, ok la nak tinggal sat. Tu pon kena sediakan siap-siap tempat kencing.

3. Ulang alik Alor Star-Kulim ni memang dah jadi macam rutin. Kadang-kadang seminggu 2 kali aku balik. Unpaid leave tu toksah cakap la, aku rasa aku lah rekod paling banyak sekarang. Bila tengok slip gaji hujung bulan, rasa sedih jugak la. Tapi aku bersyukur dapat manager Jepun yang berhati mulia tu, memang tak kisah langsung kalau aku tiba-tiba emergency nak ambil cuti. Bila aku masuk kerja balik, dia akan panggil tanya condition Abah sekarang.

4. Kat company aku kerja tu, dah macam-macam benda berlaku, yang sebelum ni aku hanya dapat baca kat suratkhabar, kali ni berlaku dekat orang sekeliling. Rasa macam tak percaya, tapi itulah manusia, hawa nafsu menguasai minda.

5. Rasa mengantuk sangat dah, balik kerja terus datang sini.

6. Tidur dulu

Sejak kebelakangan ni, blog “REALITI TAK SEGAMPANG ANGAN-ANGAN” ni macam muram semacam ja, tak lagi ceria macam dulu. Tuan empunya blog agak beremosi sekarang. Kadang-kadang manusia perlukan satu medium untuk berbicara, luahkan apa yang terbuku dalam hati, selagi ianya tidak mengganggu hak peribadi orang lain, aku rasa ianya tidak menjadi satu kesalahan.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Abah aku masuk wad dari Sabtu lepas, tu pun selepas aku tengok keadaan Abah nampak tenat. Hantar ke emergency, terus kena tahan wad. Sempat satu malam di Hospital Sultanah Bahiyah, keesokan hari doktor suruh pindah ke hospital lama sebab kat situ ada pakar dada.

Isnin dah start kerja, tapi hati rasa berat nak tinggalkan Mak dan Abah kat wad. So aku ambil keputusan untuk cuti Isnin, Selasa, dan Rabu. Biarlah kena tolak gaji sekalipun, apalah sangat nak dibandingkan dengan ganjaran yang kita dapat untuk berbakti kat ibubapa.

Kerja aku tak susah, sediakan apa jua makanan yang Abah aku request, tak kira la kedai tu jauh ka dekat, aku akan cuba tunaikan. Kedua, lap badan Abah aku. Ketiga, uruskan air kecil. Keempat, buat segala arahan yang Abah bagi. Mak aku stay sekali dalam wad, ikutkan hati aku nak ja hantar Mak balik rehat di rumah, tapi Mak takmau, sunyi katanya duduk rumah sorang-sorang. Mak pun bukannya sihat macam orang lain, Mak selalu mengadu sakit kepala sangat, sekarang pendengaran Mak macam tak berapa ok, Mak kata sebab sakit kepala buat jadi bengang telinga.

Khamis dan Jumaat aku pergi kerja. Berat hati nak tinggalkan mereka, pergi kerja dalam keadaan mood yang sangat teruk.

Khamis petang kereta buat hal tak boleh start. Dugaan, kita takkan tahu bila nak diduga. Telefon Honda kulim, workshop dah tutup. Semalaman aku tinggal kereta kat kilang, esok tu baru panggil MAA assist datang check.

Jumaat, lepas sembahyang, kak mesej cakap Abah penat teruk. Nadi rendah. Muka Abah pucat, berpeluh. Mask oksigen yang Abah pakai waktu tu tak boleh support pernafasan Abah. Kak panggil doktor tapi nurse cakap doktor tengah makan. Time tu kita tak boleh berfikir waras, kita tak sangka yang Abah akan jadi seteruk tu. Tapi Allah panjangkan usia Abah, doktor datang jugak dan tengok keadaan Abah teruk. Terus pasang alat bantuan, nadi Abah rendah.

Khamis tu Abah ada mengadu sakit kaki kiri. Doktor bawa pergi scan, ada darah beku rupanya.

Dan keadaan Abah bertambah teruk sebab darah beku tu dah naik sampai ke paru-paru. Doktor terus bawa naik ambulans ke hospital baru, kalau betul ada darah beku dalam paru-paru, Abah kena pindah ke wad sana untuk buat rawatan.

Pukul 4 petang, aku cakap kat Manager nak balik awal tengok Abah, mujur dia memahami. Aku terus pecut balik, pandangan aku kabur, sedar-sedar air panas dah membasahi pipi. Aku terus ke emergency, Abah ditempatkan di zon kritikal. Sayu sangat tengok keadaan Abah waktu tu, rasa lemah lutut, dugaan ini kadang-kadang terlalu berat untuk ditanggung. Aku genggam tangan Abah. Itu saja yang mampu aku buat, waktu tu.

Doktor tempatkan Abah di wad 4c, bukan lagi di dalam bilik 4 orang sebelum ni, tetapi di ruang terbuka dekat dengan nurse. Aku kena terima hakikat, Abah perlukan jagaan rapi.

Malam tu aku tidur di wad, badan terlalu letih, senang saja aku lelap. Tapi alhamdulillah, senang pula aku sedar bila Abah panggil nak buang air kecil. Sepanjang malam tu dalam 3 kali Abah kencing. Lepas urus Abah, senang saja aku lelap balik. Tapi pagi esok baru aku tahu, Abah tak boleh tidur semalaman.

Keadaan Abah tak macam dulu. Kami sekeluarga harus terima hakikat, Abah tak boleh bergerak aktif macam dulu. Abah sekarang perlukan bantuan kami, perlukan belaian dan perhatian dari kami.

Malam ni abang aku nombor 2 jaga di wad. Aku bawa Mak balik, bagi Mak rehat secukupnya, tidur puas-puas atas katil. Aku tak boleh biar Mak terus hanyut melayan perasaan sedih, so aku kena kuat. Aku kena ceriakan keadaan. Aku kena bagi semangat kat Mak, walaupun aku sendiri sangat lemah. Lemah sangat…

Bertabah!

Posted: July 24, 2011 in Uncategorized

1. Kehidupan di Hospital Sultanah Bahiyah (hospital baru) bermula lagi, buat kali ke 4 dalam tempoh 2 bulan ni. Jumaat lepas abah penat balik, aku hantar ke emergency, tengok keadaan Abah lagi teruk dari haritu, petang tu terus kena tahan wad. Sayu tengok Abah tercungap-cungap, lepas pakai mask oksigen baru ok.

2. Doktor kata air dalam paru-paru ada balik. Dalam masa seminggu ja, cepat dan sangat tak sangka. Tadi doktor bahagian dada mai check, dia suruh pindah ke hospital lama sebab situ ada pakar bahagian paru-paru. So malam ni, bermula la kehidupan sementara di hospital lama..

3. Selasa ni doktor tebuk, masukkan kamera buat pemerhatian, ambil isi untuk buat ujian, lepas tu keluarkan air dalam paru-paru. Doktor cakap ujian darah ada positif penyakit apa ntah aku tak ingat, tapi penyakit tu yang attack imune badan Abah. Lepas test isi yang akan ambil selasa ni baru boleh confirmkan. Esok aku nak ambil cuti, manager memang dah cakap kalau emergency jangan teragak-agak nak cuti.

4. Aku kena kuat, bila Abah menangis aku kena tahan. Ini ujian untuk kami sekeluarga. Ujian tanda Allah ingat kita.

Update

Posted: July 13, 2011 in Uncategorized

Assalamualaikum dan salam sejahtera bagi yang bukan Islam…

Aku nak update serba sedikit mengenai kehidupan sekarang..

1. Hati tak tenang. Sangat tak tenang. Abah masuk wad, doktor kata paru-paru jangkit kuman, dan juga berair. Sabtu lepas doktor buang air dalam paru-paru, 2 liter. 2 liter bersamaan dengan 4 botol kecil air mineral..Bila sakit melibatkan paru-paru, pesakit cepat merasa penat, sukar nak bernafas, kena ada bantuan oksigen. Tapi lepas dah buang air pon, Abah aku still penat. Jalan beberapa tapak dah penat. Penat yang aku maksudkan bukannya seperti penat kita orang muda, penat ini lebih kepada sesak nafas. Abah, dahulunya seorang yang sangat aktif, berjalan ke hulu hilir tanpa sebarang bantuan, tapi sekarang terlantar kat hospital. Mak pun tak sihat, mengadu sakit kepala yang sangat sakit, aku risau penyakit mak serang balik.

2. Kami anak-anak semua kerja, nak ambil cuti pun susah. Annual leave aku tahun ni ada 3 hari ja lepas confirmation. Sikit gila tapi apa boleh buat, kerja dengan orang, kena banyak bersabar. Semalam lepas kerja aku decide nak pergi hospital alor star, lebih kurang 1jam 30 minit dari kulim. Bermalam kat sana, sekurang-kurangnya boleh bagi sedikit “semangat” kat Mak dan Abah.

3. Sebelum tidur semalam, Mak aku cerita Abah aku mengalir air mata sebab tak dapat jumpa cucunya kelmarin. Rindu katanya. Masa Mak cerita Mak menangis.

4. Pagi ni seawal 5:30 pagi aku bangun mandi siap-siap nak pergi kerja. Masa aku tengah mandi, nurse datang check tekanan darah. Nurse kata tekanan darah rendah. Aku tengok kedua-dua mereka menangis. Aku tak tahu apa patut aku buat masa tu. Mungkin bagi sesetengah orang, itu perkara kecil, tapi bagi mereka mungkin itu sangat membimbangkan..Hati orang tua, sangat sensitif. Sepanjang aku hidup 25 tahun ni, ini kali pertama aku tengok air mata Abah..Aku diam, tak tahu nak cakap apa…

5. Aku salam, cium pipi Mak dan Abah, aku gerak keluar dari hospital.. Aku rasa pemanduan aku macam tak berapa lancar. Tapi aku nafikan ja, tak mungkin lah nak jadi benda pelik-pelik, semalam aku drive ok ja. Dalam 15 minit atas highway, aku rasa stereng berat ke kanan. Mungkin alighment tayar tak ok,aku teruskan ja drive tapi bawa slow skit. Tapi kali ni tayar belakang rasa bergegar, aku terus masuk lorong kecemasan, keluar tengok tayar dah pecah. Bukannya pancit lagi dah, pecah terus, nasib baik tak jadi apa-apa. Time tu aku takut gila, gelap-gelap tepi highway, kot-kot ada orang berhenti rompak ka apa, aku terus call abang aku. Kesian dia pukul 6:30 dah kena mai. Aku call PLUS, tapi tadak orang jawab. Tidur kot. Aku call Assistant Manager kilang aku bagitau aku lewat, takpon halfday terus.

6. Sekarang aku kat rumah, lepas tukar tayar spare terus keluar tol pendang, awal lagi kedai tak buka. So aku tengah fikir, nak pegi kerja halfday atau terus cuti full day. kalau cuti harini, boleh aku jaga Abah aku kat hospital sampai malam ni. Bagi Mak aku berehat secukupnya kat rumah. Aku pun tak bagitau lagi kat Mak, takut Mak risau. Tapi alhamdulillah, takda benda buruk berlaku.

 

Hisabisa

Posted: May 21, 2011 in Uncategorized

Fuhhhhhh(tiup habuk)

Toodia, dah 3 bulan aku tak update blog. Ramai jugak yang tanya bila nak update blog. Tiba-tiba perasan ada jugak orang baca blog buruk ni.

Aku dah balik Malaysia for good sejak bulan 3 aritu lagi. Masa gempa bumi teruk kat Jepun aritu aku masih kat sana, tapi alhamdulillah tempat aku selamat, jauh dari tempat kejadian. Kebetulan family aku baru ja touch down Osaka hari jumaat hari kejadian, so family dan kenalan kat Malaysia agak bercuak la jugak.

Apa habaq semua? Aku alhamdulillah sehat walketupatliat. Sejak dah keja ni, takda masa sangat nak bersosial. Aku keja kat kulim, company apa nama aku malas nak bagitau, nanti ramai pulak minta keja situ kekeke…Setakat ni aku enjoy keja situ, kawan-kawan sekerja semua ok. Kerja pun takla teruk sangat lagi, ada masa free, ada masa jugak tak cukup tangan, terpaksa guna kaki. Kalau tak cukup kaki, guna ja segala kepala bagai. Ah merepek.

Malaysia panas kan. Bukan nak berlagak cakap Jepun sejuk ka apa. Jepun punya musim panas lagi panas ya amat. Sedar-sedar ja dah jadi anak keling, tapi cakap tak pulak macam keling. Keja aku 50% office 50% dalam line. So hari-hari takda la berjemur tengah panas pon, saja ja nak bising-bising kat sini.

Sabtu dan ahad aku balik kampung. Ok murid-murid, kat mana kampung aku? (Pendangggggggggg)…Ok ok pandai…

Dah la, mau tidur

Alhamdulillah

Posted: February 11, 2011 in Uncategorized

Hari ini hari Jumaat, aku lepak kat rumah sambil buat power point untuk presentation minggu depan. Malam ni rasa lapang sikit, boleh la melawat blog aku yang dah lama aku anak tirikan.

Alhamdulillah aku dah pun selamat submit thesis. Walaupun buat macam sampah, asyik garu kepala walaupun tak gatal, kena kutuk dengan kawan-kawan Jepun sebab terhege-hege nak mengarang ayat, yang penting dah setel. So tinggal nak pulun untuk presentation jumaat depan. Kalau presentation dalam bahasa Melayu, bagi aku satu jam pun aku boleh bersyarah kat atas stage tu (tak baik menipu)

Presentation 15 minit ( 5 minit sesi soal jawab ). Aku paling takuit sesi soal jawab ni. Soalan yang terbang mai memang tak boleh jangka. Kalau dia tanya cara-cara nak masak nasi lemak boleh la jugak aku kencing sembang kencang

dah siap print semua masukkan dalam fail. Aku punya thesis 45 helai saja. Ada yang buat sampai 70helai,tapi gambar saja dah separuh. Ada yang buat 30 helai. Kira aku golongan pertengahan la. Actually bilangan muka surat tak penting, lain research lain data nya.

Ini pulak depa panggil abstract. Kena rumuskan thesis kita dalam satu muka surat. Yang ni untuk dibuat rujukan lecturer-lecturer masa presentation day nanti.

Okey tutup cerita pasal thesis, mari kita usha apa yang aku masak he he he

Sambal tumis sutun sama itu ayam goreng berempah

Roti canai segera sama itu kari ayam tak banjir

Roti canai segera sama itu kari daging

Nasi lemak sama itu gulai sutun sama itu ayam tandoori yang macam tak berapa nak jadi

Nasi beriyani sama itu gulai sutun sama itu ayam tandoori sama itu filamen ketam bersalut tepung

Bihun goreng hailam

Bihun goreng mawi (tetiba)

Dan yang terakhir, kari kepala ikan

mandi bunga

Posted: February 3, 2011 in Uncategorized

Hello everybody, aku kat lab ni (bajet gelemer gila blog ni)

Aku rasa macam dah abis tulis thesis, tapi nak tunjuk kat lecturer rasa cuak la pulak. Tapi kalau tak tunjuk mana boleh, 10hb nanti dah nak kena submit kat pejabat universiti. Tapi kalau tunjuk mesti banyak kena betulkan. Banyak nya tapi, tunjuk ja la bukannya kena rotan pun.

Aku tak puas hati ni. Ada ka patut bil gas aku bulan ni 9660yen(RM360). Guna untuk mandi ja pun, masak aku guna gas dalam tin beli kat supermarket. Bil mengalahkan duduk satu family. Aku mandi lama kot? Selalunya dalam 15 minit, susah nak berhenti sebab sejuk-sejuk ni memang best mandi. Sehari aku mandi 2 kali, kadang-kadang sekali ja. Tapi takkan la sampai bil banyak tu. Haishhhh

Pastu bil elektrik bulan ni 7000yen(RM260). Gila, aku hidup kat umah tu malam-malam ja kot. Tu pon pukul 12 camtu dah tidoq. Aku bukannya pasang pemanas aircond tu, aku guna pemanas isi minyak tanah tu. Tu pon time tidoq aku tutup. Umah aku tu setakat ada tv, peti ais, ala macam rumah-rumah bujang kacak yang lain.

Dahla, kat lab kena rajin tak buleh tulis blog panjang-panjang

bye

Kencing hancing punya orang

Posted: January 26, 2011 in Uncategorized

Sekarang ada hati nak update serba sedikit tentang kehidupan sekarang. Jangan risau, aku masih hidup sihat walketupatliat. Dulu kalau tulis kad raya mesti aku tulis “sihat walketupatliat”. Kecik-kecik, biasa la.

1. Aku tengah sakit kepala buat eksperimen, semua nak kena siapkan cepat. Thesis pun nak kena tulis, belambak lagi tak siap. Eksperimen pun tak semua yang memuaskan hati, ada saja sangkut itu sangkut ini. Sebut pasal sangkut, buat masa sekarang aku tak sangkut lagi dengan mana-mana gadis.

2. Sekarang ni sejuk gila. Pagi-pagi aku mesti bangun sebab kaki sejuk, nak tidoq pun tak selesa. Last-last bangun mandi pastu pi lab awal buat kerja. Tapi kadang-kadang terlajak tidur tak brek-brek lagi dah. Maka jadilah subuh gajah. Kenapa orang sebut subuh gajah aa? Yang aku heran, kenapa pilih gajah dan bukannya kambing ka, ayam ka, syapiq ka.

3. Selera makan aku dah ok, sangat menjadi-jadi pulak sekarang ni. Keja nak melantak ja. Muka dah besar pinggan, perut dah macam tembikai. Tapi takla rajin sangat nak masak selalu. Aritu masak gulai ayam, sekali masak boleh makan 2,3 hari. Haha punya la malas. Actually nak upload gambar-gambar aku masak tapi iphone tak leh connect pulak ngan laptop ni.

4. Aku dah hantar borang ke embassy untuk tempahan tiket kapal terbang balik Malaysia. Tiket last JPA yang tanggung. Aku buat keputusan nak balik 27hb Mac dari Tokyo. Rasa macam nak jalan-jalan Tokyo sat sebelum balik Malaya. Lepas ni ntah bila pulak la nak jejak kaki ke Jepun.

5. Apa aku nak kencing dalam thesis ni hah. Kalau tulis bahasa melayu mesti 100 helai boleh pi. Tapi ini dalam japanese, ushar2 copy2 sikit yang senior punya, baru 35 helai. Nak kencing lebih-lebih pun, takut hancing pulak thesis aku nanti. hah merapu

Bye